Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 2:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Semoga TUHAN membalas jasa baikmu dan semoga kepadamu pahala sepenuhnya dianugerahkan TUHAN, Allah Israel, yang di bawah sayap-Nya kamu datang berlindung.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Semoga TUHAN membalas segala kebaikanmu. Semoga kamu menerima apa yang patut diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allah Israel, kerana kamu telah datang untuk berlindung kepada-Nya!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Semoga TUHAN membalas segala kebaikanmu. Semoga kamu menerima apa yang patut diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allah Israel, kerana kamu telah datang untuk berlindung kepada-Nya!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 2:12
29 Iomraidhean Croise  

Peliharakanlah aku sebagai kesayangan-Mu; lindungi aku di bawah naungan-Mu


Dengannya hamba-Mu diingatkan; dan sesiapa mematuhinya mendapat ganjaran besar.


Betapa berharganya kasih setia-Mu, ya Allah! Oleh itu, anak manusia berlindung di bawah bayangan sayap-Mu.


Kasihanilah aku, ya Allah, kasihanilah aku, kerana jiwaku percaya kepada-Mu. Dan di bawah naungan sayap-Mu aku akan berlindung sehingga segala malapetaka ini berlalu.


Maka orang akan berkata, “Sesungguhnya, orang yang benar mendapat ganjaran; sesungguhnya Allah mengadili di bumi ini.”


Aku akan tinggal di khemah suci-Mu selama-lamanya; aku akan berlindung di bawah naungan sayap-Mu. Sela


Kerana Engkau telah menolongku, maka di bawah naungan sayap-Mu aku akan bergembira.


Dia akan melitupimu dengan bulu-Nya, dan di bawah sayap-Nya kamu akan bernaung; kesetiaan-Nya akan menjadi perisai dan peneguhmu.


Orang durjana mendapat upah yang mungkar, tetapi orang yang menabur perbenaran mendapat pahala yang pasti.


kerana sesungguhnya ada masa depan, dan pengharapanmu tidak akan putus.


Beginilah firman TUHAN, “Tahanlah suaramu daripada menangis dan matamu daripada mencucurkan air mata, kerana ada pahala untuk pekerjaanmu,” demikianlah firman TUHAN. “Mereka akan kembali dari negeri musuh.


Yerusalem, Yerusalem! Kamu membunuh nabi dan merejam utusan Allah! Sudah berapa kali Aku ingin mengumpul anak-anakmu seperti seekor ibu ayam mengumpul anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mahu.


Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya.”


“Ingatlah: Jangan buat amal ibadat di muka umum supaya dilihat orang; kamu tidak akan mendapat ganjaran daripada Bapamu yang di syurga.


Tetapi kamu hendaklah mengasihi musuhmu; kamu hendaklah berbuat baik kepadanya dan kamu hendaklah meminjami orang dengan tidak mengharapkan apa-apa. Besarlah ganjaranmu kelak dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi kerana Dia baik kepada orang yang tidak mengenang jasa dan kepada orang zalim.


Janganlah ganjaranmu dikurangkan oleh seseorang yang pura-pura bersikap rendah diri dan menyembah malaikat. Orang seperti itu berpaut pada penglihatan-penglihatannya dan tanpa alasan menyombongkan dirinya dengan fikiran-fikirannya yang duniawi,


Semoga Tuhan mengurniainya supaya mendapat belas kasihan daripada-Nya pada Hari itu! Engkau cukup mengetahui pelbagai cara dia telah menolongku di Efesus.


Sekarang mahkota perbenaran telah disediakan untukku. Tuhan, Hakim yang adil itu, akan mengurniakannya kepadaku pada Hari itu, bukan kepadaku sahaja, tetapi kepada semua orang yang merindu kedatangan-Nya.


Baginya celaan yang ditanggung Kristus lebih berharga daripada seluruh kekayaan Mesir; kerana dia berharap mendapat ganjaran.


Tetapi tanpa iman, mustahil didapati keredaan-Nya. Sesiapa yang datang kepada Allah mestilah beriman bahawa Allah wujud dan Dia memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha untuk mencari-Nya.


Allah sentiasa adil dan tidak akan melupakan kerja serta usaha kasih yang telah kamu tunjukkan untuk nama-Nya, iaitu kamu telah dan sedang melayan orang yang salih.


Maka jawab Rut, “Janganlah mendesak aku meninggalkan atau berpaling daripada mengikut ibu kerana ke mana-mana pun ibu tujui aku akan ikut dan di mana-mana sahaja ibu menumpang di situ jugalah aku menumpang. Kaum ibu itulah kaumku dan Allahmu ialah Allahku;


Boas menjawab, “Sudah dilaporkan kepadaku dengan lengkap segala sesuatu yang engkau lakukan demi mertuamu susulan kematian suamimu, dan bagaimana kamu meninggalkan ibu bapa dan tanah tumpah darahmu lalu pergi kepada suatu kaum yang tidak kamu kenal sebelum ini.


Berkatalah pula Rut, “Saya telah dilayan dengan belas ihsan daripada tuan, kerana tuan telah menenangkan hati saya serta bercakap dengan baik kepada saya walaupun saya bukan salah seorang pekerja perempuan tuan.”


Semoga dia jugalah yang menjadi penyeri yang menyegarkan jiwamu dan memelihara kamu pada hari tuamu kerana menantumu yang mengasihimu dan yang lebih berharga bagimu daripada tujuh orang anak lelaki, telah melahirkannya.”


Apabila seseorang menemukan musuhnya, jarang-jarang sekali dia akan melepaskannya pergi dengan selamat! Semoga TUHAN membalas kamu dengan kebaikan atas apa yang kaulakukan kepadaku pada hari ini.


Oleh itu, sekarang aku yakin betapa engkau pasti menjadi raja dan jawatan raja Israel akan tetap kukuh dalam tanganmu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan