Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 10:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Setelah itu, aku melihat satu lagi malaikat yang gagah perkasa turun dari syurga, tubuhnya diliputi awan dan kepalanya dilingkari pelangi. Wajahnya bersinar seperti matahari, dan kakinya seperti tiang api.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 BŬRMULA kulihat pula ada sa’orang mŭliekat lain yang bŭrkwasa turon deri shorga, dŭngan dikŭpong ulih awan; maka plangi diatas kŭpalanya, mukanya spŭrti matahari, dan kakinya spŭrti tiang api:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Kemudian aku melihat satu lagi malaikat perkasa turun dari syurga. Dia diselubungi awan dan kepalanya dikelilingi pelangi. Mukanya bersinar seperti matahari, dan kakinya seperti tiang api.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Kemudian aku melihat satu lagi malaikat perkasa turun dari syurga. Dia diselubungi awan dan kepalanya dikelilingi pelangi. Mukanya bersinar seperti matahari, dan kakinya seperti tiang api.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 10:1
28 Iomraidhean Croise  

Dia mengasaskan lantai ruang-ruang atas-Nya di perairan. Dia menjadikan awan pedati-Nya; Dia berjalan di atas sayap angin.


Awan dan kegelapan mengelilingi-Nya; perbenaran dan keadilan asas takhta-Nya.


Sewaktu Harun sedang berbicara kepada seluruh jemaah Israel, mereka berpaling ke arah gurun. Tiba-tiba terpaparlah kemuliaan TUHAN dalam awan.


Kakinya bak tonggak marmar putih, terlekap di atas alas emas murni. Keterampilannya bak Lebanon, terpilih sebagaimana pokok-pokok araznya.


Pernyataan ilahi tentang Mesir. Lihat, TUHAN mengenderai awan yang cepat dan datang ke Mesir. Berhala-berhala Mesir gementar di hadapan-Nya dan orang Mesir menjadi tawar hati.


“Bagi-Ku hal ini seperti air bah pada zaman Nuh. Sebagaimana Aku bersumpah bahawa air bah pada zaman Nuh tidak akan melanda bumi lagi, demikianlah Aku bersumpah bahawa Aku tidak akan murka lagi kepadamu atau mengherdik engkau.


Engkau menyelubungi diri-Mu dengan awan, sehingga doa kami tidak dapat menembusinya.


Seperti pelangi yang tampak di awan pada musim hujan, demikianlah rupa cahaya yang mengelilinginya. Itulah rupa wujud kemuliaan TUHAN. Ketika aku melihatnya, aku bersujud. Lalu kudengar suara Dia yang berfirman.


Tubuhnya seperti permata topaz, mukanya serupa kilat, matanya seperti obor menyala, lengan dan kakinya serupa gangsa yang digosok, dan bunyi kata-katanya seperti bunyi keramaian orang.


Aku terus memperhatikan dalam penglihatan pada malam hari itu. Tampaklah seorang seperti Anak Manusia datang dengan awan-awan langit. Dia sampai kepada Yang Abadi dan dibawa ke hadirat-Nya.


Demikianlah firman TUHAN kepada Musa, “Beritahu abangmu Harun agar jangan masuk pada sembarangan waktu ke dalam Tempat Suci di sebalik tabir, di hadapan penutup pendamaian yang ada di atas tabut, supaya jangan dia mati, kerana Aku menampakkan diri dalam awan di atas penutup pendamaian itu.


Di situ Yesus berubah rupa di hadapan mata mereka. Wajah-Nya bersinar seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan.


Lalu mereka akan melihat Anak Manusia datang dalam awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar.


pada waktu tengah hari, aku melihat di tengah jalan suatu cahaya dari langit, lebih terang daripada sinar matahari, bersinar mengelilingiku dan semua orang yang berjalan bersamaku.


Lihatlah, Dia datang dalam awan! Seluruh umat manusia akan melihat-Nya, termasuk mereka yang telah menikam Dia. Semua suku bangsa di bumi akan berkabung kerana Dia. Ya, tentu sekali. Amin.


Selepas segala ini, aku melihat satu lagi malaikat turun dari syurga, dengan kekuasaan besar, dan bumi diterangi oleh kemuliaannya.


Kemudian malaikat yang gagah perkasa mengangkat batu yang besarnya seperti batu kisar rupanya lalu melontarkannya ke dalam laut sambil berkata, “Demikianlah, dengan dahsyatnya, kota Babel yang agung akan dilenyapkan, dan tidak akan ditemukan lagi.


Kemudian aku melihat malaikat turun dari syurga, tangannya memegang kunci jurang serta rantai yang besar.


Dia yang bersemayam itu berwajah gilang-gemilang seperti batu yaspis dan akik. Takhta itu dikelilingi pelangi yang bersinar laksana zamrud.


Setelah itu, kulihat dan kudengar malaikat yang gagah perkasa bertanya dengan suara lantang, “Siapakah yang layak memecahkan materai dan membuka gulungan naskhah ini?”


Kemudian aku melihat dan mendengar seekor burung helang yang terbang tinggi di tengah langit berseru nyaring, “Sengsara! Sengsara! Sengsaralah sekalian penghuni bumi kerana tiga malaikat lagi yang akan meniup sangkakalanya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan