Wahyu 11:3 - Alkitab Versi Borneo3 Aku akan memberikan kuasa kepada dua orang saksi-Ku dan mereka akan bernubuat selama seribu dua ratus enam puluh hari dengan memakai kain kabung.” Faic an caibideilKitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)3 Aku kŭlak akan mŭmbri kwasa kapada dua orang saksiku, maka marika itu kŭlak akan bŭrnabuat sa’ribu dua ratus anam puloh hari lamanya, sŭrta dŭngan mŭmakie kain karong. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)3 Aku akan mengutus dua orang saksi-Ku yang mengenakan pakaian berkabung. Mereka akan mengisytiharkan perkhabaran Allah selama 1,260 hari.” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik3 Aku akan mengutus dua orang saksi-Ku yang mengenakan pakaian berkabung. Mereka akan mengisytiharkan perkhabaran Allah selama 1,260 hari.” Faic an caibideil |
Lalu aku mendengar orang yang berpakaian kain linen, yang ada di sebelah atas air sungai itu, bersumpah demi Dia yang hidup selama-lamanya sambil mengangkat tangan kanan dan tangan kirinya ke langit, “Untuk satu masa, dua masa, dan setengah masa. Begitu berakhir penghancuran kuasa umat suci, barulah hal-hal ini akan digenapi.”
Allah telah menentukan tempat masing-masing anggota jemaah: Pertama sebagai rasul-rasul, kedua nabi-nabi, ketiga guru-guru; seterusnya mereka yang diamanahkan untuk melakukan pelbagai mukjizat, mereka yang diberi kurnia untuk menyembuhkan, untuk memberi pertolongan, untuk memimpin dan untuk bertutur dalam aneka lidah.
Aku melihat beberapa takhta, lantas orang duduk di atasnya dan diberi kuasa sebagai hakim. Aku melihat roh-roh orang yang telah dipancung kepala kerana memberikan kesaksian tentang Yesus Kristus dan firman Allah, yang tidak menyembah binatang itu atau patungnya, dan tidak menerima tandanya di dahi atau di tangan. Mereka itu hidup dan memerintah bersama Kristus selama seribu tahun.