Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 16:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Oleh itu, malaikat pertama pergi, mencurahkan isi mangkuknya ke tanah, lalu tumbuh pekung yang busuk dan menjijikkan pada orang yang mempunyai tanda binatang itu dan orang yang menyembah patungnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Maka yang pŭrtama tama itupun pŭrgilah, lalu dituangkannyalah pialanya itu ka’atas bumi, maka jadilah pŭkong yang jahat, dan sakit ka’atas orang orang yang ada mŭmakie tanda binatang itu, dan atas orang orang yang mŭnyŭmbah akan gambarnya itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Malaikat pertama pergi dan menuang isi mangkuknya ke atas bumi. Lalu timbullah kudis yang teruk dan menyakitkan pada semua orang yang mempunyai tanda binatang itu, serta pada orang yang menyembah patungnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Malaikat pertama pergi dan menuang isi mangkuknya ke atas bumi. Lalu timbullah kudis yang teruk dan menyakitkan pada semua orang yang mempunyai tanda binatang itu, serta pada orang yang menyembah patungnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 16:2
22 Iomraidhean Croise  

Engkau sendiri akan menderita suatu penyakit usus yang sangat parah hari demi hari, sehingga kelak ususmu terburai kerana penyakit itu.’ ”


Sesudah semua itu, TUHAN mengazabnya dengan penyakit pada ususnya yang tidak dapat sembuh.


Dia meniupkan angin timur di langit dan dengan kuasa-Nya membawakan angin selatan.


maka TUHAN akan membuat ubun-ubun puteri Sion berkudis, dan TUHAN akan menyingkapkan aurat mereka.”


Maka akan ada bau busuk sebagai ganti rempah-rempah harum, seutas tali sebagai ganti ikat pinggang, kepala gondol sebagai ganti rambut yang terbentuk rapi, kain kabung sebagai ganti jubah mahal, dan luka bakar sebagai ganti kecantikan.


Pada saat itu malaikat Tuhan memukul Raja Herodes kerana tidak menghormati Allah. Raja Herodes pun mati dimakan ulat.


TUHAN akan mengazab kamu dengan bisul Mesir, borok, kudis, dan kurap yang tidak dapat disembuhkan.


TUHAN akan mengazab kamu dengan bisul parah yang tidak dapat disembuhkan pada lutut dan pahamu, juga dari telapak kakimu sampai ke ubun-ubunmu.


TUHAN akan menjauhkan segala penyakit daripada kamu. Segala wabak dahsyat yang kamu ketahui di Mesir tidak akan ditimpakan-Nya ke atasmu, melainkan akan didatangkan-Nya kepada semua orang yang membenci kamu.


Binatang kedua itu menjalankan segala kekuasaan binatang pertama di hadapannya, dan menyuruh bumi serta semua penghuninya menyembah binatang yang telah sembuh daripada luka parah yang membawa maut itu.


Lalu Dia yang duduk di atas awan itu mengayunkan sabit-Nya ke atas bumi, dan bumi pun dituai.


Mereka diikut oleh satu lagi malaikat yang berkata dengan suara lantang, “Jika sesiapa menyembah binatang itu dan patungnya, dan menerima tandanya di atas dahi atau tangan,


Kemudian aku mendengar suara lantang dari dalam Bait Suci Allah, berkata kepada tujuh malaikat itu, “Pergi tuangkan kemurkaan Allah di dalam tujuh mangkuk itu ke bumi.”


Mereka mengkufuri Allah yang memerintah syurga kerana kesakitan dan pekung di tubuh mereka. Mereka tidak bertaubat daripada perbuatan mereka.


Malaikat pertama meniup sangkakalanya. Hujan batu dan api bercampur darah terus dilemparkan ke bumi. Lalu sepertiga bumi, dan sepertiga pokok serta segala tumbuh-tumbuhan yang hijau hangus dibakar.


Begitu berat tekanan tangan TUHAN atas orang Asdod, bahkan Dia membinasakan Asdod dan menimpa daerah-daerahnya dengan ketumbuhan.


Namun begitu, setelah mereka memindahkan tabut itu ke kota itu, tangan TUHAN juga mendatangkan kegemparan yang amat besar di sana. Dia mendatangkan seksa terhadap penduduk kota itu, daripada yang kecil kepada yang besar, sehingga muncul wabak ketumbuhan dalam kalangan mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan