Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 4:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Seterusnya Rut, perempuan bani Moab iaitu isteri Mahlon, aku jadikan isteriku untuk menaikkan nama si mati atas harta pusakanya agar namanya tidak tersingkir daripada saudara-maranya dan daripada tempat tumpah darahnya; dan pada hari ini kamulah saksi bagi hal ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Di samping itu pula Rut, wanita Moab, balu Mahlon itu, menjadi isteri saya sekarang. Dengan cara ini, tanah orang yang sudah meninggal akan tetap menjadi milik keturunannya. Keturunannya pun akan tetap ada di kalangan sanak saudaranya dan tinggal di kotanya. Saudara-saudaralah yang menjadi saksi hal itu pada hari ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Di samping itu pula Rut, wanita Moab, balu Mahlon itu, menjadi isteri saya sekarang. Dengan cara ini, tanah orang yang sudah meninggal akan tetap menjadi milik keturunannya. Keturunannya pun akan tetap ada di kalangan sanak saudaranya dan tinggal di kotanya. Saudara-saudaralah yang menjadi saksi hal itu pada hari ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 4:10
19 Iomraidhean Croise  

Genapkan dahulu tujuh hari pernikahanmu dengan anakku ini, kemudian anakku yang muda itu akan kuberikan juga kepadamu dengan syarat kamu bekerja denganku selama tujuh tahun lagi.”


Akan tetapi, Onan tahu bahawa keturunan itu kelak tidak akan diakui sebagai miliknya. Jadi, setiap kali dia meniduri isteri abangnya, dia melepaskan air maninya ke tanah kerana dia tidak mahu ada keturunan untuk abangnya.


Biarlah dosa mereka sentiasa diingati TUHAN, supaya Dia meluputkan mereka daripada ingatan manusia di bumi.


Tetapi wajah TUHAN menentang mereka yang berbuat jahat, sehingga ingatan tentang mereka luput dari bumi.


Sesiapa yang mendapat isteri, mendapat sesuatu yang baik; serta memperoleh keredaan TUHAN.


Rumah dan harta warisan nenek moyang, tetapi isteri yang bijaksana kurnia TUHAN.


Keturunanmu sudah seperti pasir dan anak cucumu seperti butiran pasir. Nama mereka tidak akan lenyap atau punah dari hadapan-Ku.”


Yakub melarikan diri ke daerah Aram. Di sana Israel menghambakan diri untuk mendapat isteri, ya, untuk mendapat isteri dia menjadi gembala.


Maka aku menebus perempuan itu bagiku dengan harga lima belas syikal perak dan satu setengah homer barli.


Pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN alam semesta, Aku akan melenyapkan nama berhala-berhala daripada negeri itu, sehingga semua itu tidak diingat lagi. Aku pun akan mengusir nabi-nabi dan roh najis dari negeri itu.


Kamu bertanya, “Mengapakah demikian?” Kerana TUHAN telah menjadi saksi antara engkau dengan isteri yang kaukahwin pada masa mudamu. Engkau telah mengkhianatinya, padahal dialah teman hidupmu dan isterimu berasaskan ikrar.


Suami, kasihilah isterimu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah dan menyerahkan diri-Nya untuk jemaah.


Anak sulung yang dilahirkan perempuan itu akan menjadi penegak nama saudara yang meninggal itu, supaya namanya tidak terhapus daripada kalangan Israel.


Hendaklah perkahwinan dianggap mulia oleh semua, dan tempat tidur dijaga supaya tidak tercemar kerana Allah akan menghukum penzina baik yang bujang mahupun yang sudah berkahwin dan mengkhianati pasangannya.


Bani Kanaan dan seluruh penduduk negeri ini tentu akan mendengar hal itu, dan mereka akan mengepung kami serta melenyapkan nama kami daripada muka bumi. Lalu apakah yang akan Kaulakukan demi nama-Mu yang besar itu?”


Kepada para tua-tua serta semua orang yang ada di situ, Boas berkata, “Pada hari ini, kamulah saksi, bahawa aku telah membeli daripada tangan Naomi segala milik Elimelekh dan segala milik Kilyon dan Mahlon.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan