Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Lalu dari atas mimbar bani Lewi berdirilah Yesua, Bani, Kadmiel, Sebanya, Buni, Serebya, Bani, dan Kenani lalu berseru dengan suara yang nyaring kepada TUHAN, Allah mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Di situ ada pentas yang disediakan untuk orang Lewi. Yesua, Bani, Kadmiel, Sebanya, Buni, Serebya, Bani, dan Kenani berdiri di atas pentas itu. Mereka berdoa kepada TUHAN, Allah mereka dengan suara nyaring.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Di situ ada pentas yang disediakan untuk orang Lewi. Yesua, Bani, Kadmiel, Sebanya, Buni, Serebya, Bani, dan Kenani berdiri di atas pentas itu. Mereka berdoa kepada TUHAN, Allah mereka dengan suara nyaring.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:4
13 Iomraidhean Croise  

Lalu bani Lewi daripada bani Kehat dan bani Korah bangkit untuk memuji TUHAN, Allah Israel, dengan suara yang sangat nyaring.


Bani Lewi ialah: Yesua, Binui, Kadmiel, Serebya, Yehuda, dan Matanya. Matanya memimpin pengucapan syukur bersama saudara-saudara mereka,


Bersebelahan dengan Nehemia anak Azbuk pula, bani Lewi menjalankan kerja pembaikan di bawah pimpinan Rehum anak Bani. Kemudian di sebelah mereka Hasabya, pemimpin separuh daripada daerah Kehila, menjalankan kerja pembaikan untuk wilayahnya.


Ezra, ahli Kitab Suci Taurat itu, berdiri di atas mimbar kayu yang khusus dibuat untuk acara itu. Di sisi sebelah kanannya berdiri Matica, Sema, Anaya, Uria, Hilkia, dan Maaseya, sedangkan di sebelah kirinya berdiri Pedaya, Misael, Malkia, Hasum, Hasbadana, Zakharia, dan Mesulam.


Sejumlah bani Lewi, iaitu Yesua, Bani, Serebya, Yamin, Akub, Sabetai, Hodia, Maaseya, Kelita, Azarya, Yozabad, Hanan, dan Pelaya menolong umat untuk memahami hukum Taurat sementara umat berdiri di tempat masing-masing.


Maka berkatalah beberapa orang Lewi, iaitu Yesua, Kadmiel, Bani, Hasabneya, Serebya, Hodia, Sebanya, dan Petahya, “Bangunlah dan pujilah TUHAN, Allahmu, dari abadi sampai abadi! Segala puji-pujian atas nama-Mu yang mulia, yang ditinggikan mengatasi segala puji dan hormat.”


Daripada deritaku yang dalam aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN;


Kepada TUHAN aku berseru lantang, dan Dia menyahut seruanku dari bukit suci-Nya. Sela


Aku telah berseru kepada Allah dengan suaraku; kepada Allah dengan suaraku dan Dia mendengarku.


Bahkan ketika aku berseru dan berteriak minta tolong, Dia tidak mendengar doaku.


Selepas itu, Yesus berseru lantang, “Lazarus, keluar!”


Kemudian dia berlutut dan berteriak dengan suara yang kuat, “Tuhan, jangan tanggungkan dosa ini atas mereka.” Setelah berkata demikian, dia pun meninggal dunia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan