Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:32 - Alkitab Versi Borneo

32 Sekarang, ya Allah kami, Allah yang besar, perkasa, dan teramat hebat, yang berpegang teguh pada perjanjian dan kasih abadi, janganlah Kaupandang ringan segala kesusahan yang telah menimpa kami, raja kami, pemimpin kami, para imam kami, nabi kami, nenek moyang kami, dan seluruh umat-Mu sejak zaman raja-raja Asyur sampai hari ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

32 Ya Allah, Allah kami yang besar! Allah yang berkuasa dan hebat! Dengan setia Engkau menepati segala perjanjian. Sejak raja-raja Asyur menindas kami, sampai sekarang penderitaan yang kami alami sangat berat. Para raja, pemimpin, imam, dan nabi kami, nenek moyang, dan segenap umat sudah menderita. Ingatlah, ya Allah, betapa sengsaranya kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

32 Ya Allah, Allah kami yang besar! Allah yang berkuasa dan hebat! Dengan setia Engkau menepati segala perjanjian. Sejak raja-raja Asyur menindas kami, sampai sekarang penderitaan yang kami alami sangat berat. Para raja, pemimpin, imam, dan nabi kami, nenek moyang, dan segenap umat sudah menderita. Ingatlah, ya Allah, betapa sengsaranya kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:32
42 Iomraidhean Croise  

Katanya, “Ya TUHAN, Allah Israel, tidak ada Allah yang seperti Engkau, baik di langit di atas mahupun di bumi di bawah. Engkau berpegang teguh pada perjanjian dan kasih abadi bagi hamba-hamba-Mu yang hidup di hadapan-Mu dengan segenap hati mereka.


Kemudian Pul, raja Asyur, datang menyerang negeri itu. Menahem memberikan kepadanya seribu talenta perak, supaya Pul membantu dia mengukuhkan kerajaan itu di tangannya.


Pada zaman Pekah, raja Israel, datanglah Tiglat-Pileser, raja Asyur. Dia merebut Iyon, Abel-Bet-Maakha, Yanoah, Kedesh, Hazor, Gilead, dan Galilea, seluruh Tanah Naftali, lalu membuang penduduknya ke Asyur.


sehingga TUHAN menjauhkan orang Israel daripada hadirat-Nya, seperti yang difirmankan-Nya dengan perantaraan semua hamba-Nya, para nabi. Orang Israel dibuang dari tanah mereka ke Asyur, demikianlah sampai hari ini.


Kemudian Salmaneser, raja Asyur, maju menyerangnya. Hosea pun takluk kepadanya serta wajib membayar ufti.


Pada tahun kesembilan zaman pemerintahan Hosea, raja Asyur merebut Samaria. Dia membuang orang Israel ke Asyur lalu menyuruh mereka tinggal di Halah dan berdekatan dengan Habor, iaitu sungai di Gozan, serta di kota-kota orang Madai.


Pada zamannya, Firaun Nekho, raja Mesir, maju melawan raja Asyur di tepi Sungai Efrat. Raja Yosia pun berangkat menghadapinya, tetapi Firaun membunuhnya di Megido sebaik sahaja dia melihatnya.


Anak-anak Zedekia disembelih di hadapan matanya, lalu mata Zedekia dibutakan. Dia pun dibelenggu dengan rantai gangsa, lalu dibawa ke Babel.


juga bangsa-bangsa lain yang dibuang oleh Asnapar yang agung dan mulia itu lalu ditempatkan di Kota Samaria dan di daerah lain di seberang Sungai Efrat.


mereka pun mendekati Zerubabel dan ketua kaum keluarga lalu berkata, “Biarlah kami turut serta dalam kerja-kerja pembinaan itu bersama-sama kamu, kerana kami juga beribadat kepada Allahmu sama seperti kamu. Kami juga telah mempersembahkan korban kepada-Nya sejak zaman Esarhadon, raja Asyur yang membawa kami ke sini.”


Setelah segala yang menimpa kami akibat perbuatan kami yang jahat dan kesalahan kami yang besar — sementara Engkau, ya Allah kami, tidak menghukum kami setimpal dengan kesalahan kami dan masih mengurniai kami sebanyak orang yang terselamat ini —


kataku, “Ya TUHAN, Allah semesta langit, Allah yang besar dan teramat hebat, yang berpegang teguh pada perjanjian-Nya serta kasih abadi-Nya terhadap orang yang mencintai-Nya dan menuruti segala perintah-Nya,


Kerana TUHAN Yang Maha Tinggi amat menakjubkan, Dia Raja besar memerintah seluruh bumi!


Katakan kepada Allah, “Alangkah menakjubkan segala perbuatan-Mu! Kekuasaan-Mu sungguh besar semua musuh-Mu akan tunduk kepada-Mu.


Marilah melihat perbuatan Allah, Dia sungguh menakjubkan dalam perbuatan-Nya terhadap anak-anak manusia!


Musa menceritakan kepada mertuanya semua yang dilakukan TUHAN terhadap Firaun dan warga Mesir demi orang Israel, dan juga segala kesusahan yang dialami mereka ketika dalam perjalanan serta bagaimana TUHAN menyelamatkan mereka.


Sesungguhnya, seorang anak telah lahir bagi kita, seorang putera telah dikurniakan bagi kita. Di atas bahunya tampuk pemerintahan, dan namanya akan disebut: Penasihat Ajaib, Allah Perkasa, Bapa Kekal, Raja Damai.


Aku berdoa kepada TUHAN, Allahku, dan mengakui segala dosa, demikian, “Ya Tuhan, Allah, Yang Maha Besar dan terlalu mengagumkan, yang berpegang teguh pada perjanjian dan kasih abadi terhadap orang yang mencintai Engkau serta berpegang teguh pada segala perintah-Mu!


Kami tidak mendengar teguran hamba-hamba-Mu, para nabi, yang berbicara atas nama-Mu kepada raja-raja kami, para pembesar kami, nenek moyang kami, dan kepada seluruh rakyat negeri.


Ya Tuhan, kamilah yang penuh rasa malu, begitu juga para raja kami, para pembesar kami, dan nenek moyang kami, kerana kami telah berdosa terhadap Engkau.


Jika sampai sedemikian pun kamu tetap tidak mendengar segala perintah-Ku, maka Aku akan menghukum kamu tujuh kali lipat ganda kerana dosa-dosamu.


Ya, jika kamu terus hidup dengan melawan Aku dan tidak mengendahkan Aku, maka Aku akan menambahkan malapetaka yang menimpamu tujuh kali lipat ganda selaras dengan dosa-dosamu.


maka Aku pun akan menentang kamu. Ya, Aku akan memukul kamu tujuh kali lipat ganda atas dosamu.


maka dengan kemurkaan, Aku juga akan menentang kamu. Aku sendiri akan menghukum kamu tujuh kali lipat ganda atas dosa-dosamu.


Jadi, apabila kamu mendengar dan mentaati segala peraturan itu serta melakukannya dengan bersungguh-sungguh, maka TUHAN, Allahmu, akan berpegang teguh pada perjanjian dan kasih-Nya yang abadi, yang telah Dia sumpah kepada nenek moyangmu.


Dia akan mengasihi kamu, memberkati kamu, dan meramaikan jumlahmu. Dia akan memberkati buah kandunganmu, hasil tanahmu, iaitu gandummu, anggurmu, dan minyakmu, juga anak lembumu serta kawanan dombamu di negeri yang telah Dia sumpah untuk memberikan kepada nenek moyangmu.


Janganlah gentar terhadap mereka kerana TUHAN, Allahmu, hadir di tengah-tengahmu. Dialah Allah yang besar dan teramat hebat.


Oleh sebab itu ketahuilah bahawa TUHAN, Allahmu, Dia Allah, Allah yang setia, yang berpegang teguh pada perjanjian, dan menunjukkan rahmat-Nya terhadap orang yang mengasihi-Nya serta yang berpegang teguh pada perintah-perintah-Nya, sampai beribu-ribu keturunan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan