Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 1:17 - Alkitab Versi Borneo

17 dan di mana-mana sahaja ibu mati, di situ jugalah aku mati dan dikuburkan. Semoga beginilah kiranya yang dilakukan TUHAN kepadaku, malahan lebih lagi, jika apa-apa pun selain maut memisahkan aku dan ibu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

17 Di mana saja mak meninggal, di situlah saya hendak meninggal dan dikebumikan. Biarlah TUHAN menghukum saya dengan seberat-beratnya jika saya membiarkan apa-apa pun memisahkan kita kecuali kematian.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

17 Di mana saja mak meninggal, di situlah saya hendak meninggal dan dikebumikan. Biarlah TUHAN menghukum saya dengan seberat-beratnya jika saya membiarkan apa-apa pun memisahkan kita kecuali kematian.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 1:17
18 Iomraidhean Croise  

Tetapi Itai menjawab raja demikian, “Demi TUHAN yang hidup dan demi hidup Tuanku Raja, sesungguhnya di mana-mana sahaja Tuanku Raja berada, baik hidup mahupun mati, di situ pulalah hambamu akan berada.”


Kepada Amasa haruslah kamu katakan, ‘Bukankah engkau darah dagingku? Biarlah Allah menjatuhkan azab kepadaku, bahkan lebih lagi, jika engkau tidak kujadikan panglima tenteraku untuk seterusnya sebagai ganti Yoab.’ ”


Seluruh rakyat datang dan memohon semoga Daud makan roti sementara hari masih siang. Tetapi Daud bersumpah, katanya, “Biarlah Allah menjatuhkan azab kepadaku, bahkan lebih lagi, jika aku mengecap roti atau apa-apa pun sebelum matahari terbenam.”


Biarlah Allah menjatuhkan azab kepada Abner, bahkan lebih lagi, jika aku tidak melakukan terhadap Daud seperti yang dijanjikan TUHAN kepadanya dengan bersumpah,


Setelah menguburkannya, berkatalah dia kepada anak-anaknya, “Kalau aku mati, kuburkanlah aku dalam kubur tempat hamba Allah itu dikuburkan. Letakkanlah tulang-tulangku di sisi tulang-tulangnya.


Lalu Izebel mengutus seorang pesuruh kepada Elia dengan pesan, “Biarlah tuhan mengazabkan aku bahkan lebih lagi, jika esok pada waktu seperti ini aku tidak membuat nyawamu sama dengan nyawa seorang daripada kalangan mereka.”


Kemudian Raja Salomo bersumpah demi TUHAN, katanya, “Biarlah Allah mengazab aku, bahkan lebih lagi, jika permintaan ini tidak dibayar Adonia dengan nyawanya sendiri.


Benhadad mengutus orang lagi untuk menemuinya dengan pesan, “Biarlah tuhan mengazab aku bahkan lebih lagi, jika debu Tanah Samaria nanti masih cukup untuk digenggam seluruh pasukan yang mengiringi aku!”


Katanya, “Biarlah Allah mengazab aku bahkan lebih lagi, jika pada hari ini kepala Elisa anak Safat masih tetap ada di atas bahunya.”


Dengarlah, wahai anak perempuan, pasang telingamu baik-baik dan timbangkan kata-kataku: Lupakan bangsamu dan rumah ayahandamu.


Setelah dia sampai dan melihat kasih kurnia Allah itu, dia amat sukacita dan menggalakkan mereka semua supaya meneguhkan azam untuk tetap setia kepada Tuhan dengan sepenuh hati.


Tetapi sekali-kali aku tidak mengendahkan soal nyawaku, asalkan aku dapat menyempurnakan tanggungjawab dan tugas yang kuterima daripada Tuhan Yesus iaitu memberikan kesaksian akan Injil tentang kasih kurnia Allah.


Maka jawab Rut, “Janganlah mendesak aku meninggalkan atau berpaling daripada mengikut ibu kerana ke mana-mana pun ibu tujui aku akan ikut dan di mana-mana sahaja ibu menumpang di situ jugalah aku menumpang. Kaum ibu itulah kaumku dan Allahmu ialah Allahku;


Semoga dia jugalah yang menjadi penyeri yang menyegarkan jiwamu dan memelihara kamu pada hari tuamu kerana menantumu yang mengasihimu dan yang lebih berharga bagimu daripada tujuh orang anak lelaki, telah melahirkannya.”


Kata Saul, “Engkau memang harus mati, Yonatan. Jika tidak, Allah akan menjatuhkan azab kepadaku, bahkan lebih lagi.”


Biarlah TUHAN menjatuhkan azab kepada Yonatan, bahkan lebih lagi, jika ayahku memang berniat untuk mencederakanmu tetapi aku tidak menyatakannya kepadamu dan melepaskan engkau pergi dengan selamat. Semoga TUHAN menyertai engkau sebagaimana Dia menyertai ayahku dahulu.


Sekiranya Allah menghukum musuh-musuh Daud, bahkan lebih lagi daripada itu, jika aku membiarkan hidup sampai pagi seorang lelaki sahaja pun daripada semua yang ada padanya.”


Kata Eli, “Firman apakah yang telah disampaikan kepadamu? Kumohon, jangan sembunyikan hal itu daripada aku. Biarlah Allah menjatuhkan azab kepadamu, bahkan lebih lagi, jika engkau menyembunyikan daripadaku sedikit sahaja daripada segala yang difirmankan-Nya kepadamu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan