Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Maka berkatalah beberapa orang Lewi, iaitu Yesua, Kadmiel, Bani, Hasabneya, Serebya, Hodia, Sebanya, dan Petahya, “Bangunlah dan pujilah TUHAN, Allahmu, dari abadi sampai abadi! Segala puji-pujian atas nama-Mu yang mulia, yang ditinggikan mengatasi segala puji dan hormat.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Ibadat pada hari itu dimulakan oleh orang Lewi yang berikut: Yesua, Kadmiel, Bani, Hasabneya, Serebya, Hodia, Sebanya, dan Petahya. Mereka berkata, “Marilah berdiri dan memuji TUHAN, Allah kita; pujilah Dia selama-lamanya! Pujilah nama-Nya yang penuh kemuliaan, nama yang lebih agung daripada segala pujian!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Ibadat pada hari itu dimulakan oleh orang Lewi yang berikut: Yesua, Kadmiel, Bani, Hasabneya, Serebya, Hodia, Sebanya, dan Petahya. Mereka berkata, “Marilah berdiri dan memuji TUHAN, Allah kita; pujilah Dia selama-lamanya! Pujilah nama-Nya yang penuh kemuliaan, nama yang lebih agung daripada segala pujian!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:5
36 Iomraidhean Croise  

Kemudian raja berpaling dan memohonkan berkat untuk seluruh jemaah Israel, ketika seluruh jemaah Israel berdiri.


Dia berkata, “Segala puji bagi TUHAN, Allah Israel! Dia sendiri telah berfirman kepada Daud, ayahku, dan telah menggenapinya dengan kuasa-Nya. Firman-Nya,


Setelah itu, Salomo berdiri menghadap mazbah TUHAN, di hadapan seluruh jemaah Israel, lalu menadahkan tangannya ke langit.


Akan tetapi, sungguhkah Allah mahu tinggal di atas bumi? Sesungguhnya, langit bahkan langit di atas segala langit pun tidak dapat memuat Engkau, apa lagi bait yang kubangunkan ini!


Segala puji bagi TUHAN, Allah Israel, dari selama-lamanya sampai selama-lamanya! Seluruh umat berkata, “Amin,” dan memuji TUHAN.


Ya TUHAN, memang kepunyaan-Mu kebesaran, keperkasaan, kemuliaan, kejayaan, dan kemegahan, kerana Engkaulah yang empunya segala sesuatu di langit dan di bumi. Ya TUHAN, memang kepunyaan-Mu kerajaan dan Engkau ditinggikan sebagai ketua atas segala sesuatu.


Sekarang, kami mengucap syukur kepada-Mu, ya Allah kami, dan kami memuji nama-Mu yang mulia itu.


Kemudian Daud berkata kepada seluruh jemaah itu, “Pujilah TUHAN, Allahmu!” Maka seluruh jemaah memuji TUHAN, Allah nenek moyang mereka. Mereka tunduk lalu sujud menyembah TUHAN dan memberi hormat kepada raja.


Sementara itu semua orang Yehuda berdiri di hadapan TUHAN, bersama-sama isteri dan anak muda serta anak-anak kecil mereka.


Lalu bani Lewi daripada bani Kehat dan bani Korah bangkit untuk memuji TUHAN, Allah Israel, dengan suara yang sangat nyaring.


Kemudian mereka menyanyi secara berbalas-balasan sambil memuji dan mengucap syukur kepada TUHAN: “Kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya terhadap Israel.” Seluruh rakyat bersorak-sorai dengan suara yang nyaring sambil memuji TUHAN, kerana asas Bait TUHAN telah diletakkan.


Lalu dari atas mimbar bani Lewi berdirilah Yesua, Bani, Kadmiel, Sebanya, Buni, Serebya, Bani, dan Kenani lalu berseru dengan suara yang nyaring kepada TUHAN, Allah mereka.


“Engkaulah TUHAN, Engkau sahaja! Engkau telah menjadikan langit, bahkan langit di atas segala langit, dengan segala penghuninya, bumi dengan segala yang ada di atasnya, dan laut dengan segala yang ada di dalamnya. Engkau memelihara semuanya, dan seluruh angkatan di langit pun menyembah Engkau.


katanya, “Dengan telanjang aku keluar daripada kandungan ibuku, dan dengan telanjang juga aku akan pergi. TUHAN yang memberikan; TUHAN yang mengambil, segala puji bagi nama TUHAN!”


Siapa yang dapat menyebutkan perbuatan-perbuatan TUHAN yang hebat, siapa dapat mengisytiharkan seluruh puji bagi-Nya?


Dengarlah, pujilah TUHAN, kesemua kamu hamba TUHAN yang pada waktu malam melayani di rumah TUHAN.


Setiap hari aku akan memuji-Mu, aku akan menyanjung nama-Mu selama-lamanya.


Aku akan merenung keagungan-Mu yang penuh kemuliaan dan kegemilangan, serta hasil kerja-Mu yang menakjubkan.


Selagi aku hidup, aku akan memuji TUHAN; aku akan menyanyikan pujian untuk Allahku selagi aku masih wujud.


Wahai rohku, kau telah berkata kepada TUHAN, “Engkaulah Tuhanku; tiada kebaikan bagiku selain Engkau.”


Nyanyikan kebesaran nama-Nya; lafazkan puji-pujian untuk-Nya penuh kemuliaan!


Biarlah mereka memuji nama-Mu yang agung dan mengagumkan — Dia Maha Kudus.


Siapakah seperti Engkau di antara tuhan, ya TUHAN? Siapakah seperti Engkau, mulia dalam kesucian, mengerikan dalam puji-pujian, wahai Engkau pembuat keajaiban?


Tangan kanan-Mu, ya TUHAN, mulia dalam kekuatan, tangan kanan-Mu, ya TUHAN, menghancurleburkan musuh.


Kata Daniel, “Segala puji bagi nama Allah selama-lamanya, kerana hikmah dan kekuatan milik-Nya!


Selepas itu Yesus berucap, “Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu, kerana apa yang Kaurahsiakan daripada cerdik pandai, Kautunjukkan kepada kanak-kanak kecil.


Allah telah berfirman, “Hendaklah cahaya bersinar dari dalam gelap.” Allah juga yang telah membuat cahaya itu bersinar dalam hati kita, sehingga kita mendapat pengetahuan tentang kemuliaan Allah di wajah Yesus Kristus.


Jika kamu tidak berhemat mengikut semua kata dalam hukum Taurat yang tertulis dalam kitab ini dan tidak takut kepada nama yang mulia serta terhebat, iaitu TUHAN, Allahmu,


Puji bagi Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana belas kasihan-Nya yang amat besar Dia telah mengurniai kita kelahiran baru dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Dengan demikian, kita hidup dengan harapan yang tidak akan binasa, dan


Tetapi jawab Malaikat TUHAN itu kepadanya, “Mengapa engkau bertanyakan nama-Ku memandangkan nama-Ku terlalu ajaib?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan