Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 17:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Malaikat itu membawaku dalam Roh ke gurun. Aku melihat seorang wanita duduk di atas seekor binatang buas yang berwarna merah dan penuh dengan nama-nama kufur. Binatang itu berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Maka dŭngan hal yang dŭmkian dibawa ulih Roh akan daku kapada suatu padang; lalu kulihat ada sa’orang pŭrampuan dudok diatas sa’ekor binatang yang bŭrwarna merah tua, iya itu pŭnohlah dŭngan nama hujat sŭrta adalah iya itu bŭrkŭpala tujoh dan bŭrtandok sa’puloh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Lalu Roh Allah menguasai aku dan malaikat itu membawa aku ke padang gurun. Di situ aku melihat seorang wanita duduk di atas seekor binatang berwarna merah, yang seluruh badannya ditulisi dengan nama-nama yang mengkufuri Allah. Binatang itu mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Lalu Roh Allah menguasai aku dan malaikat itu membawa aku ke padang gurun. Di situ aku melihat seorang wanita duduk di atas seekor binatang berwarna merah, yang seluruh badannya ditulisi dengan nama-nama yang mengkufuri Allah. Binatang itu mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 17:3
26 Iomraidhean Croise  

Nanti, setelah hamba pergi meninggalkan tuan, roh TUHAN mengangkat tuan ke tempat yang tidak hamba ketahui. Lalu apabila hamba datang memberitahu Ahab dan dia tidak mendapati tuan, maka dia akan membunuh hamba, padahal hambamu ini takut kepada TUHAN sejak kecil.


Kata mereka kepada Elisa, “Lihat, ada lima puluh orang lelaki yang kuat dalam kalangan hambamu ini. Suruhlah mereka pergi mencari tuanmu, jangan-jangan Roh TUHAN mengangkat dia lalu mencampakkannya ke sesuatu gunung atau lembah.” Kata Elisa, “Jangan suruh mereka pergi.”


Siapakah itu, yang muncul dari gurun, yang bersandar pada kekasihnya? Di bawah pokok epal kubangunkan engkau. Di sanalah ibumu sakit bersalin kerana engkau, di sanalah ia sakit bersalin dan melahirkan engkau.


Roh itu mengangkat aku dan membawa aku dalam penglihatan yang berasal daripada Roh Allah ke negeri orang Kasdim, kepada orang buangan. Lalu penglihatan yang kudapat itu lenyap daripadaku


Maka Roh Allah mengangkat aku, lalu kudengar di belakangku suara gemuruh yang besar mengatakan, “Segala puji bagi kemuliaan TUHAN di tempat Dia bersemayam!”


Susuk seperti tangan dihulurkan lalu memegang rambut kepalaku. Kemudian Roh Allah mengangkat aku hingga aku ada di antara bumi dengan langit, lalu dalam penglihatan-penglihatan ilahi aku dibawa ke Yerusalem, ke pintu gerbang dalam yang menghadap ke utara. Di situ terdapat berhala yang membangkitkan kecemburuan itu.


Lalu raja itu akan berbuat sewenang-wenangnya. Dia akan meninggikan diri dan terus membesarkan diri atas segala tuhan serta mengucapkan hal-hal yang dahsyat menentang Allah segala allah. Dia akan beroleh kejayaan sehingga genap tempoh kemurkaan itu, kerana apa yang sudah ditentukan akan terlaksana.


Aku juga ingin tahu tentang sepuluh tanduk yang ada di kepalanya dan tentang tanduk lain yang tumbuh kemudian sehingga tiga tanduk jatuh di hadapannya. Tanduk ini mempunyai mata dan mempunyai mulut yang bercakap besar. Rupanya lebih besar daripada tanduk-tanduk yang lain itu.


Dia akan berucap menentang Yang Maha Tinggi dan menganiaya orang suci serta berusaha untuk mengubah waktu dan hukum. Orang suci itu akan diserahkan ke dalam tangannya untuk satu masa, dua masa, dan separuh masa.


Ketika aku berfikir tentang tanduk-tanduk itu, tampaklah sebatang tanduk lain yang kecil muncul di antara semuanya itu. Lalu tiga batang tanduk yang terdahulu tercabut di hadapannya. Tampaklah pada tanduk itu ada mata seperti mata manusia dan mulut yang bercakap besar.


Mereka melucutkan pakaian-Nya dan menyarungkan jubah ungu ke tubuh-Nya.


Setelah mereka keluar dari air, Roh Tuhan mengambil Filipus dari situ. Sida-sida itu tidak melihatnya lagi, lalu meneruskan perjalanan dengan sukacita.


Dia akan menentang dan meninggikan dirinya daripada semua yang disembah manusia. Dia akan duduk di dalam bait Allah dan mengisytiharkan dirinya sebagai Allah.


Pada hari Tuhan, Roh menguasaiku, lalu aku mendengar suara yang lantang, seperti bunyi sangkakala, berkata-kata di belakangku.


Tetapi perempuan itu diberi sepasang sayap helang besar untuk terbang ke tempatnya di gurun. Di situ dia dijaga selama tiga tahun setengah jauh dari mata naga itu.


Lantas suatu tanda muncul di langit: seekor naga merah yang amat besar, berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh, dan di atas kepalanya ada tujuh mahkota.


Perempuan itu lari ke gurun, ke tempat yang memang ditentukan Allah untuknya. Dia dijaga di situ selama seribu dua ratus enam puluh hari.


Perempuan yang kamu lihat itu ialah kota agung yang menguasai semua raja di bumi ini.”


Perempuan itu berpakaian ungu dan merah, dihiasi emas permata serta mutiara, tangannya memegang cawan emas yang penuh dengan perbuatan cabul dan kecemaran perzinaannya.


dagangan emas, perak, permata dan mutiara, kain linen halus, kain ungu, kain sutera dan kain kesumba, setiap jenis kayu yang harum baunya, segala bekas daripada gading, kayu indah, tembaga, besi dan batu marmar,


Mereka akan berkata, “Aduhai, sengsaranya, kota yang agung itu, yang memakai kain linen halus, kain ungu dan kain kesumba, serta dihiasi emas permata dan mutiara!


Dia membawaku dalam Roh ke sebuah gunung yang besar dan tinggi, lalu menunjukkan kepadaku kota yang agung, Yerusalem Yang Suci, diturunkan Allah dari syurga,


Serta-merta Roh menguasaiku. Kulihat sebuah takhta di syurga dan seorang bersemayam di atasnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan