Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Kaudapati bahawa hatinya setia kepada-Mu dan Engkau mengikat perjanjian dengannya untuk mengurniakan kepada keturunannya tanah bani Kanaan, bani Het, bani Amori, bani Feris, bani Yebus, dan bani Girgasi. Engkau telah menepati firman-Mu kerana Engkau benar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Engkau mendapati dia setia kepada-Mu, lalu Engkau membuat perjanjian dengannya. Engkau berjanji untuk memberi dia negeri orang Kanaan, negeri orang Het dan orang Amori, negeri orang Feris, orang Yebusi, dan orang Girgasi, untuk menjadi tempat tinggal keturunannya. Engkau menepati janji-Mu kerana Engkau adil dan setia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Engkau mendapati dia setia kepada-Mu, lalu Engkau membuat perjanjian dengannya. Engkau berjanji untuk memberi dia negeri orang Kanaan, negeri orang Het dan orang Amori, negeri orang Feris, orang Yebusi, dan orang Girgasi, untuk menjadi tempat tinggal keturunannya. Engkau menepati janji-Mu kerana Engkau adil dan setia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:8
39 Iomraidhean Croise  

Kemudian TUHAN menampakkan diri kepada Abram dan berfirman, “Kepada keturunanmu akan Aku kurniakan negeri ini.” Maka Abram membangunkan di sana sebuah mazbah bagi TUHAN, yang telah menampakkan diri kepadanya.


Lalu Abram percaya kepada TUHAN dan TUHAN memperhitungkan hal itu baginya sebagai perbenaran.


Firman-Nya, “Jangan mudaratkan anak itu dan jangan kamu apa-apakan dia, kerana sekarang Aku tahu bahawa kamu takut kepada Allah dan reda menyerahkan anakmu, anakmu yang tunggal itu, kepada-Ku.”


Allah itu jalan-Nya sempurna, firman TUHAN memang teruji. Dialah perisai bagi semua orang yang berlindung kepada-Nya.


juga orang Yebusi, orang Amori, orang Girgasi,


iaitu perjanjian yang diikat-Nya dengan Abraham dan sumpah-Nya kepada Ishak.


Ya TUHAN, Allah Israel, Engkaulah yang benar! Namun begitu, kami masih ditinggalkan sebagai baki orang yang terselamat, seperti yang terjadi pada hari ini. Lihatlah, kami menghadap hadirat-Mu dengan kesalahan kami, meskipun tidak ada yang tahan berdiri di hadapan-Mu kerana hal ini.”


Sememangnya Engkau maha adil dalam segala hal yang menimpa kami, kerana Engkau telah berlaku setia walhal kami fasiq lagi mengkufuri Engkau.


TUHAN penuh kasih kurnia serta benar; ya, Allah kita penuh belas kasih.


Maka Aku berfirman bahawa Aku akan membawa kamu keluar daripada kesusahan di Mesir, ke negeri orang Kanaan, orang Het, orang Amori, orang Feris, orang Hewi, dan orang Yebus, iaitu ke tanah yang berlimpah-limpah susu dan madu.” ’


Maka Aku turun untuk membebaskan mereka daripada cengkaman warga Mesir dan membawa mereka keluar dari negeri itu ke sebuah negeri yang luas dan kaya lagi berlimpah-limpah susu dan madu, iaitu wilayah orang Kanaan, orang Het, orang Amori, orang Feris, orang Hewi, dan orang Yebus.


“Wahai anak manusia, penghuni reruntuhan kota di Tanah Israel ini berkata, ‘Abraham seorang sahaja dan dapat memusakai negeri ini, sedangkan kita ramai. Tentulah negeri itu dikurniakan kepada kita sebagai milik.’


Bani Amalek tinggal di Tanah Negeb. Bani Het, bani Yebus, dan bani Amori tinggal di pergunungan, sedangkan bani Kanaan tinggal di pesisir dan di tepi Sungai Yordan.”


Allah bukanlah manusia sehingga Dia berbohong, bukan anak manusia sehingga Dia menyesal dan berubah fikiran. Jika Dia berfirman, tidak akankah Dia lakukannya? Jika Dia berbicara, tidak akankah Dia laksanakannya?


Setelah Allah memecatnya daripada takhtanya, Allah memberi mereka Daud pula sebagai raja. Allah berfirman tentang Daud, ‘Aku mendapati Daud, anak Isai, seorang yang menyenangkan hati-Ku; dia akan melakukan segala yang Kuingini.’


Datanglah kepada imam yang ada pada waktu itu dan katakanlah kepadanya, ‘Pada hari ini aku menyatakan di hadapan TUHAN, Allahmu, bahawa aku telah memasuki negeri yang telah disumpahkan TUHAN untuk memberikannya kepada nenek moyang kita.’


Dialah Batu Pejal yang sempurna pekerjaan-Nya kerana adil segala jalan-Nya. Allah yang setia, tanpa kecurangan. Dia adil dan benar.


Apabila TUHAN, Allahmu, membawa kamu ke negeri yang akan kaumasuki serta duduki, Dia akan mengusir banyak bangsa dari hadapanmu, iaitu orang Het, orang Girgasi, orang Amori, orang Kanaan, orang Feris, orang Hewi, dan orang Yebus iaitu tujuh jenis bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada kamu.


Bukan kesalihan atau ketulusan hatimu yang membuat kamu dapat masuk dan menduduki negeri mereka, melainkan kerana kefasiqan bangsa-bangsa itulah maka TUHAN, Allahmu, mengusir mereka dari hadapanmu demi menepati janji yang diikrarkan TUHAN atas sumpah kepada nenek moyangmu, iaitu Abraham, Ishak, dan Yakub.


Iman dan pengetahuan itu berasaskan harapan untuk memperoleh hidup yang kekal. Allah tidak berdusta, Dia telah menjanjikan hidup ini sebelum permulaan zaman.


Melalui iman Abraham, apabila diuji, menyerahkan Ishak sebagai korban; dia yang menerima janji-janji itu mempersembahkan anak lelakinya yang tunggal.


Dengan adanya dua perkara yang tidak mungkin berubah, sedangkan Allah tidak mungkin berdusta, maka hati kita tetap. Kita telah lari mencari tempat berlindung untuk berpegang kepada harapan yang dihulurkan kepada kita.


Demikianlah Yosua menawan seluruh negeri itu selaras dengan semua yang difirmankan TUHAN kepada Musa. Yosua memberikannya sebagai harta pusaka kepada orang Israel, menurut pembahagian suku mereka. Lalu aman sentosalah negeri itu dan berhenti daripada berperang.


Dia turut menghantar utusan kepada bani Kanaan di timur dan di barat, kepada bani Amori, bani Het, bani Feris, bani Yebus di pergunungan, dan kepada bani Hewi di kaki Gunung Hermon, di Tanah Mizpa.


Sesungguhnya, sesaat lagi aku akan menempuh jalan menuju segala yang fana. Dengan segenap hati dan jiwamu, kamu tahu bahawa tidak ada satu hal pun yang gagal daripada segala hal baik yang telah dijanjikan TUHAN, Allahmu, mengenai kamu. Semua telah dipenuhi bagimu. Tidak ada satu pun yang gagal.


Apabila berita itu sampai kepada semua raja yang tinggal di sebelah tebing barat Sungai Yordan — di pergunungan, di dataran rendah, dan di sepanjang pesisir Laut Besar sampai ke seberang Lebanon — iaitu raja bani Het, bani Amori, bani Kanaan, bani Feris, bani Hewi, dan bani Yebus,


Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan berlaku adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan menyucikan kita daripada segala kesalahan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan