Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:24 - Alkitab Versi Borneo

24 Kemudian masuklah keturunan mereka lalu menduduki negeri yang telah Engkau takluki di hadapan mereka dengan menundukkan penduduk negeri itu, iaitu bani Kanaan, lalu Kauserahkan semua orang itu berserta raja-raja dan bangsa-bangsa negeri itu ke dalam tangan mereka untuk diperlakukan sesuka hati mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

24 Mereka menduduki negeri Kanaan; Engkau mengalahkan penduduk negeri itu. Engkau memberi umat-Mu kuasa untuk memperlakukan penduduk dan raja-raja Kanaan dengan sesuka hati.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

24 Mereka menduduki negeri Kanaan; Engkau mengalahkan penduduk negeri itu. Engkau memberi umat-Mu kuasa untuk memperlakukan penduduk dan raja-raja Kanaan dengan sesuka hati.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:24
13 Iomraidhean Croise  

“Bukankah TUHAN, Allahmu, menyertai kamu dan telah mengurniakan kepadamu ketenteraman di segala penjuru? Dia telah menyerahkan penduduk negeri ini ke dalam tanganku, sehingga negeri ini takluk di hadapan TUHAN dan di hadapan umat-Nya.


Orang Yahudi mengalahkan semua musuh mereka dengan mata pedang, dengan pembunuhan, dan pembinasaan. Mereka berbuat sesuka hati terhadap kalangan yang membenci mereka.


Anak-anakmulah, yang kamu katakan akan menjadi tawanan, yang akan Kubawa masuk. Mereka akan menikmati negeri yang kamu tolak itu.


lalu mereka menjadi waras semula dan terlepas daripada cengkaman Iblis yang telah memerangkap mereka untuk melakukan kehendaknya.


Demikianlah Yosua mengalahkan seluruh negeri itu: pergunungan, Tanah Negeb, dataran rendah, lereng-lereng gunung berserta semua raja mereka. Tiada seorang pun dibiarkannya hidup, melainkan ditumpasnya semua yang bernafas, seperti yang diperintahkan TUHAN, Allah Israel.


Demikianlah Yosua menawan seluruh negeri itu selaras dengan semua yang difirmankan TUHAN kepada Musa. Yosua memberikannya sebagai harta pusaka kepada orang Israel, menurut pembahagian suku mereka. Lalu aman sentosalah negeri itu dan berhenti daripada berperang.


raja Eglon — satu raja Gezer — satu


raja Tirza — satu. Jumlah raja itu tiga puluh satu orang semuanya.


Seluruh kalangan umat Israel berkumpul di Silo dan mendirikan Khemah Pertemuan di sana, kerana negeri itu sudah menjadi jajahan takluk mereka.


Demikianlah TUHAN memberikan kepada orang Israel seluruh negeri yang dijanjikan-Nya dengan bersumpah untuk dikurniakan kepada nenek moyang mereka. Mereka menduduki negeri itu dan tinggal di dalamnya.


Tidak ada satu pun daripada segala hal yang baik yang dijanjikan TUHAN kepada keturunan kaum Israel yang tidak dikotakan. Semuanya menjadi kenyataan.


Demikianlah Allah menundukkan Yabin, raja Kanaan, di depan orang Israel pada hari itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan