Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 13:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Orang yang harus ditawan pasti akan ditawan kelak. Orang yang harus dibunuh dengan pedang pasti akan dibunuh dengan pedang juga. Yang dituntut di sini ialah ketabahan dan iman orang salih.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

10 Maka barang siapa yang mŭmbawa kapada tawanan, maka iya kŭlak akan dimasokkan kadalam tawanan; dan barang siapa yang mŭmbunoh dŭngan pŭdang, maka dapat tiada iyapun akan dibunoh dŭngan pŭdang: maka inilah sabar dan iman orang orang salih.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Sesiapa yang harus ditawan, pasti akan ditawan; sesiapa yang harus dibunuh dengan pedang, pasti akan dibunuh dengan pedang. Itulah sebabnya umat Allah mesti tabah hati dan setia kepada Kristus.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Sesiapa yang harus ditawan, pasti akan ditawan; sesiapa yang harus dibunuh dengan pedang, pasti akan dibunuh dengan pedang. Itulah sebabnya umat Allah mesti tabah hati dan setia kepada Kristus.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 13:10
29 Iomraidhean Croise  

Bangsa-bangsa akan menjemput mereka dan menghantar mereka pulang ke tempatnya. Keturunan kaum Israel akan memiliki orang itu sebagai hamba lelaki dan perempuan di bumi TUHAN. Mereka akan menawan orang yang dahulunya menawan mereka dan berkuasa atas para penindas mereka.


Sesungguhnya, TUHAN hendak datang dari kediaman-Nya di syurga untuk menghukum penduduk bumi kerana kesalahannya. Bumi akan memperlihatkan darah yang tertumpah di atasnya, dan tidak akan lagi menutupi mayat orang yang tewas di atasnya.


Malangnya engkau, wahai pemusnah, yang belum pernah dimusnahkan; dan engkau, wahai pengkhianat, yang belum pernah dikhianati! Setelah engkau selesai memusnahkan, engkau pun akan dimusnahkan; setelah engkau usai berkhianat, engkau pun akan dikhianati.


Nanti, apabila mereka bertanya kepadamu, ‘Ke manakah kami harus pergi?’ jawablah mereka, ‘Beginilah firman TUHAN, “Yang ke maut, ke mautlah! Yang ke pedang, ke pedanglah! Yang ke bencana kebuluran, ke bencana kebuluranlah! Yang ke tempat penawanan, ke tempat penawananlah!


Dia akan datang menyerang Tanah Mesir, sehingga: Yang ke maut, ke mautlah! Yang ke tempat penawanan, ke tempat penawananlah! Yang ke pedang, ke pedanglah!


Baik jika seseorang menanti dengan tenang akan penyelamatan daripada TUHAN.


Memang penglihatan itu masih menanti waktu pernyataannya, tetapi akan segera menuju kesudahannya tanpa berdusta. Kalaupun tampak seperti lambat, tetap nantikannya, kerana pasti akan ternyatanya juga dan tidak akan berlengah.


Tetapi Yesus berkata kepada murid-Nya itu, “Simpan semula pedangmu di tempatnya yang wajar, kerana semua yang menggunakan pedang akan musnah dimakan pedang.


Kerana sebagaimana kamu menghakimi orang, demikian jugalah kamu akan dihakimi. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu.


Bertahanlah, keteguhan hatimu akan menyelamatkan nyawamu.”


diteguhkan dengan segala kekuatan berdasarkan kuasa-Nya yang mulia, yang mendatangkan kesabaran dan kebahagiaan.


Janganlah kamu menjadi lembap; teladani mereka yang mewarisi janji itu melalui iman dan kesabaran.


Aku, Yohanes, saudara dan temanmu yang turut serta dalam kesengsaraan, kerajaan dan ketabahan dalam Yesus, berada di Pulau Patmos kerana firman Allah dan kesaksian Yesus.


Bangsa-bangsa asing marah, maka datanglah kemurkaan-Mu, dan masanya untuk orang mati dihakimi, dan Engkau memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Mu, para nabi dan orang salih, serta manusia kecil dan besar yang takut akan Nama-Mu. Dan Engkau membinasakan mereka yang membinasakan bumi.”


Yang dituntut di sini ialah ketabahan orang salih yang mengikut perintah Allah serta beriman kepada Yesus.


Mereka telah menumpahkan darah orang salih dan nabi-nabi, maka Engkau memberi mereka minum darah, suatu hukuman yang setimpal.”


Binatang yang pernah wujud dan yang tidak wujud lagi itu ialah raja yang kelapan, dan asalnya daripada yang ketujuh. Ia juga akan menuju kebinasaan.


Binatang yang kamu lihat itu pernah wujud tetapi tidak wujud lagi dan akan keluar dari jurang yang tidak terduga dalamnya lalu menuju kebinasaan. Penghuni bumi yang tidak tersenarai namanya dalam Kitab Hidup dari permulaan dunia akan tercengang melihat binatang yang pernah wujud dan sekarang tidak wujud lagi tetapi kemudian akan muncul lagi.


Aku tahu perbuatanmu, kasihmu, imanmu, pelayananmu dan ketabahanmu. Aku juga tahu bahawa kamu sekarang lebih banyak berusaha daripada dahulu.


Aku tahu perbuatanmu, jerih payahmu dan ketabahanmu. Aku tahu bahawa kamu tidak tahan lagi dengan kejahatan orang durjana. Kamu telah menguji orang yang membuat pengakuan palsu bahawa mereka rasul padahal mereka bukan, dan kamu telah mendapati mereka itu pendusta.


Oleh sebab kamu taat akan perintah-Ku supaya tabah menanggung kesengsaraan, Aku akan menyelamatkanmu daripada masa pancaroba yang akan menimpa seluruh dunia sebagai dugaan kepada umat manusia.


Ingatlah semula segala yang telah diajarkan kepadamu dan segala yang telah kamu dengar. Patuhilah segalanya dan bertaubatlah. Jika tidak, Aku akan datang kepadamu sebagai pencuri. Kamu tidak mungkin tahu saatnya Aku datang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan