Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:29 - Alkitab Versi Borneo

29 Engkau memperingatkan mereka agar mereka berbalik kepada hukum Taurat-Mu tetapi mereka bersikap angkuh dan tidak mahu mendengar segala perintah-Mu. Mereka berdosa menentang segala peraturan-Mu, padahal orang yang mentaatinya akan hidup kerananya. Mereka membalikkan diri tanda membangkang, mengeraskan hati dan enggan mendengar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

29 Engkau memberikan amaran agar mereka taat kepada ajaran-Mu, tetapi dengan sombong mereka menolak hukum-Mu. Padahal orang yang melakukan Taurat-Mu mendapat kehidupan, tetapi mereka degil, tidak taat dan tidak mahu mendengarkan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

29 Engkau memberikan amaran agar mereka taat kepada ajaran-Mu, tetapi dengan sombong mereka menolak hukum-Mu. Padahal orang yang melakukan Taurat-Mu mendapat kehidupan, tetapi mereka degil, tidak taat dan tidak mahu mendengarkan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:29
34 Iomraidhean Croise  

TUHAN telah mengingatkan Israel dan Yehuda dengan perantaraan semua nabi dan pelihat, firman-Nya, “Berbaliklah daripada jalan hidupmu yang jahat itu dan berpeganglah teguh pada perintah-perintah serta ketetapan-ketetapan-Ku, selaras dengan hukum Taurat yang telah Kuperintahkan kepada nenek moyangmu dan yang telah Kusampaikan kepadamu dengan perantaraan hamba-hamba-Ku, para nabi.”


Namun demikian, mereka tidak mahu mendengar malahan mereka mengeraskan hati seperti nenek moyang mereka yang tidak percaya kepada TUHAN, Allah mereka.


Bagaimanapun, TUHAN mengutus para nabi kepada mereka supaya mereka kembali kepada-Nya. Nabi-nabi itu mengingatkan mereka, tetapi mereka tidak mahu mendengar.


TUHAN berfirman kepada Manasye dan kepada rakyatnya, tetapi mereka tidak mahu mendengar.


TUHAN, Allah nenek moyang mereka, terus-menerus mengirim pesan kepada mereka dengan perantaraan utusan-utusan-Nya, kerana Dia sayang kepada umat-Nya dan kepada tempat kediaman-Nya.


Pada waktu itu kulihat di Tanah Yehuda beberapa orang mengirik di tempat pemerasan anggur mereka pada hari Sabat, sementara beberapa orang mengumpulkan berkas gandum dan memuatnya di atas keldai, begitu juga air anggur, buah anggur, buah ara, dan pelbagai muatan. Semua itu dibawa mereka masuk ke Yerusalem pada hari Sabat. Aku memberikan amaran kepada mereka pada waktu mereka menjual semua bahan itu.


Engkau menunjukkan tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat di hadapan Firaun, semua pegawainya, dan seluruh penduduk negerinya, kerana Engkau tahu bahawa mereka telah bertindak angkuh terhadap nenek moyang kami. Demikianlah Engkau membuat nama-Mu masyhur, seperti yang nyata pada hari ini.


Tetapi mereka serta nenek moyang kami itu, bertindak angkuh, mengeraskan hati, dan tidak mahu mendengar segala perintah-Mu.


Namun begitu, mereka menderhaka dan memberontak terhadap Engkau serta membelakangi hukum Taurat-Mu dan membunuh para nabi-Mu yang mengingatkan mereka untuk berbalik kepada-Mu. Mereka mengucapkan pelbagai kekufuran terhadap Engkau.


Selama bertahun-tahun Engkau sabar terhadap mereka dan menerusi Roh-Mu, Engkau mengingatkan mereka dengan perantaraan para nabi-Mu, tetapi mereka tidak mahu mendengar. Oleh sebab itu Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan bangsa segala negeri.


Maka pergilah Musa dan Harun menghadap Firaun, lalu berkata kepadanya, “Beginilah firman TUHAN, Allah orang Ibrani, ‘Berapa lama lagi kamu menolak untuk merendahkan diri di hadapan-Ku? Izinkanlah umat-Ku pergi, supaya mereka dapat beribadat kepada-Ku.


Namun mereka tidak mahu mendengar dan tidak mahu memberikan perhatian. Mereka bahkan mengeraskan hati sehingga tidak mahu mendengar dan tidak mahu menerima pengajaran.


“Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, ‘Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan segala malapetaka yang pernah Kufirmankan terhadap kota ini dan terhadap semua kampungnya, kerana mereka telah mengeraskan hati dan tidak mendengar firman-Ku.’ ”


TUHAN telah berfirman mengenai kamu, wahai saki-baki orang Yehuda, ‘Jangan pergi ke Mesir!’ Camkanlah baik-baik bahawa aku telah mengingatkan kamu pada hari ini!


berkatalah Azarya anak Hosaya, Yohanan anak Kareah, dan semua orang yang angkuh terhadap Yeremia, “Engkau berkata bohong! TUHAN, Allah kita, tidak menyuruh engkau berkata, ‘Jangan pergi ke Mesir untuk tinggal sebagai pendatang di sana,’


Sampai hari ini mereka tidak merendahkan diri, tidak berasa takut, dan tidak menuruti hukum-Ku serta ketetapan-ketetapan-Ku yang telah Kuberikan kepadamu dan kepada nenek moyangmu.


Tetapi mereka tidak mahu mendengar Aku atau memberikan perhatian. Mereka malah mengeraskan hati dan berbuat lebih jahat daripada nenek moyang mereka.


Kuberikan ketetapan-ketetapan-Ku kepada mereka dan Kuberitahukan peraturan-peraturan-Ku kepada mereka, kerana orang yang melakukan semua itu akan hidup.


Tetapi ketika dia menjadi bongkak dan keras hati sehingga bertindak angkuh, dia diturunkan daripada takhta kerajaannya dan kemuliaannya diambil daripadanya.


Oleh sebab itu Aku telah mencencang mereka dengan perantaraan para nabi, telah Kuambil nyawa mereka dengan firman-Ku sendiri. Hukuman atasmu memancar seperti cahaya yang terang.


Taatilah segala ketetapan-Ku dan peraturan-Ku, kerana jika seseorang melakukannya dia akan hidup mengikutnya. Akulah TUHAN.


Yesus menjawab, “Mengapa kamu bertanya kepada-Ku apa yang baik? Hanya ada Satu yang baik. Sekiranya kamu ingin masuk ke dalam hidup, patuhilah hukum-Nya.”


Yesus berkata kepadanya, “Betullah jawapanmu. Berbuatlah demikian dan kamu akan hidup.”


Musa telah menulis tentang perbenaran berasaskan hukum Taurat, “Sesiapa yang melakukan hal-hal ini akan hidup mengikutnya.”


Hukum Taurat tidak berdasarkan iman; tetapi, “Orang yang melakukan hal-hal ini akan hidup mengikutnya.”


Oleh itu, apabila banyak malapetaka dan kesesakan menimpa mereka, nyanyian ini akan menjadi saksi di hadapan mereka, kerana nyanyian ini tidak akan dilupakan oleh keturunan mereka. Sesungguhnya, sebelum Aku membawa mereka masuk ke negeri yang telah Kusumpah untuk memberikan kepada mereka, sudah Kuketahui niat yang dirancangkan mereka pada hari ini.”


kerana aku tahu betapa derhaka dan keras kepalanya kamu ini. Sekarang sahaja, semasa aku masih hidup bersama-sama kamu pun sudah kamu begitu menderhaka terhadap TUHAN apatah lagi setelah kematianku kelak.


maka pada hari ini aku memanggil langit dan bumi untuk menjadi saksi ke atas kamu bahawa pasti kamu segera binasa daripada negeri yang akan kamu miliki setelah kamu menyeberangi Sungai Yordan. Umurmu tidak akan lanjut di sana, dan kamu pasti punah.


Dan Aku berfirman kepadamu, bahawa Akulah TUHAN, Allahmu, maka janganlah kamu menyembah tuhan orang Amori, yang negeri mereka kamu diami ini. Tetapi kamu tidak mentaati firman-Ku itu.’ ”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan