Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:25 - Alkitab Versi Borneo

25 Mereka merebut kota-kota berkubu dan tanah yang subur, mengambil begitu banyak rumah yang penuh dengan segala sesuatu yang baik, juga semua perigi, kebun anggur, kebun zaitun, serta pokok buah-buahan. Makanlah mereka hingga kenyang dan menjadi gemuk. Mereka hidup senang-lenang atas sebab kebaikan-Mu yang sebegitu besar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

25 Umat-Mu merampas kota-kota yang berkubu, tanah yang subur, dan rumah-rumah yang penuh dengan harta, perigi yang telah digali, pokok zaitun, pokok buah-buahan serta ladang anggur. Mereka makan sepuas hati sehingga menjadi gemuk; mereka menikmati segala pemberian-Mu yang baik.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

25 Umat-Mu merampas kota-kota yang berkubu, tanah yang subur, dan rumah-rumah yang penuh dengan harta, perigi yang telah digali, pokok zaitun, pokok buah-buahan serta ladang anggur. Mereka makan sepuas hati sehingga menjadi gemuk; mereka menikmati segala pemberian-Mu yang baik.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:25
25 Iomraidhean Croise  

Sebaliknya, engkau telah berbuat jahat, lebih daripada semua orang yang ada sebelum engkau. Engkau pergi membuat bagi dirimu sembahan-sembahan lain serta patung-patung tuangan sehingga engkau membangkitkan murka-Ku, sementara Aku kaucampakkan ke belakangmu.


Pada hari kelapan dia melepaskan bangsa itu pulang. Mereka memohon berkat bagi raja, lalu pulang ke khemah mereka dengan gembira dan riang hati kerana semua kebaikan yang telah ditunjukkan TUHAN kepada Daud, hamba-Nya serta kepada Israel, umat-Nya.


Bahkan ketika mereka memerintah kerajaan sendiri pun dengan menikmati kebaikan-Mu yang besar dan mendiami negeri yang luas serta subur yang Kaukurniakan kepada mereka, mereka juga tidak mengabdikan diri kepada-Mu. Mereka tidak berbalik daripada segala perbuatan jahat.


Dia memberi kepada mereka tanah orang asing, dan mereka mewarisi usaha bangsa-bangsa lain —


Engkau mencurahkan rahmat-Mu sepanjang tahun, melimpahkan kemakmuran merata-rata.


Jangan sampai aku kenyang lalu menyangkal Engkau dan berkata, “Siapakah TUHAN itu?” Jangan sampai aku miskin lalu mencuri dan memfitnah nama Allahku.


Buntukanlah hati bangsa ini, pekakkanlah telinga mereka, dan pejamkanlah mata mereka, supaya mereka tidak melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, dan mengerti dengan hati, lalu berpaling dan disembuhkan.”


Aku hendak memasyhurkan kasih abadi TUHAN, puji-pujian kepada TUHAN atas semua yang dilakukan TUHAN terhadap kita, dan kebajikan besar bagi keturunan kaum Israel yang dilakukan-Nya terhadap mereka menurut kasih sayang-Nya serta menurut kasih abadi-Nya yang berlimpah.


Aku telah membawa kamu ke tanah yang subur supaya kamu menikmati buahnya dan kemakmurannya. Tetapi sesudah kamu masuk, kamu menajiskan tanah-Ku, harta pusaka-Ku kamu jadikan suatu kekejian.


Aku akan memuaskan jiwa para imam dengan kelimpahan dan umat-Ku akan dikenyangkan oleh kebaikan-Ku,” demikianlah firman TUHAN.


Mereka masuk dan mendudukinya, tetapi mereka tidak mahu mematuhi-Mu atau menuruti hukum-Mu. Mereka tidak melakukan segala sesuatu yang Kauperintahkan kepada mereka untuk dilakukan. Itulah sebabnya Engkau menimpakan segala malapetaka ini kepada mereka.


Pada waktu itu pun Aku bersumpah kepada mereka bahawa Aku akan membawa mereka keluar dari Tanah Mesir ke tanah yang Kupilih bagi mereka, sebuah negeri yang berlimpah-limpah susu dan madu, termulia antara semua negeri.


Dalam masa aman, dia akan mendatangi tempat-tempat yang subur di wilayah itu dan melakukan apa yang tidak pernah dilakukan oleh para leluhurnya dan nenek moyangnya. Dia membahagi-bahagikan rampasan, jarahan, dan harta benda kepada para orangnya. Dia membuat rancangan untuk menyerang kubu-kubu, tetapi hanya seketika lamanya.


Setelah merumput, mereka kenyang. Setelah kenyang, mereka bangga diri. Itulah sebabnya mereka melupakan Aku.


Setelah itu, orang Israel akan kembali dan mencari hadirat TUHAN, Allah mereka, serta Daud raja mereka. Pada hari-hari terakhir mereka akan datang dengan gementar kepada TUHAN dan restu-Nya.


Atau adakah kamu memperkecil kebaikan, kemurahan serta kesabaran Allah yang amat besar, dan tidak tahu bahawa kebaikan Allah membawamu ke pintu taubat?


Semua kota itu berkubu, bertembok tinggi, berpintu gerbang, dan berpalang, di samping kota-kota tidak bertembok yang sangat banyak jumlahnya.


Dibuat-Nya dia menunggangi tempat-tempat tinggi di bumi, sehingga dia menikmati hasil ladang. Dibuat-Nya dia menghisap madu daripada bukit batu, dan minyak dari batu pejal yang keras,


dadih daripada kawanan lembu dan susu daripada kawanan domba, dengan lemak anak-anak domba; domba-domba jantan muda dari Basan dan kambing-kambing jantan, dengan gandum yang terbaik; juga dari buah anggur yang diperas kauminum air anggur.


Namun Yesyurun menjadi gemuk dan menendang ke belakang. Kamu menjadi gemuk, besar, dan tambun! Dia meninggalkan Allah yang telah menjadikannya dan menghina Batu Pejal sumber penyelamatannya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan