Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 1:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Diberkatilah orang yang membaca kata-kata nubuat ini dan mendengarnya serta mematuhi apa yang tersurat dalamnya, kerana masanya sudah dekat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Bŭrbahgialah kiranya orang yang mŭmbacha, dan sagala orang yang mŭnŭngar pun akan pŭrkataan nabuatan ini, sŭrta dipliharakannya akan sagala pŭrkara yang tŭrsurat dalamnya, kŭrna kutikanya tŭlah hampir adanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Berbahagialah orang yang membaca kitab ini kepada jemaah. Berbahagialah mereka yang mendengarkan perkhabaran nubuat ini serta taat kepada apa yang tertulis di dalam kitab ini, kerana tidak lama lagi semuanya ini akan berlaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Berbahagialah orang yang membaca kitab ini kepada jemaah. Berbahagialah mereka yang mendengarkan perkhabaran nubuat ini serta taat kepada apa yang tertulis di dalam kitab ini, kerana tidak lama lagi semuanya ini akan berlaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 1:3
15 Iomraidhean Croise  

Berbahagialah orang yang mendengar kata-kataku, yang berjaga-jaga setiap hari di pintu gerbangku, dan yang menanti-nanti di pintu rumahku,


Kata Yeremia kepada Seraya, “Ingat, setelah sampai di Babel, bacakanlah segala firman ini.


“Oleh itu, apabila kamu melihat ‘kekejian yang membawa kebinasaan’ yang disebut oleh nabi Daniel di tempat suci (biarlah para pembaca memperhatikan ertinya),


Tetapi Yesus berkata, “Bahkan lebih diberkati lagi orang yang mendengar firman Allah dan mematuhinya.”


Kamu tahu bahawa sudah sampai waktunya kamu bangun dari tidur, kerana kini penyelamatan lebih dekat lagi kepada kita daripada dahulu, ketika kita baru beriman.


Malam sudah hampir berlalu, dan siang hampir tiba. Oleh itu, lucutkanlah segala kerja kegelapan dan kenakan kelengkapan senjata cahaya.


Sudah hampir waktunya bagi segala-galanya berakhir. Oleh itu, berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan berjaga-jaga.


Tetapi, saudara-saudara yang kukasihi, jangan lupa satu perkara: Di sisi Tuhan satu hari serupa seribu tahun, dan seribu tahun serupa satu hari.


Katanya lagi kepadaku, “Janganlah kamu materaikan nubuat di dalam kitab ini, kerana masanya sudah hampir tiba.


“Ingatlah, Aku akan datang dengan segera, dan ganjaran-Ku bersama-Ku, supaya setiap orang mendapat balasan setimpal dengan perbuatannya.


Yang bersaksi atas segala perkara ini berfirman, “Ya, Aku akan datang segera.” Sesungguhnya, marilah Engkau, ya Tuhan Yesus.


Aku akan datang segera. Peliharalah apa yang ada padamu dengan sempurna, supaya mahkotamu tidak diragut orang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan