Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 3:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Setelah Boas habis makan dan minum dan hatinya gembira, datanglah dia membaringkan diri untuk tidur pada hujung timbunan barli itu. Kemudian secara diam-diam, datanglah perempuan itu lalu disingkapkannya selimut dari kaki Boas dan berbaringlah dia di situ.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Setelah Boas makan dan minum, dia berasa gembira. Dia pergi ke tempat timbunan barli, lalu baring dan tidur. Kemudian Rut mendekatinya dengan diam-diam. Dia membuka selimut Boas lalu tidur dekat kakinya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Setelah Boas makan dan minum, dia berasa gembira. Dia pergi ke tempat timbunan barli, lalu baring dan tidur. Kemudian Rut mendekatinya dengan diam-diam. Dia membuka selimut Boas lalu tidur dekat kakinya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 3:7
18 Iomraidhean Croise  

Kemudian sebahagian hidangan dari meja Yusuf disajikan di hadapan mereka masing-masing, tetapi bahagian untuk Benyamin disajikan lima kali lebih banyak daripada bahagian untuk semua yang lain. Mereka pun minum dan bersuka ria dengan Yusuf.


Kemudian Absalom memberikan perintah kepada para pelayannya demikian, “Perhatikan! Pada masa hati Amnon begitu girang dengan air anggur, dan pada masa aku berkata kepadamu, ‘Ajar Amnon,’ bunuhlah dia. Jangan takut! Aku yang memberimu perintah, bukan? Bertindaklah dengan berani dan jadilah orang yang perkasa.”


Kata Izebel, isterinya, kepadanya, “Bukankah engkau yang sekarang memerintah kerajaan Israel? Bangunlah, makanlah, dan senangkanlah hatimu. Aku akan memberikan kepadamu kebun anggur Nabot, orang Yizreel itu.”


Pada hari ketujuh, ketika baginda riang dibuai oleh kesan air anggur, baginda memerintahkan Mehuman, Bizta, Harbona, Bigta, Abagta, Zetar, dan Karkas, iaitu ketujuh-tujuh orang sida yang melayani Raja Ahasyweros secara peribadi,


air anggur yang menyukakan hati manusia, minyak untuk menyerikan mukanya, dan roti yang meneguhkan hati manusia.


Makanan disediakan untuk dinikmati dan air anggur untuk meriangkan hidup dan wang yang memungkinkan semuanya dilakukan.


Bukankah tiada yang lebih baik bagi manusia kecuali makan dan minum dan bersenang-lenang hasil usahanya berpenat lelah? Aku sedar betapa rahmat itu juga daripada tangan Allah.


Maka aku mensyukuri segala nikmat kehidupan kerana di bawah matahari, tiada yang lebih baik daripada makan, minum dan bersifat ceria bagi manusia. Itu yang mengiringi segala usahanya berpenat lelah sepanjang usia yang dianugerahkan Allah kepadanya di bawah matahari.


Maka makanlah rotimu dan minumlah air anggurmu dengan riang kerana Allah sudah pun berkenan dengan perbuatanmu.


Setiap yang kamu lakukan, baik makan mahupun minum, lakukanlah untuk memuliakan Allah.


Dan janganlah mabuk air anggur, yang berupa maksiat. Sebaliknya, penuhi diri dengan Roh.


Ketika hati mereka bersuka ria itu, berkatalah mereka, “Panggillah Simson untuk menghiburkan kita.” Simson dipanggil dari penjara, lalu dia melawak di depan mereka. Kemudian mereka menyuruh dia berdiri di antara tiang bangunan.


Tetapi sedang mereka bergembira makan dan minum itu, datanglah beberapa orang jahat kota itu yang mengepung rumah itu. Mereka mengetuk pintu rumah itu dengan kuat sambil berkata kepada orang tua, pemilik rumah itu, “Bawalah ke luar orang yang datang ke rumahmu itu, supaya kami menyetubuhi dia.”


Maka duduklah mereka, lalu mereka makan dan minum bersama-sama. Kata ayah perempuan itu kepada lelaki itu, “Sudilah kiranya untuk tinggal bermalam dan biarlah hatimu gembira.”


Ketika lelaki itu bangun untuk pergi bersama-sama gundiknya serta hambanya, berkatalah mertuanya kepadanya, “Lihatlah, hari sudah menjelang petang dan matahari telah mulai turun; baiklah tinggal bermalam, lihat, matahari hampir terbenam, bermalamlah di sini dan biarlah hatimu gembira. Esok kamu dapat bangun pagi-pagi untuk berjalan dan pulang ke rumahmu.”


Sesudah itu pergilah dia ke tempat pembantingan. Dia pun melakukan tepat seperti yang disuruh oleh mertuanya.


Sewaktu tengah malam, terkejutlah lelaki itu, lalu apabila dia membalikkan badan ke hadapan, ternyata seorang perempuan berbaring di sisi kakinya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan