Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 12:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Lantas suatu tanda muncul di langit: seekor naga merah yang amat besar, berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh, dan di atas kepalanya ada tujuh mahkota.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Shahadan klihatanlah pula suatu ajaib yang lain dilangit; maka heiran, ada sa’ekor naga bŭsar merah, ada bŭrkŭpala tujoh dan sa’puloh chula, maka tujoh mahkota pula dikŭpalanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Lalu sesuatu yang ajaib kelihatan pula di langit: Seekor naga merah yang besar sekali mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk. Setiap kepala memakai sebuah mahkota.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Lalu sesuatu yang ajaib kelihatan pula di langit: Seekor naga merah yang besar sekali mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk. Setiap kepala memakai sebuah mahkota.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 12:3
27 Iomraidhean Croise  

Pada waktu itu TUHAN akan menjatuhkan hukuman dengan pedang-Nya yang keras, besar, dan kuat terhadap Lewiatan, ular yang meluncur, terhadap Lewiatan, ular yang melingkar, dan Dia akan membunuh naga yang berada di laut.


Bangunlah, bertindaklah! Gunakanlah kekuatanmu, wahai tangan TUHAN! Bertindaklah seperti pada zaman dahulu, pada zaman angkatan purbakala! Bukankah Engkau yang mencencang Rahab, yang menikam naga itu?


Para tua-tua dan yang terhormat, itulah kepala, sedangkan para nabi yang mengajarkan dusta, itulah ekor.


Sebagaimana tuanku lihat kaki dan jari-jarinya separuh daripada tanah liat tukang periuk dan separuh daripada besi, demikianlah kerajaan itu akan terbahagi. Tetapi kekuatan besi akan tetap ada di dalamnya, sebagaimana tuanku lihat besi itu bercampur dengan tanah liat.


Sebagaimana jari-jari kaki itu separuh daripada besi dan separuh daripada tanah liat, demikianlah kerajaan itu sebahagiannya kuat dan sebahagiannya rapuh.


Aku juga ingin tahu tentang sepuluh tanduk yang ada di kepalanya dan tentang tanduk lain yang tumbuh kemudian sehingga tiga tanduk jatuh di hadapannya. Tanduk ini mempunyai mata dan mempunyai mulut yang bercakap besar. Rupanya lebih besar daripada tanduk-tanduk yang lain itu.


Sepuluh tanduk itu ialah sepuluh orang raja yang muncul daripada kerajaan itu. Setelah mereka akan muncul seorang raja lagi yang berbeza daripada yang terdahulu. Dia akan mengaibkan tiga orang raja itu.


Suatu tanda besar kelihatan di langit: Seorang perempuan yang berpakaian matahari, bulan di bawah kakinya dan sebuah mahkota dua belas bintang terkalung menghiasi kepalanya.


Apabila naga itu sedar ia telah dibuang ke bumi, ia pun memburu perempuan yang melahirkan anak lelaki itu.


Naga itu amat marah terhadap perempuan itu lalu pergi memerangi anak-anaknya yang lain, yang taat kepada perintah Allah dan mempunyai kesaksian Yesus Kristus.


Naga itu mengheret sepertiga bintang di langit dengan ekornya dan menghumbankannya ke bumi. Ia menunggu di hadapan perempuan yang hendak bersalin untuk menelan anaknya sebaik-baik dia lahir.


Kemudian perang tercetus di syurga. Mikhail dengan malaikat-malaikatnya berperang dengan naga dan malaikat-malaikatnya.


Dengan demikian tersingkirlah naga besar itu, ular purba yang bernama Iblis atau Syaitan, yang memperdaya umat manusia. Ia dan semua malaikatnya dibuang ke bumi.


Aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut, bertanduk sepuluh berkepala tujuh. Di setiap tanduk terletak mahkota dan di setiap kepala tertulis nama kufur.


Binatang itu kelihatan seperti harimau bintang tetapi kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Naga itu memberi binatang itu kuasa dan takhtanya serta kekuasaan yang besar.


Mereka menyembah naga yang telah memberikan kekuasaannya kepada binatang itu, dan mereka menyembah binatang itu sambil berkata, “Siapakah yang setanding dengan binatang ini? Siapakah yang dapat memeranginya?”


Aku melihat pula di langit suatu tanda lagi, yang besar dan ajaib, iaitu tujuh malaikat membawa tujuh wabak terakhir, maka dengannya selesailah kemurkaan Allah.


Aku melihat tiga roh jahat seperti rupa katak keluar dari mulut naga itu, dari mulut binatang itu, dan dari mulut nabi palsu.


Sepuluh tanduk yang kamu lihat itu bererti sepuluh orang raja yang belum mendapat kerajaan lagi, tetapi mereka menerima kekuasaan sebagai raja bersama dengan binatang itu selama sejam.


Binatang dan sepuluh tanduknya yang kamu lihat itu akan membenci pelacur itu, dan membuatnya terlantar serta telanjang, lalu memakan dagingnya dan membakarnya dengan api.


Tetapi malaikat itu berkata kepadaku, “Mengapa kamu hairan tercengang? Aku akan menceritakan rahsia di sebalik perempuan itu dan binatang yang ditunggangnya, yang berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh.


Mata-Nya seperti nyala api, dan di atas kepala-Nya terletak mahkota yang banyak. Ada satu nama tertulis pada-Nya, yang tidak diketahui oleh sesiapa pun selain Dia.


Dia menangkap naga, ular purba itu, iaitu Iblis atau Syaitan, lalu mengikatnya selama seribu tahun.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan