Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Pengkhutbah 8:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Janganlah tergesa-gesa beredar dari hadapannya. Janganlah membangkang dalam hal kejahatan kerana dia akan melakukan apa-apa jua mengikut kehendaknya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Raja dapat berbuat sesuka hati; oleh itu, jauhilah raja. Jangan berada di tempat yang berbahaya itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Raja dapat berbuat sesuka hati; oleh itu, jauhilah raja. Jangan berada di tempat yang berbahaya itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Pengkhutbah 8:3
13 Iomraidhean Croise  

Jawab Yakub kepada Firaun, “Umur hamba sebagai pendatang di dunia ini sudah seratus tiga puluh tahun. Tempoh usia hamba singkat dan susah, tidak seperti tempoh kehidupan nenek moyang hamba ketika mereka menjadi pendatang di dunia ini.”


Sesiapa yang panjang sabar, besar pengertiannya, tetapi orang yang lekas naik darah mempamerkan kebodohan.


Hai anakku, takutlah kepada TUHAN dan raja, dan jangan bergabung dengan para pemberontak,


ayam jantan yang angkuh, atau kambing jantan, dan seorang raja di hadapan pasukannya.


Jika meluap kemarahan pihak berkuasa terhadap kamu, janganlah meninggalkan tempatmu, kerana kesabaran menenteramkan kesalahan besar.


Aku tahu bahawa engkau degil. Tengkukmu berurat besi dan dahimu daripada tembaga.


Semua penghuni bumi dianggap seperti tidak bererti. Dia bertindak menurut kehendak-Nya terhadap para penguasa langit dan penghuni bumi. Tidak ada yang dapat menahan tangan-Nya atau berkata kepada-Nya, ‘Apakah yang telah Engkau lakukan?’


Kerana keagungan yang dikurniakan kepadanya, maka umat daripada segala suku, bangsa, dan bahasa gementar dan takut kepadanya. Dia membunuh sesiapa sahaja yang dikehendakinya dan membiarkan hidup sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Dia meninggikan sesiapa yang dikehendakinya dan merendahkan sesiapa yang dikehendakinya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan