Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 4:11 - Alkitab Versi Borneo

11 Lalu semua yang hadir di pintu gerbang, dan para tua-tua pun berkata, “Sesungguhnya, kamilah saksi hal ini. Semoga TUHAN menjadikan perempuan yang akan masuk ke rumahmu itu sama seperti Rahel dan Lea, yang kedua-duanya membina keturunan kaum Israel. Semoga kamu makmur di Efrata dan biarlah masyhur namamu di Betlehem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Para pemimpin kota dan semua orang yang berada di situ berkata, “Baiklah, kamilah yang menjadi saksi. Semoga TUHAN membolehkan isterimu menjadi seperti Rahel dan Lea, yang melahirkan banyak anak bagi Yakub. Semoga kamu menjadi kaya antara puak Efrata dan terkenal di Betlehem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Para pemimpin kota dan semua orang yang berada di situ berkata, “Baiklah, kamilah yang menjadi saksi. Semoga TUHAN membolehkan isterimu menjadi seperti Rahel dan Lea, yang melahirkan banyak anak bagi Yakub. Semoga kamu menjadi kaya antara puak Efrata dan terkenal di Betlehem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 4:11
24 Iomraidhean Croise  

Pada waktu itu Efron hadir di tengah-tengah bani Het. Lalu, dengan disaksikan oleh bani Het, iaitu semua orang yang datang ke pintu gerbang kotanya, Efron orang Het itu menjawab Abraham. Katanya,


Mereka memohonkan berkat bagi Ribka dan berkata kepadanya, “Saudara kami, semoga kamu menjadi berpuluh-puluh ribu dan semoga keturunanmu menakluki pintu-pintu gerbang orang yang membenci mereka.”


Laban mempunyai dua orang anak perempuan, yang lebih tua bernama Lea manakala yang muda bernama Rahel.


Pada pagi harinya, ternyatalah kepada Yakub bahawa perempuan itu Lea! Lalu berkatalah Yakub kepada Laban, “Apakah yang pak cik lakukan terhadap aku ini? Bukankah aku bekerja dengan pak cik demi mendapatkan Rahel? Mengapakah pak cik menipuku?”


Lea pun mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki yang dinamainya Ruben kerana katanya, “Sesungguhnya, TUHAN melihat akan kesusahanku dan pastinya kini aku akan dicintai oleh suamiku.”


Anak daripada Lea ialah Ruben, anak sulung Yakub, kemudian Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, dan Zebulon.


Anak daripada Rahel ialah Yusuf dan Benyamin.


Lalu Izebel menulis beberapa pucuk surat atas nama Ahab dan memateraikannya dengan materai raja. Dikirimnya surat-surat itu kepada tua-tua dan kepada bangsawan yang tinggal satu kota dengan Nabot.


Salma, bapa Betlehem; dan Haref, bapa Bet-Gader.


Ketahuilah, kami mendengar tentangnya di Efrata, kami menjumpainya di padang di tengah-tengah Yaar:


Perempuan yang bijaksana membina rumahnya, tetapi yang bodoh merobohkannya dengan tangannya sendiri.


Suaminya dikenal orang di pintu gerbang, ketika dia duduk bersama para tua-tua negeri.


Aku menandatangani surat pembelian, memateraikannya, mendatangkan saksi-saksi, dan menimbang wang itu dengan neraca.


“Tetapi engkau, wahai Betlehem Efrata, yang teramat kecil untuk berada di antara kaum-kaum Yehuda, daripada kamu akan muncul bagi-Ku seorang yang akan menjadi pemerintah di Israel. Asal usulnya sudah sejak zaman dahulu, sejak purbakala lagi.”


‘Wahai Betlehem di Tanah Yehuda, engkau bukanlah yang terkecil antara pemimpin kota utama Yehuda, kerana daripadamu akan muncul seorang Pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’ ”


Jika orang itu tidak mahu menikahi isteri saudaranya, maka hendaklah balu itu pergi ke pintu gerbang menghadap para tua-tua serta berkata, ‘Iparku menolak menegakkan nama saudaranya dalam kalangan orang Israel. Dia tidak mahu memenuhi kewajipan perkahwinan ipar terhadap aku.’


maka hendaklah isteri saudaranya itu mendekati orang itu di hadapan mata para tua-tua itu lalu menanggalkan kasut daripada kakinya dan meludahi mukanya sambil berkata, ‘Beginilah orang yang tidak mahu membina keluarga saudaranya akan diperlakukan.’


Nama lelaki itu Elimelekh dan isterinya Naomi; dan nama dua orang anak lelakinya Mahlon dan Kilyon. Mereka itu warga Efrata dari Betlehem di Yehuda. Setelah tiba di bumi Moab mereka pun mendiami tempat itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan