Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Pengkhutbah 3:3 - Alkitab Versi Borneo

3 ada waktu untuk membunuh, ada waktu untuk menyembuhkan; ada waktu untuk merobohkan, ada waktu untuk membina;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 waktu untuk membunuh dan waktu untuk menyembuhkan, waktu untuk merobohkan dan waktu untuk membina.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 waktu untuk membunuh dan waktu untuk menyembuhkan, waktu untuk merobohkan dan waktu untuk membina.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Pengkhutbah 3:3
21 Iomraidhean Croise  

Siapa menumpahkan darah manusia, manusia jua akan menumpahkan darahnya, kerana Allah telah menjadikan manusia menurut gambaran-Nya.


Aku meneguhkan kata-kata hamba-Ku dan melaksanakan rancangan yang diberitakan para utusan-Ku. Aku yang berkata tentang Yerusalem, ‘Ia akan dihuni,’ dan tentang kota-kota Yehuda, ‘Ia akan dibangunkan kembali.’ Puing-puingnya akan Kudirikan kembali.


Buntukanlah hati bangsa ini, pekakkanlah telinga mereka, dan pejamkanlah mata mereka, supaya mereka tidak melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, dan mengerti dengan hati, lalu berpaling dan disembuhkan.”


Lihatlah, pada hari ini Aku melantik engkau untuk menerajui bangsa-bangsa dan kerajaan-kerajaan, untuk mencabut dan meruntuhkan, untuk membinasakan dan menggulingkan, untuk membina dan menanam.”


Jadi, sebagaimana Aku telah mengawasi mereka untuk mencabut, merobohkan, meruntuhkan, memusnahkan, dan menghancurkan, demikianlah Aku akan mengawasi mereka untuk membangunkan serta menanam,” demikianlah firman TUHAN.


Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan kesihatan dan kesembuhan bagi kota ini. Aku akan menyembuhkan mereka dan menyatakan kepada mereka kesejahteraan serta kebenaran yang berlimpah-limpah.


“Beginilah harus kaukatakan kepadanya, ‘Demikianlah firman TUHAN, “Sesungguhnya, Aku akan meruntuhkan apa yang Kubina dan Aku akan mencabut apa yang Kutanam. Begitulah halnya di seluruh negeri itu.


Aku akan meruntuhkan tembok yang kamu labur dengan air kapur itu dan meratakannya ke tanah sehingga dasarnya kelihatan. Kota itu akan roboh dan kamu akan dilenyapkan di dalamnya. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.


“Beginilah firman TUHAN alam semesta: Bangsa ini berkata: Sekarang belum lagi waktu untuk membina semula Bait TUHAN!”


“Sudah tibakah waktunya kamu mendiami rumah-rumah yang berpapan dengan baik walhal Bait ini terus usang dan terbiar dalam kerosakan?


Lalu malaikat TUHAN bersabda, “Ya TUHAN alam semesta, berapa lama lagikah Yerusalem dan kota-kota Yehuda tidak Kaukasihani? Mereka telah Kaumurkai selama tujuh puluh tahun.”


Ketahuilah sekarang, sesungguhnya Aku sendirilah Dia. Tidak ada Allah selain-Ku. Akulah yang mematikan, Aku pulalah yang menghidupkan. Aku meremukkan, dan Aku menyembuhkan. Tidak ada yang dapat melepaskan sesuatu daripada tangan-Ku.


Jika seseorang berdosa terhadap orang lain, maka Allah akan menghakiminya. Tetapi jika seseorang berdosa terhadap TUHAN, siapakah yang akan menjadi orang tengahnya?” Namun demikian, mereka tidak mengendahkan kata-kata ayah mereka, kerana TUHAN hendak mematikan mereka.


TUHAN mematikan dan juga menghidupkan; Dia menurunkan ke alam kubur dan membangkitkan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan