Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 1:14 - Alkitab Versi Borneo

14 Semakin nyaring tangisan mereka berdua, lalu Orpa mencium mertuanya, memohon diri dan berangkat tetapi Rut memaut mertuanya dengan kuat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Rut dan Orpa menangis lagi dengan tersedu-sedu. Kemudian Orpa mencium ibu mentuanya dan mengucapkan selamat tinggal, lalu pulang. Tetapi Rut tidak mahu meninggalkan ibu mentuanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Rut dan Orpa menangis lagi dengan tersedu-sedu. Kemudian Orpa mencium ibu mentuanya dan mengucapkan selamat tinggal, lalu pulang. Tetapi Rut tidak mahu meninggalkan ibu mentuanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 1:14
22 Iomraidhean Croise  

Kamu pun tidak memberiku kesempatan mencium cucu-cucuku serta anak-anakku. Kali ini perbuatanmu amat bodoh sekali!


Keesokan harinya Laban bangun pagi-pagi. Diciumnya para cucu serta anak-anaknya, dan dia mendoakan keberkatan bagi mereka. Setelah itu, Laban pun berangkat pulang.


Kemudian seluruh rakyat itu menyeberangi Sungai Yordan bersama raja. Raja mencium Barzilai dan memohonkan berkat baginya, lalu pulanglah Barzilai ke tempatnya.


Lalu Elisa meninggalkan lembu-lembu itu dan berlari menyusul Elia, katanya, “Izinkanlah hamba mencium ayah dan ibu hamba dahulu, barulah hamba akan mengikuti tuan.” Kata Elia kepadanya, “Pulanglah. Adakah aku menghalang kamu?”


Seorang sahabat menaruh kasih setiap waktu, dan seorang saudara lahir untuk masa menghadapi kesukaran.


Orang yang ramai sangat temannya boleh membinasakan dirinya, tetapi ada sahabat yang lebih karib daripada saudara sendiri.


Sesungguhnya, TUHAN akan menyayangi Yakub dan akan memilih Israel lagi, lalu menempatkan mereka di tanah mereka. Para pendatang akan bergabung dengan mereka dan menyatukan diri dengan keturunan kaum Yakub.


Beginilah firman TUHAN alam semesta, “Pada masa itu, sepuluh orang daripada segala bangsa dan bahasa akan memegang erat-erat punca jubah seorang Yahudi sambil berkata, ‘Kami mahu pergi bersama-samamu, kerana kami telah mendengar bahawa Allah menyertai kamu.’ ”


Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunya daripada-Ku, tidak layak menjadi murid-Ku. Begitu juga, sesiapa yang lebih mengasihi anaknya daripada-Ku, tidak layak menjadi murid-Ku.


Kemudian Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya, memikul salib dan mengikut-Ku.


Apabila mendengar jawapan Yesus, pemuda itu beredar dari situ dengan dukacita, kerana dia seorang yang kaya-raya.


Namun demikian, ada beberapa orang yang menjadi pengikut Paulus dan percaya akan kata-katanya; di antaranya ialah Dionisius anggota Areopagus, dan seorang wanita bernama Damaris, serta beberapa orang lagi.


Takutlah kepada TUHAN, Allahmu, dan beribadatlah kepada-Nya. Berpautlah kepada-Nya dan bersumpahlah demi nama-Nya.


Akan tetapi, kamu semua yang teguh berpaut pada TUHAN, Allahmu, masih hidup sampai hari ini.


Demas telah meninggalkanku kerana dia mencintai dunia ini, dia telah bertolak ke Tesalonika. Kreskes pula telah pergi ke Galatia dan Titus ke Dalmatia.


Tetapi kita bukanlah antara mereka yang undur ke arah kebinasaan, tetapi antara mereka yang beriman dan diselamatkan.


mampukah kamu menanti sehingga anak-anakku dewasa? Adakah kamu akan menolak untuk bersuami lagi dalam tempoh itu? Janganlah begini wahai anakku. Pengalamanku lebih perit, namun inilah kehendak TUHAN dalam kehidupanku.”


Berkatalah Naomi, “Birasmu telah pun pulang kepada kaumnya dan kepada tuhan-tuhannya, eloklah kamu juga pulang mengikut birasmu itu.”


Maka bertolaklah dia dari tempat penghuniannya dan bersama-sama dua orang menantunya dia menempuh perjalanan untuk pulang ke Tanah Yehuda.


Boas menjawab, “Sudah dilaporkan kepadaku dengan lengkap segala sesuatu yang engkau lakukan demi mertuamu susulan kematian suamimu, dan bagaimana kamu meninggalkan ibu bapa dan tanah tumpah darahmu lalu pergi kepada suatu kaum yang tidak kamu kenal sebelum ini.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan