Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 15:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba: “Agung dan ajaib pekerjaan-Mu, Tuhan, Allah Maha Kuasa! Benar dan adil setiap jalan-Mu, Ya Raja segala bangsa!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Maka marika itupun mŭnyanyilah shayer Musa hamba Allah itu, dan shayer anak Domba itu, katanya, Bŭsarlah dan ajaiblah sagala pŭrbuatanmu itu, Tuhan Allah yang maha kwasa; adil dan bŭnarlah jalanmu, raja orang orang salih;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba, “Tuhan, Allah Yang Maha Kuasa, perbuatan-Mu sungguh agung dan menakjubkan! Raja semua bangsa, alangkah adil dan benar tindakan-Mu!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba, “Tuhan, Allah Yang Maha Kuasa, perbuatan-Mu sungguh agung dan menakjubkan! Raja semua bangsa, alangkah adil dan benar tindakan-Mu!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 15:3
49 Iomraidhean Croise  

Ketika Abram berusia 99 tahun, TUHAN menampakkan diri kepada Abram dan berfirman kepadanya, “Akulah Allah Yang Maha Kuasa, hiduplah tanpa bercela di hadapan-Ku.


Tetapi Harun dan keturunannya bertugas membakar korban di atas mazbah korban bakaran dan di atas mazbah pembakaran dupa bagi segala pekerjaan Tempat Yang Maha Suci. Mereka juga bertugas mengadakan pendamaian bagi orang Israel selaras dengan semua yang diperintahkan oleh Musa, hamba Allah itu.


Oleh sebab itu raja memanggil Ketua Imam, Yoyada dan berkata kepadanya, “Mengapakah engkau tidak menuntut bani Lewi agar mereka membawa dari Yehuda dan dari Yerusalem cukai yang dikenakan Musa, hamba TUHAN itu, kepada jemaah Israel untuk khemah tempat loh hukum?


Engkau menyatakan kepada mereka fasal hari Sabat-Mu yang suci, dan Kauberi mereka perintah-perintah, ketetapan-ketetapan, dan hukum dengan perantaraan Musa, hamba-Mu.


Ingatlah bahawa engkau harus memuliakan pekerjaan-Nya, yang dinyanyikan oleh manusia.


Dia melakukan hal-hal besar yang tidak mampu kita cari, hal-hal ajaib yang tidak terhingga jumlahnya.


Kerana TUHAN baik, kasih-Nya untuk selama-lamanya; dan kesetiaan-Nya kekal turun-temurun, zaman-berzaman.


Ingatlah perbuatan-Nya yang menakjubkan, mukjizat-Nya, dan hukum-hukum yang difirmankan-Nya,


Sungguh besar perbuatan TUHAN; dikaji oleh semua yang berasa ria kerananya.


Hasil kerja tangan-Nya adalah kesetiaan dan keadilan; semua ajaran-Nya pasti.


Aku akan memuji-Mu, kerana aku dicipta dengan mengagumkan dan menakjubkan; sungguh menakjubkan ciptaan-Mu, dan ini amat diketahui oleh jiwaku.


TUHAN benar dalam semua cara-Nya, penuh kasih dalam semua perbuatan-Nya.


Orang akan memperkatakan kehebatan perbuatan-Mu yang mengagumkan, dan aku akan mengisytiharkan kebesaran-Mu.


Jalan Allah itu sempurna; firman TUHAN terbukti benar. Dialah perisai pelindung semua yang bernaung kepada-Nya.


Perbuatan yang menakjubkan telah dilakukan-Nya di hadapan nenek moyang mereka di Tanah Mesir, di padang Zoan.


Ya TUHAN, betapa agung hasil kerja-Mu, fikiran-Mu sungguh dalam!


Kekuatan Raja cinta akan keadilan — Engkau telah mengasaskan kesaksamaan; Engkau telah melakukan yang benar dan adil dalam Yakub.


Sesungguhnya, TUHAN ialah hakim kita, TUHAN ialah pemerintah kita, TUHAN ialah raja kita, Dia akan menyelamatkan kita.


Beritahulah dan kemukakanlah alasanmu! Ya, biarlah mereka berunding bersama-sama. Siapakah yang mengkhabarkan hal ini sejak zaman dahulu, yang memberitahukannya sejak dahulu? Bukankah Aku, TUHAN? Tidak ada tuhan lain selain Aku, Allah yang benar dan Penyelamat. Tidak ada yang lain selain Aku.


Setelah sampai dekat gua itu, berserulah dia kepada Daniel dengan suara yang penuh kesayuan. Kata raja kepada Daniel, “Daniel, hamba kepada Allah yang hidup, apakah Allahmu yang selalu kausembah itu sanggup melepaskan engkau daripada singa-singa itu?”


Semua orang Israel telah melanggar hukum-Mu dan menyimpang kerana tidak mematuhi-Mu. Oleh sebab itu kutuk dan sumpah yang tersurat dalam Kitab Suci Taurat yang disampaikan melalui Musa, hamba Allah itu, dicurahkan kepada kami, kerana kami telah berdosa terhadap-Nya.


Siapakah yang bijak? Dia akan mengerti hal-hal ini. Siapakah yang berpengertian? Dia akan mengetahuinya. Jalan TUHAN itu lurus dan orang benar akan menempuhnya, tetapi orang derhaka akan jatuh di situ.


Engkau akan melimpahkan kesetiaan-Mu kepada Yakub dan kasih abadi-Mu kepada Abraham, seperti yang telah Kaujanjikan dengan bersumpah kepada nenek moyang kami sejak zaman dahulu.


TUHAN yang hadir di tengah-tengahnya, sememangnya benar, Dia tidak melakukan kezaliman. Keadilan-Nya nyata setiap pagi, Dia tidak pernah lalai. Namun demikian, orang zalim tidak tahu malu.


Bergembiralah, wahai puteri Sion! Bersoraklah, wahai puteri Yerusalem! Lihat, rajamu datang kepadamu! Dia adil, pembawa kemenangan, Dia rendah hati, dan menunggang seekor keldai, seekor keldai muda.


kerana hukum Taurat disampaikan melalui Musa, tetapi kasih kurnia dan kebenaran dinyatakan melalui Yesus Kristus.


Kemudian Musa memperdengarkan perkataan nyanyian ini sehingga selesai kepada seluruh jemaah Israel.


Aku hendak memasyhurkan nama TUHAN. Nyatakanlah keagungan Allah kita!


Setelah itu Musa, hamba TUHAN itu, meninggal di sana, di Tanah Moab, selaras dengan firman TUHAN.


Penghormatan dan kemuliaan selama-lamanya kepada Raja segala zaman, Allah yang kekal, yang tidak dapat dilihat, dan yang esa. Amin.


Musa memang setia dalam seisi Rumah Allah sebagai seorang khadam, untuk kesaksian terhadap segala perkara yang akan dikatakan kemudian.


Hanya, ingatlah baik-baik, lakukanlah perintah dan hukum yang disampaikan kepadamu oleh Musa, hamba TUHAN itu, iaitu mencintai TUHAN, Allahmu, hidup menurut segala jalan-Nya, berpegang teguh pada segala perintah-Nya, berpaut kepada-Nya, serta beribadat kepada-Nya dengan segenap hatimu dan segenap jiwamu.”


“Akulah Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terakhir,” demikian firman Tuhan Allah, Yang Maha Kuasa, yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang.


sambil berkata: “Kami bersyukur kepada-Mu, Ya Tuhan, Allah Maha Kuasa; yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang. Kerana Engkau telah melaksanakan kuasa-Mu yang besar lalu memerintah.


Mereka menyanyikan suatu nyanyian yang terasa baru di hadapan takhta, empat makhluk dan para tua-tua. Tiada siapa pun dapat mempelajari nyanyian itu kecuali seratus empat puluh empat ribu orang yang ditebus dari bumi.


Satu lagi malaikat mengikutnya, sambil berkata, “Babel telah runtuh, telah runtuh, kota yang besar itu telah memberi semua bangsa minum air anggur kemurkaan Allah terhadap pencabulan mereka.”


Mereka akan memerangi Anak Domba, dan Anak Domba akan menumpaskan mereka, kerana Dialah Tuan segala tuan dan Raja segala raja. Orang yang dipanggil, dipilih serta setia ada bersama Dia.”


Pada jubah dan paha-Nya tertulis nama: “Raja Segala Raja, Tuan Segala Tuan.”


Kerana segala penghakiman-Nya benar dan adil, kerana Dia telah menghakimi pelacur besar yang telah mencemarkan dunia dengan perzinaannya; dan Dia telah menghukumnya kerana menumpahkan darah hamba-hamba-Nya!”


Setiap makhluk itu bersayap enam. Di bawah sayapnya pun penuh dengan mata. Siang malam mereka tidak henti-henti menyanyi: “Suci, suci, sucilah Tuhan Allah Yang Maha Kuasa, yang ada dahulu, yang ada sekarang dan yang akan datang.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan