Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 2:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Rut segera tunduk dengan mukanya menghadap ke tanah dan berkata kepada Boas, “Mengapa saya menerima ihsan besar sebegini daripada tuan yang prihatin terhadap saya walhal saya seorang asing?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Rut bersujud dan berkata kepada Boas, “Mengapakah tuan mengambil berat terhadap saya dan begitu baik terhadap saya? Saya hanya seorang bangsa asing!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Rut bersujud dan berkata kepada Boas, “Mengapakah tuan mengambil berat terhadap saya dan begitu baik terhadap saya? Saya hanya seorang bangsa asing!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 2:10
19 Iomraidhean Croise  

Apabila dia mengangkat kepalanya kelihatan kepadanya tiga orang berdiri tidak begitu jauh daripadanya. Sebaik sahaja melihat mereka, berlarilah dia dari pintu khemahnya untuk mendapatkan mereka lalu sujud memberi hormat.


kerana sesungguhnya seluruh kaum keluarga hamba hanyalah orang yang patut dihukum mati di hadapan Tuanku Raja, namun tuanku telah menempatkan hambamu ini antara orang yang makan di meja tuanku. Hak apakah yang masih ada pada hamba untuk mengajukan tuntutan kepada Raja?”


Kemudian masuklah Raja Daud lantas bersimpuh di hadapan TUHAN dan berkata, “Ya Tuhan ALLAH, siapakah kononnya aku ini dan siapakah kononnya keluargaku, sehingga Engkau membawa aku sejauh ini?


Lalu sujudlah Mefiboset dan berkata, “Siapakah hambamu ini, sehingga tuanku menghiraukan anjing mati seperti aku?”


Sebaliknya, hendaklah kamu menganggap pendatang yang tinggal dalam kalangan kamu itu sebagai warga asal sepertimu. Kasihilah dia seperti dirimu sendiri, kerana kamu pun dahulu pendatang di Tanah Mesir. Akulah TUHAN, Allahmu.


Kerana Aku lapar dan kamu memberi-Ku makanan; Aku dahaga dan kamu memberi-Ku minuman; Aku orang asing dan kamu menerima-Ku masuk ke rumahmu;


Siapakah aku ini sehingga ibu Tuhanku datang kepadaku?


kerana Dia mengingati hamba-Nya yang hina. Dari sekarang hingga selama-lamanya, orang akan berkata aku diberkati,


Hendaklah kamu bersikap baik dan mengasihi sesama sendiri dengan kasih persaudaraan, serta saling menghormati dan mengutamakan;


Boas menjawab, “Sudah dilaporkan kepadaku dengan lengkap segala sesuatu yang engkau lakukan demi mertuamu susulan kematian suamimu, dan bagaimana kamu meninggalkan ibu bapa dan tanah tumpah darahmu lalu pergi kepada suatu kaum yang tidak kamu kenal sebelum ini.


Berkatalah pula Rut, “Saya telah dilayan dengan belas ihsan daripada tuan, kerana tuan telah menenangkan hati saya serta bercakap dengan baik kepada saya walaupun saya bukan salah seorang pekerja perempuan tuan.”


Bertanyalah mertuanya, “Di manakah kamu mengutip hari ini? Di manakah kamu bekerja? Semoga diberkatilah orang yang telah memperhatikan kamu itu!” Rut pun menceritakan kepada mertuanya bahawa dia bekerja dengan seseorang. Katanya, “Hari ini aku bekerja dengan seorang yang namanya Boas.”


Maka Rut, bani Moab itu, berkata kepada Naomi, “Izinkan aku pergi ke ladang mengutip bulir-bulir barli di belakang orang yang murah hati kepadaku.” Dan jawab Naomi, “Pergilah, anakku.”


Tetapkan matamu pada ladang yang sedang dituai dan ikutlah di belakang para penuai itu. Aku juga sudah berpesan agar para pekerja lelaki tidak mengganggu kamu. Jika kamu haus, pergilah ke tempayan dan minumlah air yang dicedok oleh para pekerja itu.”


Apabila Abigail melihat Daud, dia segera turun dari keldainya, lalu sujud di hadapan Daud dan memberi hormat.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan