Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 2:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Aku tahu akan kesengsaraanmu. Aku tahu kamu miskin, tetapi sebenarnya kamu kaya. Aku tahu akan fitnah yang dilemparkan kepadamu oleh orang yang mengaku diri orang Yahudi tetapi sebenarnya mereka bukan. Mereka jemaah Iblis.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

9 Aku kŭtahuilah akan sagala pŭkŭrjaanmu, dan kasukaranmu, dan kapapaanmu, tŭtapi angkau kaya, dan aku mŭngatahui akan sagala hujat marka itu yang mŭngatakan dirinya Yahudi, tŭtapi bukan, mŭlainkan iya itu kŭnisa Shietan adanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Aku mengetahui kesusahan kamu; Aku tahu bahawa kamu miskin - tetapi sebenarnya kamu kaya! Aku mengetahui fitnah yang dilemparkan kepada kamu oleh orang yang mengaku diri mereka Yahudi padahal bukan. Mereka dikuasai oleh Iblis!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Aku mengetahui kesusahan kamu; Aku tahu bahawa kamu miskin - tetapi sebenarnya kamu kaya! Aku mengetahui fitnah yang dilemparkan kepada kamu oleh orang yang mengaku diri mereka Yahudi padahal bukan. Mereka dikuasai oleh Iblis!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 2:9
29 Iomraidhean Croise  

Jawab Yesus, “Nyah engkau, Iblis. Telah tersurat: ‘Hendaklah engkau menyembah Tuhan, Allahmu dan kepada-Nya sahaja engkau beribadat.’ ”


“Demikianlah halnya orang yang menyimpan harta benda untuk dirinya tetapi tidak kaya pada pandangan Allah.”


Mereka mengatakan banyak lagi perkara yang menghina kepada-Nya.


“Roh Tuhan ada pada-Ku kerana Dia telah mengurapi Aku untuk memberitakan khabar baik kepada orang miskin; Dia telah mengutus Aku untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, penyembuhan kepada orang buta, kelepasan bagi orang yang tertindas,


Yesus memandang murid-murid-Nya lalu berkata: “Diberkatilah kamu yang miskin, kerana kamulah yang empunya kerajaan Allah.


Segala ini Kukatakan kepadamu supaya kamu beroleh sejahtera di dalam Aku. Di dalam dunia kamu akan menghadapi penderitaan; tetapi tegapkanlah hatimu, kerana Aku telah menewaskan dunia.”


Di sana mereka menguatkan hati para murid Yesus dan mengingatkan mereka supaya berpegang teguh pada kepercayaan mereka, katanya, “Memang tidak dapat dielakkan bahawa kita masuk ke dalam kerajaan Allah dengan menanggung banyak kesusahan.”


Kerap kali di saumaah aku menyeksa mereka dalam usaha memaksa mereka berpaling daripada iman; dan oleh sebab terlalu berang terhadap mereka, aku memburu mereka hingga ke negeri asing.”


Bergembiralah dalam harapan, tabah menghadapi kesusahan, dan terus-menerus berdoa.


Kamu memanggil dirimu orang Yahudi, dan bergantung kepada hukum Taurat serta berbangga kerana hubunganmu dengan Allah.


Bukan itu sahaja, tetapi kita juga bersukacita dengan penderitaan kita, kerana kita tahu bahawa penderitaan membina ketabahan.


Siapa yang akan memisahkan kita daripada kasih Kristus? Kekacauan atau kesusahan atau penganiayaan atau kebuluran atau ketelanjangan atau bahaya atau pedang?


Ini tidaklah bererti Firman Allah telah gagal. Kerana bukan semua keturunan Israel itu diterima sebagai Israel.


Kami disedihkan, tetapi sentiasa gembira. Kami miskin, namun ramai yang kami perkaya. Kami tidak memiliki apa-apa, tetapi kami mempunyai segala-galanya.


Sungguhpun mereka banyak diuji dengan kesusahan, namun kegembiraan mereka melimpah. Walaupun mereka sangat miskin, mereka kaya dalam kemurahan hati.


Kamu tahu tentang kasih kurnia Tuhan kita Yesus Kristus. Dia kaya, tetapi kerana kamu Dia telah menjadikan diri-Nya miskin supaya melalui kemiskinan-Nya kamu menjadi kaya.


Sewaktu kami bersamamu dahulu, kami telah pun menyatakan bahawa kita akan dianiaya. Kini kamu telah melihat bahawa penganiayaan itu benar-benar berlaku.


walaupun dahulu aku seorang yang kufur, menganiaya dan ganas. Namun demikian, aku dikasihani-Nya kerana aku telah melakukan semuanya itu ketika aku jahil dan tidak beriman.


Hendaklah mereka berbuat baik, supaya mereka kaya dengan amal kebajikan, sedia memberi, rela berkongsi.


Aku, Yohanes, saudara dan temanmu yang turut serta dalam kesengsaraan, kerajaan dan ketabahan dalam Yesus, berada di Pulau Patmos kerana firman Allah dan kesaksian Yesus.


Aku tahu akan tempat kediamanmu. Di situlah Iblis bertakhta. Namun demikian, kamu setia berpegang kepada nama-Ku. Malah kamu tidak menyangkal imanmu kepada-Ku ketika Antipas, saksi-Ku yang setia, dibunuh di tempat kediaman Iblis.


Aku tahu perbuatanmu, jerih payahmu dan ketabahanmu. Aku tahu bahawa kamu tidak tahan lagi dengan kejahatan orang durjana. Kamu telah menguji orang yang membuat pengakuan palsu bahawa mereka rasul padahal mereka bukan, dan kamu telah mendapati mereka itu pendusta.


Tetapi sesetengah daripada kamu di Tiatira tidak mengikut ajaran durjana itu. Kamu tidak menuntut ilmu daripada Iblis. Aku berkata kepadamu bahawa Aku tidak akan menambahkan bebanmu dengan kewajipan baru.


Aku akan membuat mereka daripada jemaah Iblis, para pendusta yang bukan Yahudi tetapi mengaku diri orang Yahudi datang kepadamu dan sujud pada kakimu. Sememangnya mereka akan tahu bahawa Aku mengasihimu.


“Aku tidak tahu, tetapi tuan tahu,” sahutku. Dia berkata, “Merekalah orang yang berjaya menempuh kesengsaraan yang dahsyat. Mereka telah membasuh jubah mereka menjadi putih bersih dengan darah Anak Domba.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan