Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 4:13 - Alkitab Versi Borneo

13 Lalu Boas memperisteri Rut dan perempuan itu didampinginya. Atas kurnia TUHAN, Rut pun hamil dan seterusnya melahirkan seorang putera.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

13 Kemudian Boas membawa Rut pulang sebagai isterinya. TUHAN memberkati Rut dan dia mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

13 Kemudian Boas membawa Rut pulang sebagai isterinya. TUHAN memberkati Rut dan dia mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 4:13
12 Iomraidhean Croise  

Lalu Abraham memanjatkan doa kepada Allah, dan Allah menyembuhkan Abimelekh, isterinya, serta hamba-hambanya yang perempuan sehingga mereka dapat melahirkan anak lagi.


Ishak berdoa kepada TUHAN untuk isterinya, kerana isterinya itu mandul. TUHAN mengabulkan doanya, lalu Ribka, isterinya pun mengandung.


TUHAN melihat betapa Lea tidak dicintai. Maka Dia membuka rahim Lea, tetapi Rahel mandul.


Naik marahlah Yakub kepada Rahel, katanya, “Adakah aku di tempat Allah, yang menghalang kamu daripada mengandung?”


Ketika Esau mengangkat mukanya, dia terlihat kaum wanita serta kanak-kanak di hadapannya. Maka bertanyalah dia, “Siapakah semua orang yang menyertaimu ini?” Jawab Yakub, “Itulah kesemua anak yang telah Allah anugerahi kepada hambamu ini.”


Dia mengekalkan perempuan mandul dalam rumah tangga sebagai ibu bahagia kepada anak-anak. Pujilah TUHAN!


Ketahuilah, anak-anak ialah warisan daripada TUHAN, hasil daripada rahim adalah suatu ganjaran.


Maka, usah khuatir, wahai anakku. Semua yang kamu minta itu akan kulaksanakan; kerana semua orang di kota ini memang tahu bahawa kamu seorang perempuan yang berbudi pekerti.


Semoga keturunanmu yang TUHAN anugerahi kamu daripada perempuan muda ini kelak seperti keturunan Peres yang dilahirkan oleh Tamar bagi Yehuda!”


Untuk mendapat anak inilah hamba berdoa, dan TUHAN telah mengabulkan permintaan yang hamba sampaikan kepada-Nya.


Kalangan yang dahulu kenyang kini menjadi orang upahan demi rezeki, tetapi tiada kelaparan bagi orang yang dahulunya lapar. Yang dahulunya mandul kini tujuh orang anaknya, tetapi dahulu beranak ramai kini terbiar merana.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan