Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Pengkhutbah 7:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Pergi ke rumah orang berkabung lebih baik daripada pergi ke rumah orang berpesta kerana kesudahan setiap insan memang di rumah orang berkabung. Semoga setiap insan yang hidup memperingati hal ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Lebih baik melawat keluarga yang berkabung daripada keluarga yang berpesta, kerana orang hidup perlu diingatkan bahawa kematian sentiasa menunggu kita semua.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Lebih baik melawat keluarga yang berkabung daripada keluarga yang berpesta, kerana orang hidup perlu diingatkan bahawa kematian sentiasa menunggu kita semua.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Pengkhutbah 7:2
29 Iomraidhean Croise  

Oleh itu, ajarlah kami menghitung hari kehidupan kami, supaya hati kami bijaksana.


Bagi orang yang bijaksana, matanya ada di kepalanya walhal orang yang bodoh berjalan dalam kegelapan, tetapi aku tahu juga bahawa takdir yang sama menimpa mereka semua.


Baik bagi orang yang bijaksana mahupun bagi orang yang bodoh, tiada kenangan yang abadi, kerana kesemuanya akan dilupakan pada hari-hari yang mendatang. Bukankah kematian menimpa baik orang yang bijaksana mahupun yang bodoh?


Nasib anak-anak manusia memang sama dengan nasib haiwan dan peristiwa yang sama menimpa kedua-duanya. Sebagaimana yang satu mati, begitu jua halnya dengan yang lagi satu. Kedua-duanya sama-sama bernafas maka tiada kelebihan manusia berbanding dengan haiwan kerana segala-galanya hanya kesia-siaan.


Kedua-duanya menuju tempat yang sama; kedua-duanya berasal daripada debu dan kedua-duanya kelak kembali menjadi debu.


Biarpun dia hidup dua kali seribu tahun tetapi tidak dapat menikmati kemakmuran. Bukankah segala sesuatu menuju ke satu tempat yang sama?


Nasib yang sama menantikan semua manusia di bumi ini, baik yang salih mahupun yang fasiq, yang baik ataupun yang jahat, baik yang suci mahupun yang najis, baik yang mempersembahkan korban mahupun yang tidak mempersembahkan korban. Orang yang baik dan orang yang berdosa serta orang yang bersumpah dan juga orang yang takut bersumpah; semuanya menerima layanan yang sama.


Malang sekali, dalam segala sesuatu yang terjadi di bawah matahari; nasib semua orang sama. Hati anak-anak manusia dipenuhi kejahatan dan kegilaan juga ada dalam hati mereka seumur hidup, dan kemudiannya mereka menuju dunia orang mati.


Mereka yang hidup tahu bahawa mereka akan mati, tetapi orang yang mati tidak mengetahui apa-apa lagi dan tiada upah bagi mereka, bahkan sudah lenyap kenangan terhadap mereka.


Engkau berkata, ‘Untuk selama-lamanya aku akan menjadi permaisuri,’ sehingga engkau tidak memperhatikan hal-hal ini dan tidak mengingat kesudahannya.


Jangan masuk ke tempat perjamuan untuk duduk makan dan minum dengan mereka.”


Lalu, beginilah firman TUHAN alam semesta: Perhatikanlah keadaanmu!


Jika kamu tidak mendengar dan jika kamu tidak memperhatikannya demi memuliakan nama-Ku,” demikianlah firman TUHAN alam semesta, “maka Aku akan menimpakan kutukan atasmu dan akan mengutuk mana-mana berkat yang kamu terima. Malahan sekarang ini pun Aku memang telah mengutuk berkatmu kerana kamu tidak mengambil berat terhadapnya.


Siapa dapat memperhitungkan debu Yakub, atau membilang seperempat bahagian daripada orang Israel? Biarlah aku mati seperti matinya orang jujur, dan biarlah kesudahan aku seperti kesudahan mereka.”


Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur.


Kalau mereka bijaksana, mereka akan mengerti hal ini dan akan memahami kesudahannya.


berkatalah dia kepada mereka, “Letaklah dalam hatimu semua kata yang kusampaikan kepadamu pada hari ini. Perintahkanlah anak-anakmu untuk mentaati semua kata dalam hukum Taurat ini,


Kesudahan mereka adalah kebinasaan, tuhan mereka adalah perut mereka, kemuliaan mereka adalah dalam keaiban mereka. Mereka menumpukan fikiran kepada perkara dunia.


Sebagaimana manusia ditentukan mati sekali, dan selepas itu dihakimkan,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan