Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:31 - Alkitab Versi Borneo

31 Namun demikian, kerana begitu besarnya kasih sayang-Mu, Engkau tidak memusnahkan mereka dan tidak meninggalkan mereka, kerana Engkaulah Allah yang pengasih dan penyayang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

31 Namun, kerana belas kasihan-Mu sangat besar, Engkau tidak meninggalkan ataupun membinasakan mereka. Engkau Allah yang pengasih dan berbelas kasihan!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

31 Namun, kerana belas kasihan-Mu sangat besar, Engkau tidak meninggalkan ataupun membinasakan mereka. Engkau Allah yang pengasih dan berbelas kasihan!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:31
15 Iomraidhean Croise  

Tetapi TUHAN mengasihani dan menyayangi mereka. Dia berpaling kepada mereka kerana perjanjian-Nya dengan Abraham, Ishak, dan Yakub. Sampai saat itu, Dia tidak berniat memusnahkan mereka atau membuang mereka dari hadirat-Nya.


Jika kamu kembali kepada TUHAN, maka para saudaramu dan anak-anakmu akan mendapat belas kasihan di hadapan orang yang menawan mereka, sehingga mereka dapat kembali ke negeri ini, kerana TUHAN, Allahmu, sememangnya maha pengasih lagi maha penyayang. Dia tidak akan memalingkan wajah-Nya daripada dirimu jika kamu kembali kepada-Nya.”


Mereka tidak mahu taat dan tidak mengingati perbuatan-perbuatan ajaib yang telah Kaubuat dalam kalangan mereka. Mereka mengeraskan hati, dan dalam penderhakaan mereka itu, mereka melantik seorang pemimpin untuk kembali ke dalam kancah perhambaan. Namun demikian, Engkau ialah Allah yang pengampun, pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah-ruah kasih, sehingga Engkau tidak meninggalkan mereka.


Engkau tidak meninggalkan mereka di gurun itu atas sebab teramat besarnya kasih sayang-Mu. Tiang awan tidak meninggalkan mereka pada siang hari untuk memimpin mereka di jalan, demikian juga tiang api pada malam hari untuk menerangi jalan yang harus ditempuh mereka.


Demi nama-Ku Aku menangguhkan murka-Ku dan demi kemasyhuran-Ku Aku menahannya daripadamu supaya engkau tidak Kulenyapkan.


Beginilah firman TUHAN, “Seluruh negeri itu akan menjadi sunyi sepi, tetapi Aku tidak akan memusnahkannya sama sekali.


Datanglah ke kebun anggurnya, musnahkannyalah, tetapi jangan hapuskannya sama sekali. Singkirkanlah carang-carangnya, kerana semua itu bukan milik TUHAN.


“Tetapi pada masa itu pun,” demikianlah firman TUHAN, “Aku tidak akan menghapuskan kamu sama sekali.


Kerana kasih setia TUHAN tidak pernah lenyap, belas kasihan-Nya tidak akan pudar.


Pada Tuhan, Allah kami, ada rahmat dan pengampunan, walaupun kami telah menderhaka terhadap-Nya.


TUHAN, Allahmu, sememangnya Allah Yang Maha Penyayang. Dia tidak akan membuat kamu terlantar atau memusnahkan kamu. Dia tidak akan melupakan perjanjian dengan nenek moyangmu yang dibuat-Nya atas sumpah kepada mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan