Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 20:6 - Alkitab Versi Borneo

6 Diberkatilah dan sucilah mereka yang dapat menyertai kebangkitan pertama. Kematian kedua tiada kuasa atas mereka. Mereka akan menjadi imam Allah dan Kristus, dan akan memerintah di sisi-Nya selama seribu tahun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

6 Bŭrbahgialah dan suchilah kiranya orang orang yang tŭlah bŭrulih bahgian pada kabangkitan yang pŭrtama itu; kapada yang dŭmkian tiadalah bŭrkwasa kamatian yang kadua itu lagi, mŭlainkan iya kŭlak mŭnjadi imam imam Allah dan Almasih, maka iya kŭlak bŭrkrajaanlah bŭsŭrta dŭngan dia sa’ribu tahun lamanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Berbahagialah mereka yang dibangkitkan pada tahap pertama itu; mereka milik Allah. Kematian tahap kedua tidak berkuasa atas mereka. Mereka akan menjadi imam Allah dan imam Kristus. Mereka akan memerintah bersama-sama Dia selama seribu tahun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Berbahagialah mereka yang dibangkitkan pada tahap pertama itu; mereka milik Allah. Kematian tahap kedua tidak berkuasa atas mereka. Mereka akan menjadi imam Allah dan imam Kristus. Mereka akan memerintah bersama-sama Dia selama seribu tahun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 20:6
19 Iomraidhean Croise  

Orang yang tersisa di Sion dan yang tertinggal di Yerusalem akan disebut suci, iaitu semua orang yang tercatat antara mereka yang hidup di Yerusalem.


Tetapi kamu akan disebut para imam TUHAN, dan akan dinamai para hamba Allah kita. Kamu akan menikmati kekayaan bangsa-bangsa dan akan memegahkan diri dalam kelimpahan mereka.


Berbahagialah orang yang menanti sehingga mencapai seribu tiga ratus tiga puluh lima hari.


Salah seorang jemputan itu mendengar kata-kata Yesus lalu berkata, “Diberkatilah orang yang akan dijamu dalam kerajaan Allah.”


Oleh itu, saudara-saudaraku, aku menyeru kepadamu, demi belas kasihan Allah, supaya mempersembahkan tubuh badanmu sebagai korban yang hidup, yang suci dan diterima oleh Allah; itulah ibadat yang wajar.


Jika kita anak, maka kita waris-waris Allah, waris bersama dengan Kristus, jika kita benar-benar berkongsi penderitaan-Nya supaya dapat berkongsi kemuliaan-Nya kelak.


jika kita tabah, kita juga akan memerintah bersama-Nya. Jika kita menyangkal-Nya, Dia juga akan menyangkal kita;


Kamu juga umpama batu hidup, yang digunakan untuk membina rumah rohani bagi para imam yang suci, untuk mempersembahkan korban rohani yang diredai Allah melalui Yesus Kristus.


Tetapi kamu umat terpilih, para imam raja, bangsa suci, umat-Nya sendiri, yang dipilih untuk mengisytiharkan puji-pujian bagi Dia yang telah memanggilmu daripada kegelapan kepada cahaya-Nya yang gemilang.


serta menjadikan kita suatu kerajaan, dan imam bagi Allah dan Bapa-Nya. Bagi-Nyalah kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya. Amin.


Aku mendengar suara dari syurga berkata, “Tuliskanlah: Dari saat ini diberkatilah semua orang yang mati dalam Tuhan.” “Ya,” kata Roh, “supaya mereka dapat berehat daripada penat lelah, dan hasil usaha mereka menyertai mereka.”


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Mereka yang menang tidak akan mengalami sengsara kematian yang kedua.”


Kemudian Maut dan Alam Maut dihumbankan ke dalam lautan api. Inilah kematian kedua iaitu kematian di lautan api.


Tetapi mereka yang pengecut, tidak beriman, durjana, pembunuh, melakukan yang cabul, ahli sihir, penyembah berhala dan semua pendusta akan dimasukkan ke dalam lautan yang menyala dengan api dan belerang. Inilah kematian kedua.”


Malam tiada lagi, dan cahaya pelita serta cahaya matahari tidak diperlukan lagi. Kerana Tuhan Allah akan menerangi mereka dan sekaliannya bertakhta selama-lamanya.


“Ingatlah, Aku akan datang dengan segera. Diberkatilah orang yang memeliharakan segala nubuat di dalam kitab ini.”


Aku akan membenarkan mereka yang menang duduk di atas takhta-Ku, seperti Aku yang telah menang kini duduk di sisi Bapa-Ku di atas takhta-Nya.


Engkau telah menjadikan mereka suatu kerajaan dan imam-imam Allah untuk menyembah Allah kita dan memerintah di bumi.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan