Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 2:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Maka Rut, bani Moab itu, berkata kepada Naomi, “Izinkan aku pergi ke ladang mengutip bulir-bulir barli di belakang orang yang murah hati kepadaku.” Dan jawab Naomi, “Pergilah, anakku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Pada suatu hari, Rut berkata kepada Naomi, “Benarkanlah saya pergi ke ladang untuk mengumpulkan barli yang terjatuh dari tangan para penuai. Tentu saya akan menemui orang yang akan membiarkan saya berbuat begitu.” Naomi menjawab, “Pergilah, anakku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Pada suatu hari, Rut berkata kepada Naomi, “Benarkanlah saya pergi ke ladang untuk mengumpulkan barli yang terjatuh dari tangan para penuai. Tentu saya akan menemui orang yang akan membiarkan saya berbuat begitu.” Naomi menjawab, “Pergilah, anakku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 2:2
9 Iomraidhean Croise  

Maka kembalilah para utusan itu kepada Yakub dan berkata, “Kami telah menemui Esau, abangmu, dan dia pun dalam perjalanan bersama-sama empat ratus orang lelaki untuk menemuimu.”


Demikian jugalah, jangan kamu petik kebun anggurmu sampai habis licin dan janganlah kamu pungut buah-buah yang berguguran di kebun anggurmu. Hendaklah kamu tinggalkan semua itu untuk para fakir miskin serta pendatang. Akulah TUHAN, Allahmu.


Jangan ke sana ke mari menyebar fitnah dalam kalangan umat sebangsamu, namun begitu jangan berdiam diri sahaja tatkala nyawa jiranmu terancam. Akulah TUHAN.


Apabila kamu menuai hasil tanahmu, hendaklah kamu menuai ladangmu tidak habis sampai ke pinggir-pinggirnya, dan jangan kamu pungut saki-baki tuaianmu.


Apabila kamu menuai hasil tanahmu, jangan kamu tuai habis licin ladangmu sampai ke pinggir-pinggirnya, dan jangan kamu pungut apa-apa yang tertinggal daripada penuaianmu. Tinggalkanlah semua itu untuk para fakir miskin dan pendatang. Akulah TUHAN, Allahmu.’ ”


Berangkatlah dia ke ladang lalu mengutip barli di belakang para penuai; dan kebetulan pula, Rut sampai di tempat ladang milik Boas, yang berasal daripada kaum Elimelekh.


Dan dia meminta, ‘Harap izinkan aku mengutip bulir-bulir barli ini di belakang para penuai.’ Lalu datanglah dia, dan sejak pagi tadi dia terus bekerja sampai sekarang dan hanya sebentar dia berhenti rehat di rumah.”


Kata Hana, “Semoga hambamu ini mendapat belas kasihan tuan.” Kemudian pulanglah perempuan itu lalu dia makan dan mukanya tidak muram lagi.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan