Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 2:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Kepada yang menang akan Kuizinkan makan buah dari pokok hayat di Taman Firdaus Allah.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

7 Maka barang siapa yang ada bŭrtŭlinga, handaklah didŭngarnya apa yang dikatakan ulih Roh kapada sidang sidang jŭmaah itu; maka kapada orang yang mŭnang, aku kŭlak akan mŭmbri makan deripada buah pohon kayu hayat itu, iya itu yang ada ditŭngah fardos Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Jika kamu bertelinga, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh Roh Allah kepada jemaah! Mereka yang menang akan Aku benarkan makan buah dari pokok yang memberikan hidup, yang tumbuh di Taman Allah.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Jika kamu bertelinga, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh Roh Allah kepada jemaah! Mereka yang menang akan Aku benarkan makan buah dari pokok yang memberikan hidup, yang tumbuh di Taman Allah.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 2:7
36 Iomraidhean Croise  

Lalu dari bumi itu TUHAN Allah menumbuhkan setiap jenis pokok. Ada yang menarik untuk dipandang dan yang baik untuk dimakan buahnya, termasuk juga pokok hayat di tengah-tengah taman itu serta pokok pengetahuan mengenai perkara yang baik dan yang jahat.


Hasil orang benar ialah pokok hayat, dan orang yang bijaksana, pandai mengambil hati orang.


Harapan yang tertunda menyedihkan hati, tetapi keinginan yang termakbul ialah pokok hayat.


Lidah yang menenangkan ialah pokok hayat, tetapi lidah yang memutarbelitkan mematahkan semangat.


Hikmah pokok hayat bagi yang berpaut padanya, berbahagialah orang yang memeluknya seerat-eratnya.


Engkau ada di taman firdaus — taman Allah — di Eden. Segala permata menghiasimu: akik merah, manikam kuning, dan intan; topaz, unam, dan yaspis; nilam, firus, dan zamrud. Tempat tatahanmu dibuat daripada emas, semua itu telah disiapkan pada hari penciptaanmu.


Pokok-pokok araz di taman Allah tidak dapat menyainginya. Pokok-pokok sanubar tidak dapat menyamai cabang-cabangnya, dan pokok-pokok berangan tidak dapat dibandingkan dengan dahan-dahannya. Segala pokok di taman Allah tidak dapat menyamainya dalam hal keelokannya.


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah!


Orang yang benar akan bersinar laksana matahari dalam kerajaan Allah, Bapa mereka. Sesiapa yang bertelinga, dengarlah!”


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah!”


Lalu kata-Nya, “Sesiapa yang bertelinga, dengarlah!”


Apa yang masuk dari luar ke dalam seseorang tidak dapat menajiskannya. Apa yang keluar daripada seseorang itulah yang menajiskannya.


Jika kamu bertelinga, dengarlah!”


Yesus menjawab, “Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, pada hari ini juga engkau akan bersama-Ku dalam Firdaus.”


Tetapi ada benih yang jatuh di tanah yang subur lalu bertunas dan mengeluarkan hasil seratus ganda.” Kemudian Yesus berseru, “Sesiapa yang bertelinga, dengarlah!”


Segala ini Kukatakan kepadamu supaya kamu beroleh sejahtera di dalam Aku. Di dalam dunia kamu akan menghadapi penderitaan; tetapi tegapkanlah hatimu, kerana Aku telah menewaskan dunia.”


Akan tetapi kepada kita, Allah menyatakannya melalui Roh-Nya, kerana Roh itu yang menyoroti segala-galanya, termasuk rahsia Allah yang paling dalam.


dibawa ke Firdaus lalu mendengar kata-kata yang tidak terperikan, yang tidak boleh dituturkan oleh manusia.


Bapa-bapa, aku menulis kepadamu, kerana kamu mengenal Dia yang telah wujud dari mulanya. Orang muda, aku menulis kepadamu, kerana kamu telah menewaskan si durjana. Anak-anakku, aku menulis kepadamu, kerana kamu mengenal Bapa.


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah.


Aku mendengar suara dari syurga berkata, “Tuliskanlah: Dari saat ini diberkatilah semua orang yang mati dalam Tuhan.” “Ya,” kata Roh, “supaya mereka dapat berehat daripada penat lelah, dan hasil usaha mereka menyertai mereka.”


Kulihat seakan-akan lautan kaca bercampur api. Mereka yang menang menghadapi dugaan binatang itu, patungnya, tandanya dan angka namanya, berdiri di atas laut kaca itu memegang kecapi Allah.


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Mereka yang menang tidak akan mengalami sengsara kematian yang kedua.”


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Aku akan memberikan sebahagian manna yang tersembunyi kepada sesiapa yang menang. Juga Aku akan memberinya batu putih yang bertulis nama baru, yang tidak diketahui oleh sesiapa selain penerimanya.”


Sesiapa yang menang akan mewarisi segala-galanya. Aku Allahnya dan dia anak-Ku.


Diberkatilah sekalian yang menyucikan pakaiannya, kerana mereka berhak menghampiri pokok hayat dan masuk ke dalam kota itu melalui pintu gerbangnya.


Roh dan pengantin perempuan itu berkata, “Marilah.” Orang yang mendengar haruslah berkata, “Marilah.” Orang yang dahaga haruslah datang. Sesiapa yang suka boleh mengambil air hidup itu dengan percuma.


di tengah-tengah kota itu. Di kiri kanan sungai itu terdapat pokok hayat, yang berbuah dua belas jenis setiap bulan; daun-daunnya menyembuhkan umat manusia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan