Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 3:10 - Alkitab Versi Borneo

10 “Semoga TUHAN memberkati kamu, anakku,” kata Boas. “Terbukti, berbanding dengan kebaikanmu yang terdahulu, lebih baik perbuatan baik kamu kini, kerana kamu tidak mencari lelaki yang lebih muda sama ada dia kaya atau miskin.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 “TUHAN memberkati kamu,” kata Boas. “Dengan perbuatanmu ini, kamu menunjukkan kesetiaan yang lebih besar daripada apa yang telah kamu lakukan terhadap ibu mentuamu. Sebenarnya, kamu boleh mencari seorang pemuda, baik yang kaya ataupun yang miskin, tetapi kamu tidak berbuat demikian.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 “TUHAN memberkati kamu,” kata Boas. “Dengan perbuatanmu ini, kamu menunjukkan kesetiaan yang lebih besar daripada apa yang telah kamu lakukan terhadap ibu mentuamu. Sebenarnya, kamu boleh mencari seorang pemuda, baik yang kaya ataupun yang miskin, tetapi kamu tidak berbuat demikian.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 3:10
8 Iomraidhean Croise  

Kata Laban, “Marilah, wahai kamu yang diberkati TUHAN. Mengapakah kamu berdiri di luar? Rumah sudah kusiapkan, juga tempat untuk unta-unta ini.”


Berkatalah Naomi kepada dua orang menantunya, “Pulanglah kamu ke rumah ibu masing-masing. Semoga TUHAN mengasihani kamu sebagaimana kamu mengasihani dua orang arwah itu dan juga aku.


Boas menjawab, “Sudah dilaporkan kepadaku dengan lengkap segala sesuatu yang engkau lakukan demi mertuamu susulan kematian suamimu, dan bagaimana kamu meninggalkan ibu bapa dan tanah tumpah darahmu lalu pergi kepada suatu kaum yang tidak kamu kenal sebelum ini.


Naomi memberitahu menantunya, “Semoga dia diberkati TUHAN kerana kebaikan-Nya tidak akan meninggalkan baik orang yang hidup mahupun yang telah mati.” Seterusnya Naomi berkata, “Orang itu kaum kerabat kita yang dekat, dan dialah salah seorang penebus kita.”


Maka datanglah Boas dari Betlehem lalu berkata kepada para penuai itu, “Semoga TUHAN menyertai kamu.” Jawab mereka kepadanya, “Semoga TUHAN memberkati tuan!”


“Siapakah engkau ini?” tanya Boas. Lalu dijawab, “Saya Rut, hamba tuan. Semoga tuan sudi kembangkan sayap demi menaungi hambamu ini, kerana tuan kerabat kami yang terdekat.”


Ketika Samuel sampai di tempat Saul, berkatalah Saul kepadanya, “Semoga engkau diberkati TUHAN! Aku telah melaksanakan firman TUHAN.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan