Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 10:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Dia berseru dengan suara seperti bunyi sekawan singa mengaum, disahut oleh tujuh guruh dengan gemuruh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Lalu bŭrtriaklah iya dŭngan nyaring swaranya, spŭrti singa mŭmŭkis: sŭtlah sudah iya bŭrtriak itu, maka tujoh halalintar bŭrbunyilah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Lalu dia berseru dengan suara yang kuat seperti raungan kawanan singa. Setelah dia berseru, tujuh guruh menjawab dengan suara gemuruh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Lalu dia berseru dengan suara yang kuat seperti raungan kawanan singa. Setelah dia berseru, tujuh guruh menjawab dengan suara gemuruh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 10:3
16 Iomraidhean Croise  

Suara TUHAN bergema di atas lautan; Allah kemuliaan mengguntur, TUHAN di atas segala lautan.


Murka raja laksana ngauman seekor singa, tetapi kebaikannya ibarat embun di atas rumput.


Beginilah firman TUHAN kepadaku, “Seperti singa atau singa muda mengaum mempertahankan mangsanya — sekalipun sekelompok gembala dipanggil melawannya, ia tidak akan kecut hati mendengar suara mereka dan tidak mengalah terhadap keriuhan mereka — demikianlah TUHAN alam semesta, akan datang berperang mempertahankan Gunung Sion dan bukitnya.


TUHAN akan maju seperti seorang kesateria, dan semangat-Nya akan bergelora seperti seorang pejuang. Dia akan bertempik, ya, meneriakkan pekikan semangat peperangan, dan akan menang atas musuh-musuh-Nya.


Ngauman mereka seperti singa betina. Mereka mengaum seperti singa-singa muda, mereka menggeram dan menerkam mangsanya, lalu membawanya lari tanpa ada yang dapat menyelamatkannya.


Mengenai engkau, nubuatkanlah kepada mereka segala firman ini dan katakanlah kepada mereka, ‘TUHAN bergemuruh dari tempat tinggi dan memperdengarkan suara-Nya dari tempat kediaman-Nya yang suci. Dia akan bergemuruh terhadap padang ragut-Nya. Pekikan seperti pekikan para pengirik buah anggur akan diteriakkan-Nya kepada seluruh penduduk bumi.


Bunyi sayap-sayap malaikat kerubin itu terdengar sampai ke pelataran luar, seperti suara Allah Yang Maha Kuasa ketika Dia berfirman.


Mereka akan berjalan mengikuti TUHAN, yang akan mengaum seperti singa. Sesungguhnya, Dia akan mengaum, dan para anak itu akan datang dengan gementar dari sebelah barat.


TUHAN mengaum bak guruh dari Sion dan memperdengarkan suara-Nya dari Yerusalem. Langit dan bumi akan bergoncang, tetapi TUHAN ialah tempat berlindung bagi umat-Nya dan benteng bagi orang Israel.


Amos berkata, “Datanglah TUHAN dengan mengaum dari Sion, dan dari Yerusalem kedengaran tempikan suara-Nya. Pudar dan berkabunglah padang-padang ragut dan layulah puncak Gunung Karmel.”


Apabila singa telah mengaum, siapakah yang tidak takut? Tuhan Allah telah berfirman, maka siapakah yang tidak bernubuat?”


Aku mendengar suara dari syurga, seperti bunyi air menderu, dan seperti bunyi guruh yang kuat, dan suara yang kudengar itu seperti bunyi daripada pemain-pemain memetik kecapi.


Aku melihat pula di langit suatu tanda lagi, yang besar dan ajaib, iaitu tujuh malaikat membawa tujuh wabak terakhir, maka dengannya selesailah kemurkaan Allah.


Kemudian satu daripada empat makhluk itu memberi tujuh malaikat itu tujuh mangkuk emas yang dipenuhi kemurkaan Allah yang hidup selama-lamanya.


Dari takhta itu kulihat kilat memancar dan kudengar guruh berbunyi. Di hadapan takhta itu terdapat tujuh pelita yang menyala, iaitu tujuh Roh Allah.


Kemudian malaikat itu mengisi tempat bara dengan bara api dari mazbah lalu melontarkannya ke bumi. Dalam sekelip mata kedengaran guruh petir dan kelihatan kilat sabung-menyabung lalu seluruh bumi bergempa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan