Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Rut 1:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Maka bala kebuluran menimpa bumi Israel pada zaman pemerintahan para hakim. Pada masa itu ada seorang lelaki dari Betlehem di Tanah Yehuda datang menghuni di negeri Moab bersama-sama isteri dan dua orang anak lelakinya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1-2 Pada zaman sebelum umat Israel mempunyai raja, kebuluran berlaku di tanah Kanaan. Pada waktu itu ada seorang lelaki bernama Elimelekh. Dia daripada puak Efrata, dan tinggal di Betlehem di wilayah Yehuda. Oleh sebab kebuluran itu, dia pergi ke negeri Moab bersama dengan isterinya Naomi, serta dua orang anak lelakinya, Mahlon dan Kilyon. Mereka tinggal di Moab untuk sementara waktu. Semasa mereka di sana,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1-2 Pada zaman sebelum umat Israel mempunyai raja, kebuluran berlaku di tanah Kanaan. Pada waktu itu ada seorang lelaki bernama Elimelekh. Dia daripada puak Efrata, dan tinggal di Betlehem di wilayah Yehuda. Oleh sebab kebuluran itu, dia pergi ke negeri Moab bersama dengan isterinya Naomi, serta dua orang anak lelakinya, Mahlon dan Kilyon. Mereka tinggal di Moab untuk sementara waktu. Semasa mereka di sana,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Rut 1:1
26 Iomraidhean Croise  

Atas sebab bencana kebuluran yang menimpa negeri itu, Abram pun pergi ke Mesir dan tinggal di sana sebagai pendatang kerana bencana kebuluran itu sangat teruk di negeri itu.


Maka berlakulah bencana kebuluran di negeri itu, lain daripada kebuluran pertama yang menimpa pada zaman Abraham. Maka pergilah Ishak ke Gerar untuk menghadap Abimelekh, raja orang Filistin.


Begitu hebat bencana kebuluran melanda bumi itu.


Pada zaman Daud berlakulah kebuluran selama tiga tahun berturut-turut. Oleh itu, Daud mencari petunjuk daripada TUHAN. Lalu TUHAN berfirman, “Hal itu berlaku kerana Saul dan keluarganya berhutang darah kerana dahulunya dia pernah membunuh umat Gibeon.”


Maka Elia pun pergi untuk menunjukkan diri kepada Ahab. Ketika itu, bencana kebuluran sedang menyerang dengan hebatnya di Samaria.


Salma, bapa Betlehem; dan Haref, bapa Bet-Gader.


Anak-anak Salma: Betlehem, orang Netofa; Atarot-Bet-Yoab; dan setengah daripada orang Manahti, iaitu orang Zori.


Dia juga mengadakan kebuluran di tanah itu, Dia memusnahkan semua bekalan makanan;


tanah yang subur menjadi tandus, kerana kezaliman mereka yang tinggal di situ.


Demikianlah firman TUHAN yang turun kepada Yeremia tentang musim kemarau,


“Wahai anak manusia, jika sesebuah negeri berdosa terhadap Aku dengan berbuat mungkar sehingga Aku menghulurkan tangan-Ku melawan negeri itu lalu memutuskan bekalan makanannya, mendatangkan bencana kebuluran ke atasnya, dan melenyapkan manusia serta binatang daripada dalamnya,


Sesungguhnya, beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Terlebih lagi jika Aku mendatangkan atas Yerusalem keempat-empat hukuman-Ku yang berat, iaitu pedang, bencana kebuluran, binatang buas, dan wabak penyakit untuk melenyapkan manusia serta binatang daripada dalamnya!


Aku akan menghapuskan rasa bangga kamu terhadap kuasamu sendiri. Aku akan menjadikan langit di atasmu seperti besi, dan tanahmu seperti gangsa.


“Sekalipun Aku telah memberimu gigi terbersih di segala kotamu dan kekurangan makanan di segala tempatmu, kamu tidak juga kembali kepada-Ku,” demikianlah firman TUHAN.


“Tetapi engkau, wahai Betlehem Efrata, yang teramat kecil untuk berada di antara kaum-kaum Yehuda, daripada kamu akan muncul bagi-Ku seorang yang akan menjadi pemerintah di Israel. Asal usulnya sudah sejak zaman dahulu, sejak purbakala lagi.”


Banyak benih yang akan kamu bawa ke ladang, tetapi sedikit sahaja hasil yang akan kamu kumpulkan, kerana belalang akan melahapnya.


Selepas itu, Ebzan dari Betlehem pula menjadi hakim untuk memerintah orang Israel.


Maka ada seorang pendatang muda bani Lewi dari Betlehem-Yehuda, daripada kaum Yehuda yang menumpang di situ.


Keluarlah orang itu dari kota Betlehem-Yehuda untuk menumpang sebagai pendatang di mana-mana sahaja dia mendapat tempat dalam perjalanannya. Lalu sampailah dia ke rumah Mikha di pergunungan Efraim.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan