Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 14:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Mereka menyanyikan suatu nyanyian yang terasa baru di hadapan takhta, empat makhluk dan para tua-tua. Tiada siapa pun dapat mempelajari nyanyian itu kecuali seratus empat puluh empat ribu orang yang ditebus dari bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Maka bŭrnyanyilah marika itu dŭngan suatu shayer bahru dihadapan arash itu, dan dihadapan ampat ekor binatang sŭrta orang tua tua itu, maka sa’orang juapun tiada bulih blajar shayer itu, hanya sa’ratus ampat puloh ampat ribu orang yang tŭlah tŭrtŭbus deri antara orang isi bumi itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Di hadapan takhta, empat makhluk hidup itu, dan pemimpin-pemimpin itu, berdirilah 144,000 orang itu. Mereka menyanyikan satu nyanyian baru, yang tidak dapat dinyanyikan orang lain. Mereka sahajalah yang telah diselamatkan oleh Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Di hadapan takhta, empat makhluk hidup itu, dan pemimpin-pemimpin itu, berdirilah 144,000 orang itu. Mereka menyanyikan satu nyanyian baru, yang tidak dapat dinyanyikan orang lain. Mereka sahajalah yang telah diselamatkan oleh Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 14:3
17 Iomraidhean Croise  

Aku akan menyanyikan lagu baru untuk-Mu, ya Allah; dengan kecapi bertali sepuluh aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu,


Pujilah TUHAN! Nyanyikanlah kepada TUHAN lagu baru, dan pujian untuk-Nya dalam perhimpunan orang warak.


Rahsia TUHAN ada pada mereka yang takut kepada-Nya; dan Dia akan menunjukkan mereka perjanjian-Nya.


Nyanyikan lagu baru untuk-Nya; mainkan dengan mahir sekali sambil bersorak ria.


Dia telah meletakkan nyanyian baru di bibirku, puji-pujian kepada Allah kita. Ramai yang akan melihat dan berasa takut lalu percaya kepada TUHAN.


Nyanyikanlah untuk TUHAN lagu baru; nyanyikanlah untuk TUHAN, seluruh bumi.


Nyanyikan untuk TUHAN lagu yang baru, kerana Dia telah melakukan perkara yang menakjubkan; tangan kanan-Nya dan lengan-Nya yang suci telah membawa kemenangan untuk-Nya.


Nyanyikanlah bagi TUHAN nyanyian baru, sampaikanlah puji-pujian kepada-Nya dari hujung bumi, wahai orang yang pergi ke laut dan segala isi laut, wahai pulau-pulau serta penduduknya!


Bagi mereka yang akan binasa, berita tentang salib dianggap suatu kebodohan. Namun demikian, bagi kita yang diselamatkan Allah, berita itu menunjukkan kekuasaan-Nya.


Orang jasmani yang tidak mempunyai Roh tidak dapat menerima hal-hal daripada Roh Allah, kerana dia menganggap hal-hal itu kebodohan semata-mata, dan dia tidak dapat memahaminya, disebabkan hal-hal itu hanya dapat dinilai secara rohani.


Kemudian tiba-tiba aku melihat Anak Domba berdiri di puncak Gunung Sion, dan bersama-sama-Nya seratus empat puluh empat ribu orang dengan nama-Nya dan nama Bapa-Nya tertulis di atas dahi mereka.


Mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba: “Agung dan ajaib pekerjaan-Mu, Tuhan, Allah Maha Kuasa! Benar dan adil setiap jalan-Mu, Ya Raja segala bangsa!


Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah. Aku akan memberikan sebahagian manna yang tersembunyi kepada sesiapa yang menang. Juga Aku akan memberinya batu putih yang bertulis nama baru, yang tidak diketahui oleh sesiapa selain penerimanya.”


Mereka menyanyikan lagu baru: “Engkau layak mengambil gulungan naskhah itu dan membuka materainya kerana Engkau telah dibunuh, dan dengan darah kematian-Mu Engkau telah menebus untuk Allah manusia daripada segala suku, bahasa, kaum, dan bangsa.


Lalu aku mendengar bahawa seratus empat puluh empat ribu daripada semua suku Israel dimateraikan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan