Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 1:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Daripada Yohanes kepada tujuh jemaah di Asia Kecil: Kasih kurnia dan kesejahteraan kepadamu daripada Allah, iaitu Dia yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang, juga daripada tujuh roh yang di hadapan takhta-Nya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

4 Deripada YAHYA datang kapada tujoh sidang jŭmaah yang ada diAsia: bahwa nihmat, dan sŭjahtralah kiranya deripadanya yang ada, dan yang tŭlah ada, dan yang akan datang, dan deripada tujoh arwah yang ada dihadapan arash Allah;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Daripada Yohanes kepada jemaah di tujuh buah tempat di daerah Asia: Terimalah berkat dan kesejahteraan daripada Allah, iaitu Dia yang ada, yang sudah ada, dan yang akan datang, serta daripada tujuh roh yang di hadapan takhta-Nya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Daripada Yohanes kepada jemaah di tujuh buah tempat di daerah Asia: Terimalah berkat dan kesejahteraan daripada Allah, iaitu Dia yang ada, yang sudah ada, dan yang akan datang, serta daripada tujuh roh yang di hadapan takhta-Nya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 1:4
41 Iomraidhean Croise  

Sebelum gunung-ganang diwujudkan atau Engkau membentuk bumi dan dunia, dari selama-lamanya hingga selama-lamanya, Engkau ialah Allah.


Firman Allah kepada Musa, “Akulah Aku.” Firman-Nya lagi, “Kamu harus berkata begini kepada orang Israel, ‘Akulah Aku yang mengutus aku kepadamu.’ ”


Roh TUHAN akan diam padanya — roh kebijaksanaan dan pengertian, roh nasihat dan keperkasaan, roh pengetahuan dan takut kepada TUHAN —


Siapakah yang mengerjakan dan melakukan hal itu, yang menyuruh bangkit seluruh keturunan sejak yang terdahulu? Aku, TUHAN, adalah yang terdahulu, dan bagi mereka yang terkemudian Aku tetap Dia!”


Kerana beginilah firman Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Mulia, yang bersemayam dalam kekekalan dan yang suci nama-Nya, “Aku bersemayam di tempat yang tinggi dan suci, tetapi juga bersama-sama orang yang hancur hati dan rendah hati, untuk menyegarkan semangat orang yang rendah hati dan untuk menyegarkan hati yang hancur.


“Tetapi engkau, wahai Betlehem Efrata, yang teramat kecil untuk berada di antara kaum-kaum Yehuda, daripada kamu akan muncul bagi-Ku seorang yang akan menjadi pemerintah di Israel. Asal usulnya sudah sejak zaman dahulu, sejak purbakala lagi.”


Lihatlah permata yang telah Kuletakkan di hadapan Yosua itu! Pada permata yang satu itu ada tujuh mata. Sesungguhnya, Aku akan membuat ukiran di atasnya,’ demikianlah firman TUHAN alam semesta, ‘dan Aku akan menghapuskan kesalahan negeri ini dalam satu hari sahaja.


Siapakah yang memandang hina hari terjadinya hal-hal yang kecil? Mereka akan bersukacita ketika melihat batu ladung di tangan Zerubabel. Ketujuh-tujuh pelita ini adalah mata TUHAN yang menjelajahi seluruh bumi.”


Malaikat itu pun menjawab aku, “Keempat-empat rata ini ialah empat roh dari langit yang keluar setelah menghadap TUHAN semesta bumi.


Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu ialah Allah.


Hal itu berlaku selama dua tahun, hingga semua penduduk Asia, baik orang Yahudi mahupun orang Yunani, telah mendengar firman Tuhan.


Orang Partia, Media, dan Elam, orang yang tinggal di Mesopotamia, Yudea dan Kapadokia, Pontus dan Asia Kecil.


Aku menulis kepada kamu sekalian di Roma, yang dikasihi oleh Allah dan dipanggil menjadi orang salih. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus memberimu kasih kurnia dan damai sejahtera.


Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus menganugerahimu kasih kurnia dan damai sejahtera.


Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus menganugerahimu kasih kurnia dan damai sejahtera.


Yesus Kristus tetap sama kelmarin, hari ini dan selama-lamanya.


Segala pemberian yang baik dan sempurna diturunkan dari syurga oleh Bapa, sumber segala cahaya. Dia tidak berubah dan tidak seperti bayangan yang berubah-ubah bentuknya.


Inilah wahyu Yesus Kristus yang dinyatakan Allah kepada-Nya supaya Dia menyampaikan kepada hamba-hamba-Nya segala yang pasti segera terjadi. Kristus menghantarkan malaikat-Nya untuk memberitahukan perkara-perkara itu kepada hamba-Nya Yohanes.


Suara itu berkata, “Tuliskanlah apa yang kaulihat dan hantarkan kitab itu kepada tujuh jemaah: Efesus, Smirna, Pergamus, Tiatira, Sardis, Filadelfia dan Laodikia.”


Apabila aku melihat-Nya, rebahlah aku di kaki-Nya seolah-olah tidak bernyawa lagi. Dia meletakkan tangan kanan-Nya ke atasku lalu berfirman, “Janganlah takut! Akulah Yang Pertama dan Yang Terakhir.


Inilah maksud perlambangan tujuh bintang yang kaulihat di tangan kanan-Ku dan tujuh kaki pelita daripada emas itu. Tujuh bintang itu melambangkan para malaikat jemaah di tujuh tempat itu manakala tujuh kaki pelita itu melambangkan jemaah di situ.”


“Akulah Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terakhir,” demikian firman Tuhan Allah, Yang Maha Kuasa, yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang.


Aku, Yohanes, saudara dan temanmu yang turut serta dalam kesengsaraan, kerajaan dan ketabahan dalam Yesus, berada di Pulau Patmos kerana firman Allah dan kesaksian Yesus.


Aku mendengar malaikat perairan itu berkata: “Engkau adil, ya Tuhan, kerana Engkau telah menghakimi hal-hal ini, Engkau Yang Suci, yang ada sekarang, dan ada dahulu, dan yang akan datang,


“Kepada malaikat jemaah di Pergamus, tulislah: Inilah firman daripada Dia yang memiliki sebilah pedang mata dua yang tajam.


“Kepada malaikat jemaah di Tiatira, tulislah: Inilah kata-kata daripada Anak Allah, yang mata-Nya menyala-nyala seperti api, dan kaki-Nya laksana gangsa digilap.


“Kepada malaikat jemaah di Smirna, tulislah: Inilah firman daripada Dia Yang Pertama dan Yang Terakhir, yang telah mati dan hidup semula.


“Aku, Yesus, telah menyuruh malaikat-Ku memperlihatkan segala hal ini kepadamu untuk semua jemaah. Akulah Tunas dan Zuriat Daud, dan bintang fajar yang bersinar.”


Aku, Yohanes, telah mendengar dan melihat segala hal itu. Apabila aku mendengar dan melihatnya, aku sujud hendak menyembah malaikat yang menunjukkannya kepadaku.


“Kepada malaikat jemaah di Sardis, tulislah: Inilah kata-kata daripada Dia yang memiliki tujuh Roh Allah dan tujuh bintang. Aku tahu perbuatanmu. Nama sahaja kamu hidup tetapi sebenarnya mati.


“Kepada malaikat jemaah di Laodikia, tulislah: Inilah perkhabaran daripada Dia yang disebut Amin, Saksi yang setia dan benar, Permulaan segala ciptaan Allah.


“Kepada malaikat jemaah di Filadelfia, tulislah: Inilah kata-kata daripada Dia yang suci dan sejati dan yang memegang kunci milik Daud. Apabila Dia membuka pintu, tiada siapa yang dapat menutupnya, dan apabila Dia menutupnya, tiada siapa yang dapat membukanya.


Dari takhta itu kulihat kilat memancar dan kudengar guruh berbunyi. Di hadapan takhta itu terdapat tujuh pelita yang menyala, iaitu tujuh Roh Allah.


Setiap makhluk itu bersayap enam. Di bawah sayapnya pun penuh dengan mata. Siang malam mereka tidak henti-henti menyanyi: “Suci, suci, sucilah Tuhan Allah Yang Maha Kuasa, yang ada dahulu, yang ada sekarang dan yang akan datang.”


Selepas itu kulihat Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh keempat-empat makhluk dan para tua-tua. Anak Domba itu, yang kelihatan sudah disembelih, mempunyai tujuh tanduk dan tujuh mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah dihantar ke seluruh dunia.


Kemudian aku melihat tujuh malaikat menghadap Allah. Mereka diberi tujuh sangkakala.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan