Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 13:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Binatang itu dibenarkan memerangi dan menewaskan orang salih, serta diberi kekuasaan ke atas semua suku, kaum, bahasa dan bangsa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

7 Maka dibri pula padanya bŭrprang dŭngan orang orang salih, sŭrta mŭngalahkan marika itu; danlagi tŭlah dibri kwasa akan dia atas sagala katuronan, dan bahsa, dan sagala bangsa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Binatang itu dibenarkan melawan umat Allah serta mengalahkan mereka. Binatang itu diberikan kekuasaan atas setiap suku, negara, bahasa, dan bangsa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Binatang itu dibenarkan melawan umat Allah serta mengalahkan mereka. Binatang itu diberikan kekuasaan atas setiap suku, negara, bahasa, dan bangsa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 13:7
20 Iomraidhean Croise  

Akan tetapi, untuk tujuan ini Aku membiarkan engkau hidup, iaitu supaya Aku dapat memperlihatkan kepadamu kuasa-Ku, dan supaya nama-Ku termasyhur di seluruh bumi.


Masakan kapak memegahkan diri terhadap orang yang mengayunkannya? Masakan gergaji membesarkan diri terhadap orang yang menggerakkannya? Seolah-olah rotan menggerakkan orang yang mengangkatnya, seolah-olah tongkat mengangkat orang, yang tentu bukan kayu!


Belum pernahkah kaudengar, bahawa Aku telah menetapkannya sejak dahulukala dan menentukannya sejak zaman purbakala? Sekarang Aku mewujudkannya, bahawa engkau meruntuhkan kota-kota berkubu sehingga menjadi timbunan puing.


sesungguhnya Aku akan mengirim utusan untuk menjemput semua suku bangsa dari utara,’ demikianlah firman TUHAN, ‘dan memanggil Nebukadnezar, raja Babel, hamba-Ku itu. Akan Kubawa mereka untuk menyerang negeri ini, menyerang penduduknya dan semua bangsa di sekitarnya. Akan Kutumpaskan mereka dan Kubuat mereka menjadi kengerian, cemuhan, dan reruntuhan untuk selama-lamanya.


“Pada waktu itu akan muncul Mikhail, malaikat penjaga yang besar, yang bertugas mengawasi anak-anak bangsamu. Akan ada masa kesesakan yang belum pernah terjadi sejak permulaan bangsa itu sehingga waktu itu. Tetapi pada waktu itu bangsamu sendiri, yakni semua orang yang namanya tercatat dalam kitab itu akan terselamat.


Dalam aku terus memperhatikannya itu, tanduk ini bertempur melawan orang suci dan mengalahkan mereka


Dia akan berucap menentang Yang Maha Tinggi dan menganiaya orang suci serta berusaha untuk mengubah waktu dan hukum. Orang suci itu akan diserahkan ke dalam tangannya untuk satu masa, dua masa, dan separuh masa.


Iblis berkata kepada-Nya, “Segala kekuasaan ini dengan kemuliaannya akan kuberikan kepada-Mu kerana semuanya itu telah diserahkan kepadaku dan aku boleh memberikannya kepada sesiapa jua yang aku suka.


Yesus menjawab, “Kamu tidak mungkin mempunyai kuasa langsung ke atas-Ku kecuali diberikan kepadamu dari atas; maka yang menyerahkan-Ku kepadamu itu lebih besar dosanya.”


Dia berkata kepadaku, “Kamu harus bernubuat lagi tentang pelbagai kaum, bangsa, bahasa dan raja.”


Bangsa-bangsa asing marah, maka datanglah kemurkaan-Mu, dan masanya untuk orang mati dihakimi, dan Engkau memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Mu, para nabi dan orang salih, serta manusia kecil dan besar yang takut akan Nama-Mu. Dan Engkau membinasakan mereka yang membinasakan bumi.”


Setelah mereka selesai membuat kesaksian, binatang buas dari dalam jurang itu akan memerangi, menewaskan dan membunuh mereka.


Naga itu amat marah terhadap perempuan itu lalu pergi memerangi anak-anaknya yang lain, yang taat kepada perintah Allah dan mempunyai kesaksian Yesus Kristus.


Malaikat itu berkata kepadaku, “Air yang kamu lihat di tempat pelacur itu duduk ialah kaum, orang ramai, bangsa dan bahasa.


Mereka menyanyikan lagu baru: “Engkau layak mengambil gulungan naskhah itu dan membuka materainya kerana Engkau telah dibunuh, dan dengan darah kematian-Mu Engkau telah menebus untuk Allah manusia daripada segala suku, bahasa, kaum, dan bangsa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan