Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Pengkhutbah 1:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Apa keuntungan yang diperoleh manusia atas segala jerih payahnya di bawah matahari?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Orang bekerja dan membanting tulang seumur hidup, tetapi apakah hasil yang dapat dibanggakan?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Orang bekerja dan membanting tulang seumur hidup, tetapi apakah hasil yang dapat dibanggakan?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Pengkhutbah 1:3
23 Iomraidhean Croise  

Ketika aku meneliti segala pekerjaan yang kulakukan dengan tanganku dan atas segala sudah kuusahakan dengan penat lelah, ketara segalanya kesia-siaan belaka dan usaha menjaring angin yang tiada manfaat di bawah matahari.


Ya, aku membenci segala usaha jerih payahku yang dilakukan di bawah matahari kerana aku tetap terpaksa meninggalkannya kepada orang yang datang sesudah aku.


Siapa yang tahu sama ada orang itu bijaksana atau bodoh? Namun begitu, dia tetap menguasai segala yang kuusahakan dengan jerih payah dan bijaksana di bawah matahari itu. Maka hanya sia-sia juga semuanya.


Faedah apa yang diperoleh manusia hasil segala usahanya sepenuh hati serta dengan berpenat lelah di bawah matahari?


Apakah keuntungan yang diperoleh seorang pekerja daripada jerih payahnya?


Tetapi lebih berbahagia daripada kedua-duanya itu ialah orang yang belum ada, yang belum melihat perbuatan segala kejahatan yang dilakukan di bawah matahari.


Sekali lagi aku melihat kesia-siaan di bawah matahari:


Ini juga keburukan yang menyedihkan. Sebagaimana dia datang, demikian jugalah pemergiannya. Maka keuntungan apakah yang diperoleh setelah berpenat lelah menjaring angin?


Lihatlah, apa yang kuanggap baik dan tepat ialah dalam segala jerih payah seseorang di bawah matahari itu, dia perlu menikmati makan minum dan kesenangan yang diberikan Allah selama tempoh kehidupannya yang singkat itu.


Siapakah yang tahu apa yang baik bagi manusia sepanjang tempoh kehidupannya yang sia-sia dan dilaluinya seperti bayang-bayang? Siapakah yang dapat memberitahu manusia apa akan terjadi di bawah matahari sesudah ketiadaannya?


Hikmah memang baik apabila segandingan dengan warisan dan itu suatu kelebihan bagi orang yang masih melihat matahari.


Kulihat hal ini sebagai contoh hikmah di bawah matahari dan hal itu berkesan hebat terhadap aku.


Malang sekali, dalam segala sesuatu yang terjadi di bawah matahari; nasib semua orang sama. Hati anak-anak manusia dipenuhi kejahatan dan kegilaan juga ada dalam hati mereka seumur hidup, dan kemudiannya mereka menuju dunia orang mati.


Lenyap sudah segala perbuatan mereka baik kasih mereka mahupun kebencian dan iri hati. Mereka juga sudah tidak berperanan lagi dalam segala sesuatu yang berlaku di bawah matahari.


Mengapakah kamu membelanjakan wang untuk sesuatu yang bukan makanan, dan hasil jerih lelahmu untuk sesuatu yang tidak mengenyangkan? Dengarlah Aku baik-baik dan makanlah apa yang baik. Biarlah kamu bersenang-senang dengan hidangan yang kaya khasiatnya.


Sesungguhnya, bukankah atas penentuan TUHAN alam semesta, bahawa bangsa-bangsa melelahkan diri untuk sesuatu yang akan dimakan api sahaja dan suku-suku bangsa meletihkan diri untuk sesuatu yang sia-sia sahaja?


Apa faedahnya berhala walhal si pembentuknya yang mengukirnya atau patung tuangan yang mengajarkan dusta itu? Pembentuknya percaya kepada barang yang dibentuknya sendiri, padahal yang dibuatnya hanyalah berhala-berhala yang bisu.


Apalah gunanya jika seseorang memperoleh seluruh dunia tetapi kehilangan hidupnya? Apakah yang dapat diberinya sebagai ganti untuk hidup itu?


Janganlah berusaha mendapatkan makanan yang boleh basi. Berusahalah mendapatkan makanan yang dapat bertahan sampai hidup kekal. Itulah makanan yang akan diberikan kepadamu oleh Anak Manusia, kerana Allah Bapa telah memateraikan-Nya.”


Aku meminta supaya kamu tunduk kepada orang yang demikian, dan kepada semua yang turut berusaha dengan kami.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan