Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 20:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Dia menghumbankannya ke dalam jurang itu, dan menutupnya serta memateraikannya, supaya ia tidak dapat lagi memperdaya umat manusia hingga tamat tempoh seribu tahun. Selepas itu, ia akan dilepaskan seketika.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Sŭrta dichampakkannya akan dia kadalam kluboran yang tiada dapat tŭrduga itu, sŭrta ditutopkannya dan dimutriekannya atasnya, supaya janganlah iya mŭnipu akan bangsa bangsa itu lagi, sampielah gŭnap sa’ribu tahun itu: maka kumdian deripada itu dapat tiada dilŭpaskan akan dia barang sa’kutika juga lamanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Malaikat itu membuang naga itu ke dalam jurang maut, lalu mengunci jurang itu dan memeteraikannya, supaya naga itu tidak dapat menipu bangsa-bangsa lagi, sehingga masa seribu tahun itu berlalu. Selepas itu naga itu mesti dilepaskan untuk masa yang singkat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Malaikat itu membuang naga itu ke dalam jurang maut, lalu mengunci jurang itu dan memeteraikannya, supaya naga itu tidak dapat menipu bangsa-bangsa lagi, sehingga masa seribu tahun itu berlalu. Selepas itu naga itu mesti dilepaskan untuk masa yang singkat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 20:3
17 Iomraidhean Croise  

Kerana seribu tahun pada pandangan-Mu ialah seperti satu hari yang berlalu, dan seperti sebahagian malam.


Lalu sebuah batu dibawa dan diletakkan di mulut gua itu. Raja memateraikan batu itu dengan cincin materainya dan dengan cincin para pembesarnya, supaya tidak ada yang dapat mengubah keputusan dalam hal Daniel itu.


Kerana beberapa kristus palsu dan nabi palsu akan muncul dan menunjukkan pelbagai mukjizat serta keajaiban untuk memperdaya orang, kalau boleh termasuk umat pilihan.


Mereka pun pergi melakukannya. Mereka memperkukuh makam itu dengan memateraikannya supaya tidak dapat dibuka langsung, dan mereka menugaskan pengawal berjaga di situ.


Ada orang seperti benih di jalan, tempat firman itu ditabur. Sebaik-baik mereka mendengar firman, datanglah Iblis untuk mengambil firman yang sudah ditabur dalam hati mereka.


Roh-roh iblis itu memohon kepada Yesus supaya tidak menghalau mereka ke neraka.


Tetapi aku takut kalau-kalau fikiranmu akan dicemari sebagaimana Hawa telah diperdaya oleh ular dengan kepintarannya, sehingga kamu berpaling daripada kesetiaanmu yang murni kepada Kristus.


Tetapi, saudara-saudara yang kukasihi, jangan lupa satu perkara: Di sisi Tuhan satu hari serupa seribu tahun, dan seribu tahun serupa satu hari.


Dengan demikian tersingkirlah naga besar itu, ular purba yang bernama Iblis atau Syaitan, yang memperdaya umat manusia. Ia dan semua malaikatnya dibuang ke bumi.


Dengan tanda-tanda yang dapat diadakannya di hadapan binatang pertama itu, binatang kedua memperdaya sekalian penghuni bumi, dan menyuruh mereka membuat patung binatang yang dilukai pedang namun tetap hidup.


dan yang berzina dengan raja-raja dunia; penghuni bumi mabuk dengan air anggur pencabulannya.”


Binatang yang kamu lihat itu pernah wujud tetapi tidak wujud lagi dan akan keluar dari jurang yang tidak terduga dalamnya lalu menuju kebinasaan. Penghuni bumi yang tidak tersenarai namanya dalam Kitab Hidup dari permulaan dunia akan tercengang melihat binatang yang pernah wujud dan sekarang tidak wujud lagi tetapi kemudian akan muncul lagi.


Kemudian aku melihat malaikat turun dari syurga, tangannya memegang kunci jurang serta rantai yang besar.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan