Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 4:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Boas pun pergi ke pintu gerbang dan duduk di sana. Maka lalulah di situ kerabat terdekat yang disebutkan Boas itu. Berkatalah Boas, “Wahai sahabat, berhenti dahulu dan duduklah di sini.” Maka orang itu pun datanglah lalu duduk.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Boas pergi ke tempat pertemuan di pintu gerbang kota dan duduk di sana. Pada masa itu orang yang disebutnya saudara terdekat kepada Elimelekh, lalu di situ. Boas memanggil orang itu. “Marilah, hai saudara,” katanya. “Duduklah.” Saudara itu datang lalu duduk di sana.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Boas pergi ke tempat pertemuan di pintu gerbang kota dan duduk di sana. Pada masa itu orang yang disebutnya saudara terdekat kepada Elimelekh, lalu di situ. Boas memanggil orang itu. “Marilah, hai saudara,” katanya. “Duduklah.” Saudara itu datang lalu duduk di sana.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 4:1
21 Iomraidhean Croise  

Maka malaikat berdua itu sampai di Sodom pada petang hari. Lut yang pada waktu itu sedang duduk di pintu gerbang Sodom terlihat mereka. Dia pun bangkit serta mendapati mereka lalu sujud.


Pada waktu itu Efron hadir di tengah-tengah bani Het. Lalu, dengan disaksikan oleh bani Het, iaitu semua orang yang datang ke pintu gerbang kotanya, Efron orang Het itu menjawab Abraham. Katanya,


Maka pergilah Hamor dan Sikhem, anaknya, ke pintu gerbang kota mereka, lalu berbicara dengan para warga kota itu. Kata mereka,


Setiap pagi Absalom bangun lalu berdiri di tepi jalan yang menuju pintu gerbang. Apabila ada orang yang ada perkara yang mahu dihadapkan kepada raja untuk diadili, Absalom akan memanggilnya lalu bertanya, “Dari kota manakah engkau?” Apabila dijawab, “Hambamu ini berasal daripada salah satu suku Israel,”


Pada waktu itu, dengan menyarung pakaian kebesaran, raja Israel dan Yosafat, raja Yehuda, duduk di atas takhta masing-masing di tempat pembantingan, di depan pintu gerbang Samaria, sementara semua nabi itu bernubuat di hadapan mereka.


Dahulu, ketika aku keluar ke pintu gerbang kota, dan ketika kusediakan kerusiku di alun-alun,


jika aku mengacung-acungkan tangan terhadap anak yatim kerana kulihat ada yang menolong aku di pintu gerbang,


Orang yang duduk di pintu pagar mengumpat aku, dan aku menjadi bahan nyanyian orang mabuk.


Suaminya dikenal orang di pintu gerbang, ketika dia duduk bersama para tua-tua negeri.


“Wahai semua orang yang dahaga, mari, ambillah air! Wahai orang yang tidak punya wang, mari, belilah makanan dan makanlah! Mari, belilah air anggur dan susu tanpa wang dan tanpa bayaran!


Aku menandatangani surat pembelian, memateraikannya, mendatangkan saksi-saksi, dan menimbang wang itu dengan neraca.


Bencilah yang jahat dan cintailah yang baik, tegakkanlah keadilan dalam sidang pengadilan, barangkali TUHAN, Allah alam semesta, akan mengasihani saki-baki keturunan Yusuf.


“Ayuh! Ayuh! Larilah dari Tanah Utara,” demikianlah firman TUHAN, “kerana Aku telah mencerai-beraikan kamu ke arah empat mata angin,” demikianlah firman TUHAN.


Hendaklah kamu melantik hakim dan petugas menurut suku-sukumu di kesemua kota yang dikurniakan TUHAN, Allahmu, kepadamu. Hendaklah mereka menghakimi bangsa itu dengan hukum yang adil.


maka hendaklah lelaki atau perempuan yang telah melakukan hal yang jahat itu dibawa ke pintu gerbang dan harus kaurejam dengan batu sampai mati.


maka hendaklah ayah dan ibunya membawanya untuk menghadap para tua-tua kota di pintu gerbang kota tempat tinggalnya.


Jika orang itu tidak mahu menikahi isteri saudaranya, maka hendaklah balu itu pergi ke pintu gerbang menghadap para tua-tua serta berkata, ‘Iparku menolak menegakkan nama saudaranya dalam kalangan orang Israel. Dia tidak mahu memenuhi kewajipan perkahwinan ipar terhadap aku.’


Hendaklah orang itu melarikan diri ke salah sebuah daripada kota-kota itu, lalu berdiri di depan pintu gerbang kota dan memaparkan perkaranya kepada para tua-tua kota itu. Kemudian mereka harus membawanya masuk ke dalam kota dan memberinya tempat supaya dia dapat tinggal bersama-sama mereka.


Memang benar, aku kerabatmu yang dekat, tetapi masih ada seorang anggota kerabat yang lebih dekat daripada aku.


Lalu kata Naomi, “Tunggu sahaja, anakku, sampai kamu tahu bagaimana sudahnya hal ini. Boas tidak akan diam sehingga dia sudah menyelesaikan perkara ini pada hari ini juga.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan