Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 2:14 - Alkitab Versi Borneo

14 Ketika waktu makan, berkatalah Boas kepadanya, “Marilah makan daripada hidangan roti ini dan celupkan bahagian rotimu ke dalam cuka ini.” Lalu duduklah Rut di sisi para penuai itu, dan Boas mengunjukkan bertih gandum kepadanya; lalu Rut makanlah sampai kenyang, namun masih ada baki makanannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Pada waktu makan tengah hari, Boas berkata kepada Rut, “Marilah makan. Celupkanlah rotimu di dalam kuahnya.” Rut duduk bersama-sama para pekerja yang lain lalu Boas menghidangkan barli panggang kepadanya. Rut makan sehingga kenyang. Setelah makan, dia menyimpan lebihan makanannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Pada waktu makan tengah hari, Boas berkata kepada Rut, “Marilah makan. Celupkanlah rotimu di dalam kuahnya.” Rut duduk bersama-sama para pekerja yang lain lalu Boas menghidangkan barli panggang kepadanya. Rut makan sehingga kenyang. Setelah makan, dia menyimpan lebihan makanannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 2:14
17 Iomraidhean Croise  

Mereka membawa tempat tidur, mangkuk, periuk belanga, juga gandum, barli, tepung, emping, kacang hijau, kacang merah,


Engkau menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku. Engkau mengurapi kepalaku; cawanku melimpah.


Tetapi orang yang mulia merancangkan hal-hal yang mulia dan dia berdiri teguh dalam hal-hal yang mulia itu.


Bukankah supaya engkau berkongsi rotimu dengan orang lapar dan membawa orang miskin yang terbuang ke rumahmu — apabila engkau melihat orang telanjang, engkau memberi dia pakaian, dan tidak menyembunyikan diri daripada darah dagingmu sendiri?


Mereka semuanya makan sehingga kenyang. Para murid mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas bakul.


Dia akan menyediakan tumbuh-tumbuhan di padangmu bagi ternakanmu, dan kamu pun akan makan sampai kenyang.


Kamu akan makan sampai kenyang dan kamu akan memuji TUHAN, Allahmu, atas negeri yang baik yang dikurniakan-Nya kepadamu.


Berkatalah pula Rut, “Saya telah dilayan dengan belas ihsan daripada tuan, kerana tuan telah menenangkan hati saya serta bercakap dengan baik kepada saya walaupun saya bukan salah seorang pekerja perempuan tuan.”


Apabila dia bangun untuk mengutip lagi, Boas memberikan perintah kepada para pekerjanya, “Biarlah dia mengutip sekalipun di antara berkas-berkas tuaian dan janganlah menghina dia.


Maka dia membawa pulang hasil usahanya ke dalam kota dan Naomi melihat hasil kutipannya. Kemudian Rut mengeluarkan baki makanannya dan memberikannya kepada mertuanya.


Sementara itu Isai berkata kepada Daud, anaknya, “Cepat bawakan satu efa bertih padi-padian dan sepuluh ketul roti ini untuk abang-abangmu di perkhemahan.


Kemudian Abigail segera mengambil dua ratus ketul roti, dua kantung kulit berisi air anggur, lima ekor domba yang telah diolah, lima sukatan bertih bijirin, seratus buah kuih kismis, dan dua ratus buah kuih ara. Dimuatnya semua itu di atas beberapa ekor keldai.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan