Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Pengkhutbah 2:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Aku memikir-mikirkan betapa air anggur merangsang tubuhku walhal akal budiku terus memimpinku dengan hikmah — dan cara menguasai kebodohan sampai aku mampu menyedari apa yang baik-baik bagi anak-anak manusia, yakni perkara yang seharusnya dilakukan mereka dalam ruang lingkup usia mereka hidup di bawah langit ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Kerana didorong oleh keinginan untuk beroleh hikmat, aku bertekad untuk menggembirakan hati dengan minum wain dan bersuka-suka. Aku menyangka inilah cara terbaik bagi seseorang menikmati hidupnya yang singkat di bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Kerana didorong oleh keinginan untuk beroleh hikmat, aku bertekad untuk menggembirakan hati dengan minum wain dan bersuka-suka. Aku menyangka inilah cara terbaik bagi seseorang menikmati hidupnya yang singkat di bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Pengkhutbah 2:3
22 Iomraidhean Croise  

Jawab Yakub kepada Firaun, “Umur hamba sebagai pendatang di dunia ini sudah seratus tiga puluh tahun. Tempoh usia hamba singkat dan susah, tidak seperti tempoh kehidupan nenek moyang hamba ketika mereka menjadi pendatang di dunia ini.”


Jika manusia mati, dapatkah dia hidup lagi? Sepanjang hari pergelutanku aku hendak menanti sehingga tiba saat pemulihanku.


air anggur yang menyukakan hati manusia, minyak untuk menyerikan mukanya, dan roti yang meneguhkan hati manusia.


Air anggur itu pencemuh, minuman keras itu membuat gaduh, sesiapa yang terperdaya olehnya sememangnya tidak bijaksana.


Maka sepenuh hatiku aku tetapkan untuk mengenali hikmah dan mengenali segala yang gila dan yang bodoh. Tetapi aku sedari itu pun usaha menjaring angin.


Makanan disediakan untuk dinikmati dan air anggur untuk meriangkan hidup dan wang yang memungkinkan semuanya dilakukan.


Kesimpulannya, sentiasa takut kepada Allah dan patuhilah segala perintah-Nya kerana itu memang kewajipan setiap insan.


Bukankah tiada yang lebih baik bagi manusia kecuali makan dan minum dan bersenang-lenang hasil usahanya berpenat lelah? Aku sedar betapa rahmat itu juga daripada tangan Allah.


Lihatlah, apa yang kuanggap baik dan tepat ialah dalam segala jerih payah seseorang di bawah matahari itu, dia perlu menikmati makan minum dan kesenangan yang diberikan Allah selama tempoh kehidupannya yang singkat itu.


Siapakah yang tahu apa yang baik bagi manusia sepanjang tempoh kehidupannya yang sia-sia dan dilaluinya seperti bayang-bayang? Siapakah yang dapat memberitahu manusia apa akan terjadi di bawah matahari sesudah ketiadaannya?


Baik jika kamu berpegang kepada satu nasihat ini dan tidak melepaskan yang satu lagi kerana yang takut kepada Allah akan maju daripada kedua-duanya.


Lalu aku berusaha untuk memahami, menyelidiki, dan mencari hikmah dan kesimpulan, serta untuk memahami betapa bodohnya kejahatan dan gilanya kebebalan.


Maka aku mensyukuri segala nikmat kehidupan kerana di bawah matahari, tiada yang lebih baik daripada makan, minum dan bersifat ceria bagi manusia. Itu yang mengiringi segala usahanya berpenat lelah sepanjang usia yang dianugerahkan Allah kepadanya di bawah matahari.


“Seseorang tidak mungkin mengabdi diri kepada dua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain; atau akan setia kepada yang seorang dan mencela yang lain. Demikianlah, kamu tidak dapat menjadi hamba Allah dan juga hamba kekayaan.


Dan janganlah mabuk air anggur, yang berupa maksiat. Sebaliknya, penuhi diri dengan Roh.


Tetapi jawab pokok anggur itu kepada mereka, ‘Mestikah aku meninggalkan air buah anggurku, yang menggirangkan hati Allah dan manusia, hanya untuk berkedudukan lebih tinggi daripada segala pokok lain?’


Sesampainya Abigail di tempat Nabal, tampak Nabal sedang mengadakan jamuan di rumahnya seperti jamuan seorang raja. Hatinya senang, dan dia sangat mabuk. Oleh sebab itu Abigail tidak bercerita sepatah kata pun kepadanya sampai fajar menyingsing.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan