Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:26 - Alkitab Versi Borneo

26 Namun begitu, mereka menderhaka dan memberontak terhadap Engkau serta membelakangi hukum Taurat-Mu dan membunuh para nabi-Mu yang mengingatkan mereka untuk berbalik kepada-Mu. Mereka mengucapkan pelbagai kekufuran terhadap Engkau.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

26 Tetapi umat-Mu memberontak dan tidak taat kepada-Mu; mereka membelakangi Taurat-Mu. Mereka membunuh nabi-nabi yang memberi mereka amaran, dan yang menyuruh mereka kembali kepada-Mu. Berulang kali mereka menghina Engkau,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

26 Tetapi umat-Mu memberontak dan tidak taat kepada-Mu; mereka membelakangi Taurat-Mu. Mereka membunuh nabi-nabi yang memberi mereka amaran, dan yang menyuruh mereka kembali kepada-Mu. Berulang kali mereka menghina Engkau,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:26
35 Iomraidhean Croise  

Sebaliknya, engkau telah berbuat jahat, lebih daripada semua orang yang ada sebelum engkau. Engkau pergi membuat bagi dirimu sembahan-sembahan lain serta patung-patung tuangan sehingga engkau membangkitkan murka-Ku, sementara Aku kaucampakkan ke belakangmu.


Tidakkah diberitahukan kepada tuanku apa yang hamba lakukan ketika Izebel membunuh nabi-nabi TUHAN? Hamba menyembunyikan seratus orang daripada kalangan nabi TUHAN di dalam gua, lima puluh orang sekelompok, dan menyediakan bagi mereka roti serta air.


Pada waktu Izebel melenyapkan nabi-nabi TUHAN, Obaja membawa seratus orang nabi lalu menyembunyikan mereka dalam dua kelompok di dalam gua, lima puluh orang sekelompok, dan menyediakan roti serta air untuk mereka.


Jawabnya, “Aku telah berjuang penuh semangat bagi TUHAN, Allah alam semesta, kerana orang Israel telah mengabaikan perjanjian-Mu, meruntuhkan mazbah-mazbah-Mu, dan membunuh nabi-nabi-Mu dengan pedang. Hanya aku yang masih tinggal, dan mereka sedang berusaha untuk membunuhku.”


Kemudian dengan perantaraan hamba-hamba-Nya, para nabi, TUHAN berfirman,


“Kerana Manasye, raja Yehuda, telah melakukan pelbagai kekejian ini, melebihi segala kejahatan yang dilakukan orang Amori sebelumnya, dan telah menyebabkan orang Yehuda turut berdosa dengan segala berhala mereka,


Akan tetapi, mereka mengolok-olokkan utusan-utusan Allah itu, meremehkan firman-Nya, dan mengejek nabi-nabi-Nya sehingga murka TUHAN bangkit terhadap umat-Nya dan tidak mungkin lagi ada pemulihan.


Bahkan ketika mereka membuat anak lembu tuangan lalu berkata, ‘Inilah Allahmu, yang memimpin kamu keluar dari Mesir,’ dan ketika mereka teramat berdosa dengan menghumbankan pelbagai nista terhadap Engkau,


Engkau memperingatkan mereka agar mereka berbalik kepada hukum Taurat-Mu tetapi mereka bersikap angkuh dan tidak mahu mendengar segala perintah-Mu. Mereka berdosa menentang segala peraturan-Mu, padahal orang yang mentaatinya akan hidup kerananya. Mereka membalikkan diri tanda membangkang, mengeraskan hati dan enggan mendengar.


Selama bertahun-tahun Engkau sabar terhadap mereka dan menerusi Roh-Mu, Engkau mengingatkan mereka dengan perantaraan para nabi-Mu, tetapi mereka tidak mahu mendengar. Oleh sebab itu Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan bangsa segala negeri.


Kerana kamu benci akan ajaran-Ku dan membelakangi firman-Ku.


Maka jawablah mereka, ‘Kerana nenek moyangmu meninggalkan Aku,’ demikianlah firman TUHAN, ‘dan mengikuti tuhan-tuhan lain, beribadat serta sujud menyembah tuhan-tuhan itu. Mereka meninggalkan Aku dan tidak berpegang teguh pada hukum-Ku.


“Sia-sia sahaja Aku menghukum anak-anakmu, mereka tidak mahu menerima pengajaran. Pedangmu sendiri telah memakan habis para nabimu, seperti singa yang membinasakan.


Aku telah membawa kamu ke tanah yang subur supaya kamu menikmati buahnya dan kemakmurannya. Tetapi sesudah kamu masuk, kamu menajiskan tanah-Ku, harta pusaka-Ku kamu jadikan suatu kekejian.


Mereka masuk dan mendudukinya, tetapi mereka tidak mahu mematuhi-Mu atau menuruti hukum-Mu. Mereka tidak melakukan segala sesuatu yang Kauperintahkan kepada mereka untuk dilakukan. Itulah sebabnya Engkau menimpakan segala malapetaka ini kepada mereka.


TUHAN telah berfirman mengenai kamu, wahai saki-baki orang Yehuda, ‘Jangan pergi ke Mesir!’ Camkanlah baik-baik bahawa aku telah mengingatkan kamu pada hari ini!


Kami melakukan pelanggaran dan menderhaka, dan Engkau tidak mengampuni kami.


Akan tetapi, anak-anak mereka pun menderhaka terhadap Aku. Mereka tidak hidup menurut ketetapan-ketetapan-Ku dan tidak melakukan dengan setia peraturan-peraturan-Ku, padahal orang yang melakukan semua itu akan hidup. Mereka juga mencemari hari-hari Sabat-Ku. Maka Aku berfirman bahawa Aku hendak mencurahkan amarah-Ku ke atas mereka untuk melampiaskan murka-Ku kepada mereka di gurun.


Tetapi para penyewa ladang menangkap hamba-hamba itu. Ada yang dipukul, ada yang dibunuh, dan ada yang direjam.


Nabi manakah yang tidak dianiaya oleh nenek moyangmu? Mereka membunuh nabi-nabi yang telah menubuatkan kedatangan Yang Benar itu, yang kamu khianati dan bunuh.


dadih daripada kawanan lembu dan susu daripada kawanan domba, dengan lemak anak-anak domba; domba-domba jantan muda dari Basan dan kambing-kambing jantan, dengan gandum yang terbaik; juga dari buah anggur yang diperas kauminum air anggur.


Namun Yesyurun menjadi gemuk dan menendang ke belakang. Kamu menjadi gemuk, besar, dan tambun! Dia meninggalkan Allah yang telah menjadikannya dan menghina Batu Pejal sumber penyelamatannya.


Orang Israel berbuat jahat lagi di mata TUHAN dengan menyembah Baal dan Asytoret iaitu tuhan orang Aram, tuhan orang Sidon, tuhan orang Moab, tuhan bani Amon dan tuhan orang Filistin. Mereka meninggalkan TUHAN dan tidak lagi beribadat kepada-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan