Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 1:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Inilah wahyu Yesus Kristus yang dinyatakan Allah kepada-Nya supaya Dia menyampaikan kepada hamba-hamba-Nya segala yang pasti segera terjadi. Kristus menghantarkan malaikat-Nya untuk memberitahukan perkara-perkara itu kepada hamba-Nya Yohanes.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 BAHWA inilah Wahi Isa Almasih, yang tŭlah dikurniakan Allah padanya, supaya mŭnunjokkan kapada sagala hambanya akan sagala pŭrkara yang dapat tiada akan jadi dŭngan sŭgranya; maka disurohkannya kapada mŭliekatnya mŭnyatakan kapada hambanya Yahya:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Kitab ini mengandungi peristiwa-peristiwa yang dinyatakan oleh Yesus Kristus. Allah memberitahukannya kepada Kristus, dan Kristus menunjukkan apa yang segera harus berlaku itu kepada hamba-hamba Allah. Kristus mengutus malaikat-Nya untuk memberitahu Yohanes, hamba-Nya semua peristiwa itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Kitab ini mengandungi peristiwa-peristiwa yang dinyatakan oleh Yesus Kristus. Allah memberitahukannya kepada Kristus, dan Kristus menunjukkan apa yang segera harus berlaku itu kepada hamba-hamba Allah. Kristus mengutus malaikat-Nya untuk memberitahu Yohanes, hamba-Nya semua peristiwa itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 1:1
30 Iomraidhean Croise  

Rahsia TUHAN ada pada mereka yang takut kepada-Nya; dan Dia akan menunjukkan mereka perjanjian-Nya.


Lalu di antara dua tebing Sungai Ulai itu aku mendengar suara manusia yang berseru demikian, “Hai Gabriel, jelaskanlah kepada orang ini erti penglihatan itu!”


sewaktu aku berbicara dalam doa itu, Gabriel yang kulihat dalam penglihatan yang terdahulu itu, terbang dengan cepat mendatangi aku kira-kira pada waktu persembahan petang.


Ketika engkau mulai menyampaikan permohonanmu, keluarlah suatu firman. Aku datang untuk memberitahukan isinya kepadamu, kerana engkau ini seorang yang sangat dikasihi. Jadi, perhatikanlah firman itu dan fahamilah penglihatan itu!


Sesungguhnya, Tuhan Allah tidak akan melakukan sesuatu tanpa menyingkapkan rahsia-Nya kepada para nabi, hamba-hamba-Nya.


Aku bercakap bukan mengikut kehendak-Ku sendiri. Bapa yang mengutus-Ku memerintahkan Aku tentang apa yang harus Kukatakan dan bagaimana menyampaikannya.


Aku tidak lagi memanggilmu hamba, kerana hamba tidak tahu apa yang dilakukan oleh tuannya. Aku memanggilmu sahabat-sahabat-Ku, kerana segala perkara yang Kudengar daripada Bapa-Ku telah Kuberitahu kepadamu.


Firman yang Kauberikan kepada-Ku telah Kusampaikan kepada mereka dan mereka menerimanya. Mereka benar-benar tahu bahawa Aku sesungguhnya berasal daripada-Mu, dan percaya bahawa Engkau telah mengutus-Ku.


Dia menyampaikan apa yang dilihat dan didengar-Nya, tetapi tidak ada seorang pun yang menerima kesaksian-Nya.


Ada banyak lagi yang perlu Kukatakan dan Kuadili tentangmu. Tetapi Dia yang mengutus-Ku dapat dipercayai. Aku menyampaikan kepada dunia apa yang Kudengar daripada-Nya.”


Sekarang, kepada Dia yang berkuasa meneguhkan kamu menurut Injil yang kusampaikan dan perkhabaran tentang Yesus Kristus, menurut pernyataan rahsia yang tersembunyi sejak permulaan dunia


Aku tidak menerimanya daripada manusia, dan aku tidak pula mempelajarinya; tetapi Injil itu datang melalui wahyu daripada Yesus Kristus.


Melalui wahyu, Allah telah memberitahuku rahsia itu sebagaimana sudah kutuliskan secara ringkas.


Daripada Paulus, sebagai hamba Allah dan rasul Yesus Kristus demi iman semua orang pilihan Allah dan pengetahuan akan kebenaran yang menghasilkan kesalihan.


Oleh itu, tuliskanlah apa yang kaulihat, baik yang ada sekarang mahupun yang akan terjadi.


Aku, Yohanes, saudara dan temanmu yang turut serta dalam kesengsaraan, kerajaan dan ketabahan dalam Yesus, berada di Pulau Patmos kerana firman Allah dan kesaksian Yesus.


Kemudian satu daripada tujuh malaikat yang membawa tujuh mangkuk emas itu datang kepadaku dan berkata, “Mari, kutunjukkan hukuman ke atas pelacur besar yang duduk di atas air yang banyak,


Aku sujud di kakinya untuk menyembahnya, tetapi dia berkata, “Jangan buat begitu! Aku hamba Allah sepertimu, dan seperti saudara-saudaramu yang memiliki kesaksian Yesus. Sembahlah Allah! Kesaksian Yesus itu roh nubuat.”


Kemudian dia berkata kepadaku, “Tulislah: Diberkatilah mereka yang dijemput ke jamuan kahwin Anak Domba!” Katanya lagi kepadaku, “Inilah firman Allah yang benar.”


Kemudian aku, Yohanes, melihat kota suci, Yerusalem Baru, diturunkan Allah dari syurga, seperti pengantin yang terhias untuk suaminya.


Kemudian satu daripada tujuh malaikat yang membawa tujuh mangkuk berisi tujuh wabak datang kepadaku dan berkata, “Marilah, aku akan menunjukkan kepadamu pengantin, isteri Anak Domba.”


Dia menunjukkan kepadaku sebatang sungai air hidup, jernih seperti hablur, mengalir dari takhta Allah dan Anak Domba


“Aku, Yesus, telah menyuruh malaikat-Ku memperlihatkan segala hal ini kepadamu untuk semua jemaah. Akulah Tunas dan Zuriat Daud, dan bintang fajar yang bersinar.”


Katanya kepadaku, “Ini kata-kata yang dapat dipercayai dan benar. Tuhan, Allah segala roh nabi-nabi, telah menyuruh malaikat-malaikat-Nya menunjukkan kepada hamba-hamba-Nya apa yang akan terjadi dengan segera.”


Aku, Yohanes, telah mendengar dan melihat segala hal itu. Apabila aku mendengar dan melihatnya, aku sujud hendak menyembah malaikat yang menunjukkannya kepadaku.


Tetapi dia berkata kepadaku, “Jangan buat begitu! Aku ini sesama hamba Allah sepertimu dan saudara-saudaramu, iaitu nabi-nabi dan sekalian yang memeliharakan kata-kata di dalam kitab ini. Hanya Allah yang harus kamu sembah.”


Selepas itu, aku melihat sebuah pintu terbuka di syurga. Suara seperti bunyi sangkakala yang pernah kudengar dahulu berkata kepadaku, “Marilah naik ke sini. Aku akan memperlihatkan apa yang pasti terjadi kemudian kelak.”


Anak Domba itu pergi mengambil gulungan naskhah dari tangan kanan Dia yang bersemayam di atas takhta.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan