Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 13:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Binatang itu diberi mulut untuk melafazkan hal-hal besar dan kufur, serta diberi kekuasaan melakukannya selama empat puluh dua bulan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

5 Maka tŭlah dibrilah padanya suatu mulot yang bŭrkata kata pŭrkara yang bŭsar bŭsar, dan hujat hujat; danlagi kwasa pun tŭlah dibrikan padanya, supaya iya tŭtap ampat puloh dua bulan lamanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Binatang itu dibenarkan mengkufuri Allah dan dibenarkan memerintah selama empat puluh dua bulan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Binatang itu dibenarkan mengkufuri Allah dan dibenarkan memerintah selama empat puluh dua bulan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 13:5
17 Iomraidhean Croise  

Semoga TUHAN memotong bibir yang memuji palsu dan lidah yang bertutur angkuh


Kamu membesarkan diri terhadap Aku dengan mulutmu, dan melipatgandakan kata-katamu menentang Aku. Aku mendengarnya.


Lalu raja itu akan berbuat sewenang-wenangnya. Dia akan meninggikan diri dan terus membesarkan diri atas segala tuhan serta mengucapkan hal-hal yang dahsyat menentang Allah segala allah. Dia akan beroleh kejayaan sehingga genap tempoh kemurkaan itu, kerana apa yang sudah ditentukan akan terlaksana.


Berbahagialah orang yang menanti sehingga mencapai seribu tiga ratus tiga puluh lima hari.


Aku terus memperhatikan pada waktu itu kerana bunyi cakap besar yang diucapkan oleh tanduk itu. Aku terus memperhatikannya sehingga binatang itu dibunuh dan bangkainya dibinasakan lalu diserahkan kepada api yang menyala-nyala.


Aku juga ingin tahu tentang sepuluh tanduk yang ada di kepalanya dan tentang tanduk lain yang tumbuh kemudian sehingga tiga tanduk jatuh di hadapannya. Tanduk ini mempunyai mata dan mempunyai mulut yang bercakap besar. Rupanya lebih besar daripada tanduk-tanduk yang lain itu.


Dia akan berucap menentang Yang Maha Tinggi dan menganiaya orang suci serta berusaha untuk mengubah waktu dan hukum. Orang suci itu akan diserahkan ke dalam tangannya untuk satu masa, dua masa, dan separuh masa.


Ketika aku berfikir tentang tanduk-tanduk itu, tampaklah sebatang tanduk lain yang kecil muncul di antara semuanya itu. Lalu tiga batang tanduk yang terdahulu tercabut di hadapannya. Tampaklah pada tanduk itu ada mata seperti mata manusia dan mulut yang bercakap besar.


Lalu dia berkata kepadaku, “Sampai dua ribu tiga ratus petang dan pagi, barulah tempat suci itu akan disucikan.”


Jangan sekali-kali biarkan sesiapa memperdayamu kerana hari itu tidak akan datang sebelum berlakunya kemurtadan dan manusia leluasa, iaitu anak kebinasaan menampilkan diri.


Dia akan menentang dan meninggikan dirinya daripada semua yang disembah manusia. Dia akan duduk di dalam bait Allah dan mengisytiharkan dirinya sebagai Allah.


Kemudian manusia leluasa itu akan ternyata dan Tuhan Yesus akan membunuhnya dengan hembusan nafas dari mulut-Nya dan membinasakannya dengan sinar gemilang kedatangan-Nya.


Setelah mereka selesai membuat kesaksian, binatang buas dari dalam jurang itu akan memerangi, menewaskan dan membunuh mereka.


Tetapi perempuan itu diberi sepasang sayap helang besar untuk terbang ke tempatnya di gurun. Di situ dia dijaga selama tiga tahun setengah jauh dari mata naga itu.


Perempuan itu lari ke gurun, ke tempat yang memang ditentukan Allah untuknya. Dia dijaga di situ selama seribu dua ratus enam puluh hari.


Binatang itu dibenarkan memerangi dan menewaskan orang salih, serta diberi kekuasaan ke atas semua suku, kaum, bahasa dan bangsa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan