Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:30 - Alkitab Versi Borneo

30 Selama bertahun-tahun Engkau sabar terhadap mereka dan menerusi Roh-Mu, Engkau mengingatkan mereka dengan perantaraan para nabi-Mu, tetapi mereka tidak mahu mendengar. Oleh sebab itu Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan bangsa segala negeri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

30 Tahun demi tahun, dengan sabar Engkau memperingatkan mereka. Roh-Mu berkata-kata kepada mereka melalui para nabi-Mu, tetapi umat-Mu menutup telinga. Oleh itu Engkau membiarkan mereka dikalahkan oleh bangsa-bangsa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

30 Tahun demi tahun, dengan sabar Engkau memperingatkan mereka. Roh-Mu berkata-kata kepada mereka melalui para nabi-Mu, tetapi umat-Mu menutup telinga. Oleh itu Engkau membiarkan mereka dikalahkan oleh bangsa-bangsa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:30
34 Iomraidhean Croise  

Raja Asyur membuang orang Israel ke Asyur dan menempatkan mereka di Halah serta di Habor, iaitu sungai di Gozan, serta di kota-kota orang Madai.


Kemudian dengan perantaraan hamba-hamba-Nya, para nabi, TUHAN berfirman,


Bagaimanapun, TUHAN mengutus para nabi kepada mereka supaya mereka kembali kepada-Nya. Nabi-nabi itu mengingatkan mereka, tetapi mereka tidak mahu mendengar.


Dan kini, ya Allah kami, apakah lagi yang dapat kami katakan setelah segala hal itu? Memang kami telah mengabaikan perintah-perintah-Mu,


Engkau mengurniakan Roh-Mu yang baik untuk mengajar mereka. Manna-Mu tidak Kautahan daripada mulut mereka dan Engkau memberi mereka air sebagai penawar haus.


Namun begitu, mereka menderhaka dan memberontak terhadap Engkau serta membelakangi hukum Taurat-Mu dan membunuh para nabi-Mu yang mengingatkan mereka untuk berbalik kepada-Mu. Mereka mengucapkan pelbagai kekufuran terhadap Engkau.


Engkau memperingatkan mereka agar mereka berbalik kepada hukum Taurat-Mu tetapi mereka bersikap angkuh dan tidak mahu mendengar segala perintah-Mu. Mereka berdosa menentang segala peraturan-Mu, padahal orang yang mentaatinya akan hidup kerananya. Mereka membalikkan diri tanda membangkang, mengeraskan hati dan enggan mendengar.


Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah yang penyayang dan pengasih, panjang sabar serta berlimpah kasih dan setia.


Selama empat puluh tahun Aku berdukacita dengan keturunan itu; dan Aku berkata, “Kaum ini sesat dalam hatinya, dan tidak mengenal jalan-Ku.”


Kerana ada perintah demi perintah, perintah demi perintah, baris demi baris, baris demi baris, sedikit di sini, sedikit di sana.”


Siapakah yang menyerahkan Yakub untuk menjadi jarahan, dan Israel kepada para perampas? Bukankah TUHAN, yang terhadap-Nya kita telah berdosa? Mereka tidak mahu menempuh jalan-jalan-Nya dan tidak mahu mentaati perintah-Nya.


Demi nama-Ku Aku menangguhkan murka-Ku dan demi kemasyhuran-Ku Aku menahannya daripadamu supaya engkau tidak Kulenyapkan.


Tetapi mereka menderhaka dan mendukakan Roh Suci-Nya. Oleh sebab itu Dia berpaling menjadi musuh mereka, Dia sendiri memerangi mereka.


TUHAN juga terus-menerus mengutus kepadamu semua hamba-Nya, para nabi, tetapi kamu tidak mahu mendengar dan tidak mahu memasang telinga untuk mendengar.


TUHAN tidak dapat bersabar lagi melihat perbuatan-perbuatanmu yang jahat serta hal-hal keji yang kamu lakukan. Itulah sebabnya negerimu menjadi tempat reruntuhan, kengerian, dan kutukan, serta tanpa penduduk, sebagaimana nyata pada hari ini.


Aku terus-menerus mengutus kepadamu semua hamba-Ku, para nabi itu, dengan pesan, ‘Jangan lakukan hal keji yang Kubenci ini.’


Tetapi mereka tidak mahu mendengar dan tidak mahu memasang telinga untuk bertaubat daripada kejahatan mereka dan tidak lagi membakar dupa bagi tuhan-tuhan lain.


Sejak nenek moyangmu keluar dari Tanah Mesir sampai hari ini, Aku mengutus semua hamba-Ku, para nabi kepadamu, setiap hari dan terus-menerus.


TUHAN telah melakukan apa yang dirancangkan-Nya. Dia melaksanakan firman yang ditetapkan-Nya sejak zaman dahulu. Tanpa belas kasihan Dia menjatuhkan kamu, Dia membuat musuh bergembira atasmu, dan mengangkat tinggi tanduk seteru-seterumu.


Kami tidak mendengar teguran hamba-hamba-Mu, para nabi, yang berbicara atas nama-Mu kepada raja-raja kami, para pembesar kami, nenek moyang kami, dan kepada seluruh rakyat negeri.


Mereka menjadikan hati mereka sekeras intan supaya tidak mendengar hukum dan firman yang disampaikan TUHAN alam semesta, melalui Roh-Nya dengan perantaraan para nabi terdahulu. Oleh sebab itu datanglah murka yang besar daripada TUHAN alam semesta.


“Jadi, sebagaimana Aku berseru dan mereka tidak mahu mendengar, demikianlah mereka akan berseru dan Aku tidak mahu mendengar,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Akan tetapi, ada dua orang tertinggal di perkhemahan, seorang bernama Eldad dan seorang lagi bernama Medad. Mereka termasuk antara orang yang tercatat, tetapi tidak turut pergi ke Khemah. Walaupun demikian, Roh itu pun turun ke atas mereka dan mereka bernubuat seperti nabi di perkhemahan.


Selama empat puluh tahun di gurun, Dia bersabar dengan kelakuan mereka.


Mereka pergi dari situ dengan pendapat yang bercanggah sesama sendiri, setelah Paulus berkata, “Benarlah apa yang dikatakan oleh Roh Kudus melalui Nabi Yesaya kepada nenek moyang kita,


Hai yang keras kepala dan tidak bersunat hati dan telingamu! Kamu sentiasa melawan Roh Kudus sebagaimana yang dilakukan oleh nenek moyangmu.


Atau adakah kamu memperkecil kebaikan, kemurahan serta kesabaran Allah yang amat besar, dan tidak tahu bahawa kebaikan Allah membawamu ke pintu taubat?


Roh Kristus yang ada pada nabi-nabi bernubuat tentang penderitaan Kristus dan kemuliaan-Nya kelak. Mereka berusaha untuk mengetahui bila dan bagaimana perkara itu akan terjadi.


kerana nubuat bukanlah lahir dengan kehendak manusia, tetapi disuarakan oleh orang ketika digerakkan oleh Roh Kudus untuk menyampaikan kata-kata daripada Allah.


Tuhan bukannya lengah menepati janji, seperti sangkaan sesetengah orang, tetapi amat bersabar dengan kita, kerana Dia tidak mahu seorang pun binasa dan Dia ingin semuanya bertaubat.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan