Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 9:22 - Alkitab Versi Borneo

22 Kepada mereka, Engkau mengurniakan beberapa buah kerajaan serta bangsa, dan memberikan kepada mereka tanah bangsa-bangsa itu hingga setiap sudut bumi. Mereka pun menduduki tanah milik Sihon, raja Hesbon, dan tanah Og, raja Basan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

22 Engkau memberi mereka kemenangan atas banyak bangsa dan kerajaan yang bersempadan dengan negeri mereka. Mereka mengalahkan negeri Hesybon yang diperintah oleh Raja Sihon, dan kerajaan Raja Og di negeri Basan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

22 Engkau memberi mereka kemenangan atas banyak bangsa dan kerajaan yang bersempadan dengan negeri mereka. Mereka mengalahkan negeri Hesybon yang diperintah oleh Raja Sihon, dan kerajaan Raja Og di negeri Basan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 9:22
16 Iomraidhean Croise  

Dia memberi kepada mereka tanah orang asing, dan mereka mewarisi usaha bangsa-bangsa lain —


Kemudian Tuhan mengejutkan diri daripada tidur, seperti seorang gagah yang bertempik kerana air anggur.


Akulah yang menjadikan bumi serta manusia dan binatang yang ada di atas muka bumi dengan kuasa-Ku yang besar dan lengan-Ku yang terhulur. Aku menyerahkannya kepada orang yang sesuai pada pandangan-Ku.


Mereka masuk dan mendudukinya, tetapi mereka tidak mahu mematuhi-Mu atau menuruti hukum-Mu. Mereka tidak melakukan segala sesuatu yang Kauperintahkan kepada mereka untuk dilakukan. Itulah sebabnya Engkau menimpakan segala malapetaka ini kepada mereka.


Sesudah Aku membawa mereka masuk ke negeri yang Kusumpah untuk dikurniakan kepada mereka, mereka memandang setiap bukit yang tinggi juga setiap pokok yang rendang, lalu di sana mereka mempersembahkan korban sembelihan dan di sana mereka mempersembahkan persembahan yang membangkitkan murka-Ku. Di sana mereka membuat semerbak bauan persembahan yang harum, dan di sana mereka mencurahkan persembahan minuman.


Ketika itu dia baru sahaja mengalahkan Sihon, raja bani Amori, yang tinggal di Hesbon, dan Og, raja Basan, yang tinggal di Astarot dekat Edrei.


Seharusnya Aku berfirman, “Aku akan menyerakkan mereka. Aku akan melenyapkan kenangan tentang mereka daripada kalangan manusia.”


iaitu ketika mereka berada di seberang Sungai Yordan, di lembah yang berseberangan dengan Bet-Peor. Dulu tempat itu wilayah Sihon, raja bani Amori yang tinggal di Hesbon. Kemudian Sihon dikalahkan oleh Musa dan orang Israel setelah mereka keluar dari Mesir.


Mereka menduduki negerinya dan juga negeri Og, negeri raja Basan. Kedua-duanya ialah raja bani Amori yang wilayahnya terletak di seberang Sungai Yordan, di sebelah timur,


Sewaktu bani Amori itu melarikan diri dari hadapan orang Israel di lereng Bet-Horon, TUHAN menghujani mereka dengan batu-batu besar dari langit sampai ke Azeka, sehingga mereka mati. Lebih ramai orang yang mati kerana hujan batu itu daripada yang ditewaskan orang Israel dengan pedang.


Demikianlah Yosua menawan seluruh negeri itu selaras dengan semua yang difirmankan TUHAN kepada Musa. Yosua memberikannya sebagai harta pusaka kepada orang Israel, menurut pembahagian suku mereka. Lalu aman sentosalah negeri itu dan berhenti daripada berperang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan