Pengkhutbah 7:9 - Alkitab Versi Borneo9 Jangan hatimu cepat marah kerana amarah mendongkol dalam dada orang bodoh. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)9 Jangan lekas marah; hanya orang bodoh menyimpan dendam. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik9 Jangan lekas marah; hanya orang bodoh menyimpan dendam. Faic an caibideil |
Kemudian Absalom memberikan perintah kepada para pelayannya demikian, “Perhatikan! Pada masa hati Amnon begitu girang dengan air anggur, dan pada masa aku berkata kepadamu, ‘Ajar Amnon,’ bunuhlah dia. Jangan takut! Aku yang memberimu perintah, bukan? Bertindaklah dengan berani dan jadilah orang yang perkasa.”
Tetapi orang Israel menjawab orang Yehuda, kata mereka, “Kami mempunyai sepuluh bahagian atas raja, dan kami pun lebih berhak atas Daud daripada kamu. Mengapakah kamu memandang rendah terhadap kami? Bukankah kami yang pertama-tama mengusulkan untuk membawa raja kita kembali?” Namun begitu, kata-kata orang Yehuda lebih keras daripada kata-kata orang Israel.