Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 1:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Nama lelaki itu Elimelekh dan isterinya Naomi; dan nama dua orang anak lelakinya Mahlon dan Kilyon. Mereka itu warga Efrata dari Betlehem di Yehuda. Setelah tiba di bumi Moab mereka pun mendiami tempat itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 1:2
11 Iomraidhean Croise  

Maka Rahel meninggal dan dimakamkan di sisi jalan menuju Efrata, iaitu Betlehem.


“Tetapi engkau, wahai Betlehem Efrata, yang teramat kecil untuk berada di antara kaum-kaum Yehuda, daripada kamu akan muncul bagi-Ku seorang yang akan menjadi pemerintah di Israel. Asal usulnya sudah sejak zaman dahulu, sejak purbakala lagi.”


Maka ada seorang pendatang muda bani Lewi dari Betlehem-Yehuda, daripada kaum Yehuda yang menumpang di situ.


Maka tumpaslah Moab pada hari itu di tangan orang Israel, dan amanlah bumi itu selama lapan puluh tahun.


Kemudian Elimelekh, suami Naomi, mati; dan Naomi ditinggalkan dengan dua orang anaknya.


Selepas itu, Mahlon dan Kilyon juga mati. Oleh itu, perempuan itu kehilangan suami dan juga kedua-dua orang anaknya.


Di sebelah suaminya, Elimelekh, Naomi mempunyai seorang kaum kerabat bernama Boas yang kaya-raya.


Kepada para tua-tua serta semua orang yang ada di situ, Boas berkata, “Pada hari ini, kamulah saksi, bahawa aku telah membeli daripada tangan Naomi segala milik Elimelekh dan segala milik Kilyon dan Mahlon.


Ada seorang lelaki suku Efraim bernama Elkana anak Yeroham anak Elihu anak Tohu anak Zuf dari Ramataim-Zofim di pergunungan Efraim.


Daud ialah anak Isai, orang Efrata dari Betlehem-Yehuda. Isai mempunyai lapan orang anak. Pada zaman Saul, dia termasuk orang yang sudah sangat tua dalam kalangan umat yang sebangsa dengannya.


Orang Israel dan orang Filistin mengatur barisan masing-masing, barisan perang berhadapan dengan barisan perang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan