Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:23 - Alkitab Versi Borneo

23 Engkau melipatgandakan anak cucu mereka seperti bintang di langit, lalu Kaubawa mereka ke negeri yang telah Kaufirmankan kepada nenek moyang mereka untuk dimasuki dan diduduki.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

23 Engkau memberi mereka anak sebanyak bintang di angkasa, dan membiarkan mereka menakluki tanah, yang telah Engkau janjikan kepada nenek moyang mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

23 Engkau memberi mereka anak sebanyak bintang di angkasa, dan membiarkan mereka menakluki tanah, yang telah Engkau janjikan kepada nenek moyang mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:23
12 Iomraidhean Croise  

Kemudian TUHAN menampakkan diri kepada Abram dan berfirman, “Kepada keturunanmu akan Aku kurniakan negeri ini.” Maka Abram membangunkan di sana sebuah mazbah bagi TUHAN, yang telah menampakkan diri kepadanya.


Pada hari itu juga TUHAN membuat perjanjian dengan Abram, firman-Nya, “Kepada keturunanmu Kuberikan negeri ini, dari Wadi Mesir sampai sungai besar, iaitu Sungai Efrat,


Kemudian Dia membawa Abram keluar dan berfirman, “Menengadahlah ke langit dan hitunglah bintang jika kamu dapat menghitungnya.” Firman-Nya kepadanya, “Demikianlah banyaknya keturunanmu kelak.”


Kepadamu dan kepada keturunanmu kelak akan Kuberikan negeri yang kini kamu tinggal sebagai pendatang, iaitu seluruh Tanah Kanaan yang akan menjadi milikmu yang kekal. Aku pun akan menjadi Allah mereka.”


maka pastilah Aku memberkatimu dan pastilah Aku memperbanyak keturunanmu seperti bintang di langit dan seperti pasir di tepi laut. Keturunanmu akan menguasai segala pintu gerbang musuh mereka,


Tinggallah sementara di negeri itu, maka Aku akan bersama-samamu dan memberkatimu, kerana kepadamu dan kepada keturunan kamulah akan Kukurniakan seluruh negeri itu. Aku akan memenuhi ikrar yang Kujanjikan kepada ayahmu, Abraham.


Daud tidak menghitung jumlah orang yang berumur dua puluh tahun ke bawah, kerana TUHAN telah berfirman bahawa Dia akan membuat bilangan orang Israel sebanyak bintang di langit.


Walau bagaimanapun, semakin tertindas, bilangan mereka semakin ramai dan terus berkembang, lantas warga Mesir menjadi takut kepada orang Israel.


Namun begitu, orang Israel terus beranak cucu dan bilangan mereka meningkat dengan pesatnya. Mereka bertambah ramai dan menjadi luar biasa kuatnya, sehingga negeri itu padat dengan warga mereka.


Sekalipun dahulunya kamu ramai sebagaimana bintang-bintang di langit, jumlahmu akan tinggal sedikit sahaja kerana kamu tidak mahu mematuhi TUHAN, Allahmu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan